Hujung minggu ni jom buat kerabu, nak? Senang, sedap, ringkas dan menyelerakan. Yang bestnya, kerabu ni boleh diolah jadi resipi
yang menyihatkan. Nak lebih sihat, tambah je sayur banyak-banyak. Tak perlu ditumis, tak perlu penggunaan bahan berlemak.
Segalanya segar sekali gus menyihatkan kita.
KERABU PERUT ALA THAI MASAM, MANIS & PEDAS
Bahan-bahan
1/2 kg perut lembu telah direbus
2 batang serai (mayang halus)
1 biji bawang besar (mayang halus)
1/2 batang bunga kantan (mayang halus)
1 biji buah tomato (potong kecil)
10 biji cili padi (mayang halus)
1 biji limau nipis (perah jusnya)
Cuka secukup rasa
Sos ikan/sotong secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
2) Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan, cili padi dan tomato.
3) Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
4) Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
5) Sekali lagi gaul rata.
6) Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.
Ads
KERABU SOTONG SUUN
Bahan-bahan
Sotong (dihiris nipis dan dicelur seketika)
Suun (dicelur sehingga lembut)
Bawang merah (dimayang halus)
Cuka secukupnya
Limau nipis secukupnya
Cili padi (dihiris)
Serai (dihiris nipis)
Daun ketumbar (dihiris)
Kicap sotong secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2) Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
3) Siap dan sedia untuk dinikmati.
Ads
Kredit resipi dan gambar: Emma Suzaima.
KERABU LIMAU NIPIS BERSAMA BAWANG & GAJUS
Ads
Bahan-bahan
Buah limau nipis (potong kecil)
Kicap sotong secukup rasa
Cili padi secukupnya (dihiris)
Bawang merah kecil (dimayang halus)
Kacang gajus
Madu
Gula secukup rasa
Udang kering (digoreng seketika)
Sedikit jus limau nipis
(Jumlah bahan-bahan adalah mengikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah serbuk cili @ emping cili untuyk rasa lebih pedas)
Cara membuat
1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Seimbangkan rasa masam, masin, manis dan pedas mengikut cita rasa anda.
Kredit resipi dan gambar: Norraihan Ismail via MAHN
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia. Menu ini sesuai untuk makan tengah hari, makan malam, malah boleh dijadikan sajian istimewa untuk tetamu. Ikuti resipi lengkap di bawah untuk hasil terbaik.
Udang Goreng Sambal Matah
BAHAN-BAHAN:
UDANG GORENG ½ kg udang
5 ulas bawang putih – kisar kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit serbuk
4 sudu besar tepung menggoreng SAMBAL MATAH
1 biji bawang merah
10 biji cili padi
1 biji lada merah
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
Sedikit daun kesum
1 biji limau nipis
Sedikit daun ketumbar
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Walau sejauh mana kita merantau dan hidup dalam dunia moden, aneka masakan kampung tentunya sentiasa menjadi pilihan. Walaupun ringkas, tapi kepuasan dalam setiap suapan tu memang sukar digambarkan. Bagi anda yang teringin nak masak lauk kampung simple, ini antara resipi yang boleh dicuba.
1. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
2. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dinikmati.
3. SAMBAL IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana | dipotong kecil
6 biji bawang merah | dikisar
20 tangkai cili kering | direndam air panas dan dikisar
1cm belacan | dikisar
2 biji bawang besar | dihiris
4 keping asam gelugur
Sedikit garam kasar
Sedikit garam halus
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan susun di dalam periuk. Tabur garam kasar dan tiga keping asam gelugur.Rebus menggunakan api kecil sehingga ikan masak.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan satu keping asam gelugur, garam dan gula. Gaul rata.
Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama hirisan bawang besar. Gaul sehingga semua bahan sekata dan bawang sedikit layu.
Sedia untuk dinikmati.
4. LAWA MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
5kg mangga muda | disagat halus
1kg santan kelapa | anggaran mengikut kesesuaian dan jenis manga
300gm cili kisar | guna cili kering china
Sedikit cili padi | mengikut tahap kepedasan yang diingini
60gm lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sekejap santan menggunakan api sederhana namun jangan sampai pecah minyak.
Masukkan cili kisar dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit sahaja dengan api sangat perlahan. Ia bertujuan untuk memastikan lawa mangga tahan lama.
Satukan mangga dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Masih ada daging dalam peti sejuk? Boleh cuba resipi Kerabu Daging Thai yang sangat sedap ni. Menurut empunya resipi, menu ini ada rasa sedikit pedas, masam, sedikit manis dan tidak muak. Sesuai sangat untuk ratah-ratah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ini! Anda pasti sukakan rasanya.
RESEPI KERABU DAGING THAI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
350gm daging batang pinang
1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis – beli online disini
CARA PERAP:
1.Perapkan daging dengan bahan-bahan di atas selama 1/2 jam.
2. Bakar hingga masak (boleh guna airfyer) kemudian hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.
BAHAN-BAHAN LAIN:
1 biji bawang besar **
2 batang serai **
1 biji tomato **
3 -4 biji cili padi **
Daun ketumbar – dihiris kasar
1 biji mangga muda – disagat
CARA MEMASAK:
1.Hiris bahan-bahan bertanda (**) dan masukkan ke dalam mangkuk. Gaul rata bersama dengan mangga muda yang disagat.
2. Masukkan pula daging yang tadi dan tuangkan bahan-bahan sos tadi. Gaul hingga rata. Taburkan daun ketumbar.
3. Perapkan seketika sebelum dihidangkan dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!