Bila balik kampung makan lauk ikan masak sambal yang disediakan ibu. Rasanya memang sedap sungguh, berbeza sangat dengan hasil masakan kita. Hairannya kita masak menggunakan cara yang sama.

Tak dinafikan cara orang tua memasak memang cermat, itu sebab hasilnya sedap. Salah satu cara yang dipraktikkan adalah sambal ditumis berulang kali. Memang mengambil masa tapi hasil sambal akan jadi lebih sedap. Tip inilah yang dikongsi oleh Ben Safwan.

Tip buat sambal ikan sedap macam mak masak

Tip Masak Ikan Sambal Yang Sedap Macam Mak Kita Buat

Bahan-bahan

Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit)
2 senduk bawang kisar cair
Sedikit halia yang ditumbuk
2 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
3cm gula melaka
Garam
Gula
Hirisan bawang

Cara membuat

1. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih, garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.

Tip Masak Ikan Sambal Yang Sedap Macam Mak Kita Buat

2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.

3. Dah pecah minyak 2-3 kali, tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.

Tip Masak Ikan Sambal Yang Sedap Macam Mak Kita Buat

4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak, asam keping pada masa ini untuk elakkan rasa masam berlebihan. Kemudian perasakan dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan sudah digaram.

5. Kemudian barulah masuk isi ikan yang dah digoreng bersama hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.

Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertibnya.

Tip Masak Ikan Sambal Yang Sedap Macam Mak Kita Buat

TIP 
  • Pastikan sewaktu menumis guna minyak yang banyak. Jangan risau, boleh keluarkan nanti bila siap memasak. Tumis asing bawang kisar dan halia tumbuk sikit sampai pecah minyak dan baru letak cili kisar homemade.
  • Letak asam keping dan gula melaka/nisse dan biarkan lagi sambal pecah minyak masak berulang kali.
  • Paling penting sambal kena masak elok menggunakan api yang kecil.
  • Selepas masukkan ikan, boleh perasakan dengan garam gula secukupnya. Tak perlu gunakan sebarang sos.

Selamat mencuba.

Sumber: Ben Safwan

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI