Sedapnya Salted Egg Crab @ Ketam Telur Masin. Andai menikmatinya di restoran, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Tapi tip untuk masak seafood yang sedap, paling penting ialah guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya.
Oh ya, lagi satu petuanya ialah kena guna telur masin asli dan bukannya serbuk telur masin segera. Barulah lebih enak
Jom cuba resipi Salted Egg Crab perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli. Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KETAM TELUR MASIN MUDAH & SEDAP MACAM RESTORAN
Kalau korang penggemar masakan kampung, yang pedas-pedas dan berkuah, wajib cuba tiga menu yang RASA kongsikan ini. Ia bukan hanya sedap dan mudah disediakan, tetapi memang digemari ramai. Sesekali masak sedap, gerenti di puji Encik Suami dan anak-anak.
GULAI TULANG BERSAMA PUCUK REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulanglembu | direbus hingga empuk
2 pucuk rebung | direbus lima minit
1 tangkai daun kari
150gm rempah kari
3cm halia | dikisar
6 ulas bawang merah | dikisar
1kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan yang dikisar dengan daun kari sehingga wangi.
Seterusnya masukkan adunan rempah kari dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air rebusan tulang, biar sehingga menggelegak.
Masukkan tulang lembu dan reneh lagi dengan api yang kecil dalam 20 minit.
Masukkan santan dan hirisan rebung.
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit, kemudian siap untuk dihidang.
UDANG SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
12 biji cili hijau
5 biji cili padi |jika ingin pedas
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan asam gelugor, udang, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
3 biji bawang besar |dihiris
4 ulas bawang putih |dihiris
4 sudu makan pes cili kering
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
Sate celup atau juga dikenali sebagai Lok-Lok adalah street food yang terkenal di kalangan masyarakat cina. Namun kini semua orang tidak kira bangsa mula meminati hidangan ini. Biasanya ia dijual di tepi-tepi jalan dan terdiri dari aneka makanan laut, daging, kepingan kek ikan, bebola dan juga juga sayur-sayuran. Sempena cuti hujung minggu, anda bolehlah hasilkan untuk keluarga. Pasti seronok. Jom Lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SATE CELUP @ LOK-LOK
BAHAN CELUP:
4 keping kek ikan | dihiris memanjang
Kangkung secukupnya
Tomato ceri
Bebola daging
Aneka bebola ikan
Isi ketam
BAHAN SOS HITAM:
11 tangkai cili kering( digoreng dengan minyak sehingga garing)
1 ruas kelingking belacan bakar
1 sudu teh petis @ otak udang
1 keping gula melaka kelantan @ nise
2 sudu besar minyak bijan (untuk bau harum dan kilatkan kuah)
1 sudu teh cuka makan
Kicap pekat untuk warna hitam
Tepung jagung untuk memekatkan
Garam & gula secukup rasa
BAHAN SOS MERAH:
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu besar cili kisar
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng garing dengan sedikit minyak
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos masam manis
4- 5 sudu besar gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sos hitam, kisar cili kering bersama air dan belacan. Tapiskan cili kisar ke dalam periuk supaya kuah halus dan tiada biji cili.
Panaskan cili kisar tadi. Masukkan gula melaka, petis udang, minyak bijan, cuka makan serta kicap pekat.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.Masak hingga pekat.
Akhir sekali imbangkan perasa garam dan gula. Biar ada rasa masin, manis dan juga pedas.
Untuk sos merah pula, kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Celur bahan celup di dalam air panas, toskan dan nikmati bersama sos hitam dan merah.
Info chef: Supaya kuah tahan lama, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan lebih kurang seminggu.
Nak bawa keluarga makan dekat luar? Boleh juga cuba Lok-Lok dekat sini:
Bila sebut Pais, terbayang ikan. Rupanya Pais Sotong pun sedap juga tau. Isi sotong yang lembut, digaul dan dimasak dengan rencah yang cukup rasa, memang enak. Yang baru pertama kali rasa pun pasti suka. Jom cuba masak guna resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati. Oh ya… Resipi ini tidak semestinya hanya menggunakan sotong. Kalau nak guna udang, ikan puyu, ikan sepat atau apa-apa sahaja jenis ikan kegemaran pun boleh. Tiada masalah. Selamat mencuba!
RESIPI PAIS SOTONG ALA UTARA
BAHAN UTAMA:
1kg sotong – bersihkan dan kelar jangan sampai putus
BAHAN-BAHAN:
15 tangkai cili kering – potong, buang biji, rendam air panas sekejap & toskan (jika guna cili padi pun sedap, boleh guna 25 biji)
Sedikit air asam jawa (cair sahaja, dalam 1/2 cawan)
Sedikit bahan perasa
1/2 senduk minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Kisar halus cili kering, bawang merah besar, bawang putih, serai, jintan manis, ketumbar, serbuk kunyit, air asam jawa dan sedikit air.
Masukan kelapa parut dan kisar sekejap sahaja.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bahan kisar diikuti gula, garam dan sedikit bahan perasa.
Masak hingga garing menggunakan api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau.
Apabila sudah garing dan sambal kelapa elok masak, masukkan sotong dan hirisan daun kunyit. Kacau rata.
6. Apabila sotong sudah lembut, sesuaikan rasa dengan menambah perasa yang kurang mengikut citaras masing-masing. Sedia untuk dihidang.
INFO:Jika nak lagi sedap, bila tumisan sambal kelapa sudah elok masak, gaulkan dengan sotong. Kemudian ambil sotong, balut dengan daun pisang, letak dalam kuali dan tutup kuali dengan tudung periuk. Masak guna api perlahan hingga masak sempurna.