Brownies selalunya dimakan sebagai kek yang penuh dengan rasa coklat. Olah sedikit jadikan biskut yang mempunyai tesktur chewy.

Brownies Cookies Kedut Dengan Tekstur Chewy

BROWNIES COOKIES  KEDUT SERIBU

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 sudu mentega
  • 400g chocolate dark compound
  • 3 biji telur (1 biji ambik kuning sahaja)
  • 2/3 cawan gula perang ( kurangkan manis jadikan 1/3)
  • Sedikit esen vanila
  • 35gm tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh baking powder

 

IKLAN

Brownies Cookies Kedut Dengan Tekstur Chewy

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Ambik 300g dark compound cairkan dengan butter. Lagi 100g cincang letak tepi.
  2. Pukul telor, gula, esen vanila dengan mixer hingga adunan putih.
  3. Masuk tepong, serbuk koko dan baking powder yang diayak. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan butter dan chocolate yang g dicairkan tadi. Step ini gunakan spatula, kaup sebati dan masukkan chocolate cincang tadi.
  5. Adunan memang cair jadi jangan bimbang.
  6. Rehatkan adunan dalam peti 15 minit.
  7. Sementara itu panaskan oven 180.
  8. Guna scoop ice cream kalau ada. Kalau tidak ada boleh guna sudu sahaja. Sudukan dalam tray. Ikut nak tebal atau nipis cookies tu. Kalau mahu tanggup buat nipis.
  9. Jarakkan jauh-jauh sebab cookies ni akan mengembang.
  10. aburkan sedikit chocolate cincang tadi kalau ada lebih. Lagi sedap tabur kacang badam pun boleh.
  11. Bakar 15 minit. Habis bakar tunggu sejuk dahulu sebab dia lembik ketika panas.

Kredit: Mazliyani Abu Bakar

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI