Kuih Lompang Pandan adalah antara kuih tradisional yang popular dan digemari ramai. Namun agak sukar untuk jumpa kuih ni yang sedap. Oh ya..Ada yang buat kuih ni dan melekat di acuan. Petuanya, kena oles acuan dengan minyak yang secukupnya. Barulah mudah untuk dikeluarkan bila kuih masak nanti. Jadi, kalau anda cuba buat sendiri Kuih Lompang sedap ni, resipi perkongsian dari FB Opah Mas Cotek antara yang terbaik dan nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH LOMPANG PANDAN YANG SEDAP, MUDAH & TAK MELEKAT DI ACUAN
BAHAN-BAHAN:
1 1/4 cawan tepung beras – beli online disini
1/4 cawan tepung ubi – beli online disini
1/2 cawan gula
1 1/4 cawan air pandan (dari 4 helai pandan)
Sedikit air kapur
Sedikit pewarna hijau
BAHAN LAIN:
Acuan lompang
Kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dan sebatikan hingga gula larut.
2. Tuang 3/4 adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
3. Kukus selama 15 minit.
4. Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut.
5. Kuih Lompang Pandan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI