Tiga Hidangan starter atau pembuka selera ini boleh dijadikan pelengkap hidangan ketika rumah terbuka. Boleh sediakan fresh spring roll, pie tie dan loh bak sayur ini. Menjamu para tetamu dengan starter ala nyonya ini pasti memberikan kelainan.
Tumbuk bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering. Gorengkan bahan-bahan tumis ini sehingga naik bau. Kemudian pecahkan telur ke dalam tumisan tadi dan kacau.
Setelah itu, masukkan bahan sayur seperti sengkuang dan lobak merah dan goreng sehingga layu. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika
Kemudian masukkan inti sayur tadi ke dalam kulit popia dan taburkan sedikit bijan ke dalam inti tadi.
Lipat dan gulung sehingga ketat dan lenserkan dengan telur untuk melekatkan kulit popia tadi.
Kemudian, gorengkan popia dengan api yang perlahan dan menggunakan minyak yang banyak.
Setelah kuning dan garing, angkat dan toskan. Sedia dimakan bersama sos cili.
Bancuh bahan-bahan untuk membuat kulit pie tie ke dalam satu mangkuk, untuk membentuk adunan. Kemudian masukkan air dan garam secukupnya.
Kacau sehingga sebati dan adunan itu hendaklah nipis dan jangan terlalu pekat. Jika terlalu pekat masukkan lagi air.
Kemudian panaskan minyak yang banyak. Celup acuan pie tee ke dalam minyak panas sebelum mencelupkan ia ke dalam adunan tepung tadi.
Celup acuan ke dalam tepung dan goreng sehingga adunan pie tie tertanggal daripada acuan dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan.
Kemudian angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
Untuk inti, tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering. Kemudian masukkan sayur seperti sengkuang dan lobak merah. Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Sejukkannya.
Kemudian setelah inti sejuk, masukkan inti ke dalam kulit pie tie yang telah digoreng tadi. Masukkan daun ketumbar dan taburkan sedikit kacang tumbuk.
1.Untuk membuat inti; Satukan kesemua bahan sayuran serta serbuk 5 rempah, tauhu telur, tauhu lembut, tepung jagung dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Ketepikan.
2.Potong kulit tauhu kering selebar segi empat sama.
3.Lapkan tauhu kering itu dengan menggunakan kain basah sehingga tauhu kering itu lembut.
4.Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu kering seperti membalut popia.
5.Balut dengan ketat dan gamkan dengan telur. Ulangi hingga selesai. Ketepikan.
6.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan. Angkat dan toskan.
Cekodok bilis bulat ni comel je kan? Ada cara macam mana nak bentukkan ia bulat macam tu. Selalu kita tengok cekodok macam-macam ‘rupa’.
Cekodok bilis yang dikongsikan oleh Ahma Razali ini comel je bentuknya. Kalau cicah dengan kari sardin, rangup di luar, lembut di dalam, memang best. Atau sos tomato/cili pun okay jugak lah.
Jom kita tengok bahan-bahannya dan bagaimana nak bentukkan ia supaya jadi bulat comel macam dalam gambar tu.
Pertama, ambil sedikit air panas menggelegak, curah ke dalam tepung gandum tadi perlahan-lahan. Kacau dengan sudu cepat-cepat sambil campur air biasa. Kacau sebati.
Ia akan menjadi umpama tekstur nestum baby segera yang dibancuh).
Masukkan garam dan waktu ini bancuhan tepung itu suam-suam dan garam mudah larut.
Untuk buat bancuhan tepung, curah tepung gandum selebihnya mengikut banyak mana kita nak buat cekodok. Gaul sebati.
Setelah itu, masukkan daun kucai yang diracik halus. Kucai ini akan memberikan bau yang wangi pada cekodok nanti.
Masukkan pula sedikit ikan bilis dan gaul sebati.
Tambah air biasa. Kacau lagi adunan tepung, tak pekat sangat dan tak terlalu cair. Asalnya boleh menjadi doh yang dijemput sebab nak jadikan ia bentuk bulat-bulat.
Bentukkan seperti dalam gambar, guna ibu jari untuk tolak doh masuk dalam kuali nanti.
Tapi kalau nak sudukan adunan ke dalam kuali pun boleh. Terpulang pada diri masing-masing.
Panaskan minyak di dalam kuali. Jemput-jemputkan ke dalam kuali, pastikan masa mula-mula nak jemput tu basahkan tangan.
Kaup balik dengan sudip dalam kuali tu, sampai masak (kekuningan). Boleh goreng lebih garing jika suka.
Ni rupa lepas belah,berongga tanpa letak yis. Cicah kuah kari fuhhh memang sedap. Kulitnya pun rangup.
Pani Puriatau nama lainnya Gol Gappa adalah salah satu makanan jalanan atau ‘street food’ popular masyarakat India. Enak dan sangat mudah cara penyediaannya. Ia sesuai dinikmati bila-bila masa. Memang kenalah dengan selera orang Malaysia yang berbilang kaum ni. Ada yang nak cuba? Saudari Nazuhaini Azu ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
1.INTI PANI PURI: Untuk menyediakan inti, satukan semua bahan kemudian gaul sebati. Ketepikan.
2. SOS HIJAU:Untuk menyediakan sos hijau, satukan semua bahan dan kisar halus. Jumlah bahan boleh disesuaikan ikut cita rasa. Siap dan ketepikan.
3. SOS PUTIH:Bagi menyediakan sos putih pula, satukan semua bahan dan gaul sebati. Resipi asal, menggunakan tairu @ yogurt. Tapi jika tiada, boleh sahaja menggunakan mayones.
4. AIR ASAM:Untuk air asam, satukan semua bahan mengikut jumlah yang disukai. Masak hingga sedikit pekat. Siap.
5. Ini rupa Pani Puri yang belum digoreng.
6. Untuk memasaknya, pani puri ini goreng tidak perlu lama. Masak guna api kecil sahaja. Masukkan dalam minyak panas, balik-baikkan dan angkat bila sudah kembang dan keperangan.
7. Rupa Pani Puri selepas digoreng beberapa saat dalam minyak panas.
8. CARA MAKAN:Pecahkan sedikit Pani Puri macam dalam gambar ni, masukkan inti kentang. 9. Sudukan sos hijau, sos asam dan sos putih. Tabur sedikit daun ketumbar. 9. Kemudian boleh terus masuk sebiji-sebiji ke dalam mulut. Nikmatnya terasa semasa pastri pecah di dalam mulut. Sedap! Selamat mencuba.
Suka makan Cucur Udang? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Cucur Udang Istimewa Mak Tun yang dikongsi sendiri oleh anaknya iaitu Chef Aezach AR. Resipi asli turun temurun. Lebih istimewa lagi cucur ni tak pakai yis atau soda bikarbonate pun tapi tetap gebu. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CUCUR UDANG MAK TUN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250gm taugeh
150gm daun bawang – potong kecil
150gm bawang besar – hiris
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji telur
Udang – buang kulit
Lobak merah – optional
Cili merah – optional
CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati.
2. Biarkan batter ( adunan) selama 30 minit sebelum digoreng.
Nota: 1. Goreng dengan api perlahan supaya cucur yang dihasilkan mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...