Rendang ayam pencen antara menu yang selalu ada waktu raya untuk dimakan bersama dengan lemang dan ketupat.

Isi ayam pencen yang pejal membuatkan ia paling sedap dimakan dengan dua hidangan tersebut. Tapi untuk buat rendang ini ada caranya supaya daging ayam tua ini empuk sepenuhnya dan  sedap diratah.

Dikongsi oleh Ben Safwan boleh ikut cara beliau menyediakan rendang ayam pencen cili api Negeri Sembilan. Katanya untuk memastikan daging ayam pencen ini empuk sepenuhnya ia dimasak hampir empat jam.

Cara buat rendam ayam pencen cili padi 

 

Bahan-bahan

2 ekor ayam pencen – sekitar berat 2.4 kilogram dipotong kecil, bersih buang lemak semua
4 sudu makan kunyit hidup -dikisar dengan air minima
15-25 cili api
3 batang serai – saiz 7-8 cm setiap sebatang
2 kilogram santan segar
1 keping asam keping
Daun puding belacan
3 sudu makan tak membukit garam
1 sudu makan Hilal serbuk perasa

Tip Masak Rendang Ayam Pencen Cili Padi Agar Empuk Sepenuhnya, Sedap Diratah

IKLAN
Cara membuat

1. Kisar kunyit hidup, cili api dan serai bersama 500ml air.

2. Tuang dalam kuali bahan kisar bersama semua potongan ayam, garam dan serbuk perasa Hilal.

3. Buka api, kacau dan biarkan mendidih.

4. Selepas mendidik tutup kuali dengan penutup (biar tebuka sedikit supaya wap boleh keluar. Guna api sederhana kecul dan reneh selama dua jam agar ayam pencen empuk.

IKLAN

5. Kemudian masukkan 2 kilogram santan segar, 1 keping asam keping dan gunakan api sederhana kecil untuk masak lagi selama 1 jam 30 minit.

 

6. Selepas itu besarkan api sedikit dan mula keringkan baki santan untuk 30 minit ini. Masukkan juga daun puding belacan.

IKLAN

Tip Masak Rendang Ayam Pencen Cili Padi Agar Empuk Sepenuhnya, Sedap Diratah

7. Apabila dah siap keluarkan asam keping. Dah sedia sedap dimakan. Minyak yang terhasil ialah minyak santan. Memang sedap dimakan dengan ketupat.

 

Selamat mencuba.

Sumber: Ben Safwan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI