Biasa makan Nasi Goreng Tomyam? Rasanya memang sedap sama seperti Mee Tomyam yang biasa kita makan tu. Masam, masin, pedas, semua lengkap. Sekali suap, memang puas. Ditambah pula dengan pelbagai lauk dan sayur dalamnya, memang sangat memuaskan hati. Bagi yang nak masak menu ini untuk keluarga, saudari Noorhafizah Ismail ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!
RESIPI NASI GORENG TOMYAM SEDAP, TAK CUKUP SEPINGGAN
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi 5-6 ekor udang 2-3 ekor sotong – hiris 2-3 biji bawang merah – kisar – beli online disini 2-3 ulas bawang putih – kisar – beli online disini 1 sudu makan cili kisar – bagi nasi goreng warna merah – beli online disini 2-3 helai daun limau purut – hiris 1 batang serai – hiris Cili padi tumbuk secukupnya – jika suka 3 keping kiub tomyam – beli online disini Garam secukup rasa Kubis bunga dan parutan lobak merah secukupnya
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang merah, bwang putih, cili padi dan cili kisar seketika hingga naik bau. 2. Bila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan kiub tomyam, hirisan daun limau purut dan hirisan serai. Kacau sebati. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. 3. Seterusnya masukkan udang. Kacau sebati dan masak seketika.
4. Bila tumisan sudah agak nak kering, masukkan nasi yang telah digemburkan. Kacau seketika. 5. Tambahkan sotong dan juga semua sayur. 4. Masukkan garam secukup rasa. Rasa dulu sebelum letak kerana kiub tomyam sudah memberikan rasa masin. 5. Gaul rata hingga semua sempurna. Nasi Goreng Tomyam siap dimasak dan boleh dinikmati bersama keropok keping goreng.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau korang pencinta masakan tradisional mesti suka makan ikan goreng kemudian buat sambal cili kering. Rasanya memang terbaik, memukau rata sementelah lagi ditambah dengan bunga kantan, aduhai memang sedap sungguh. Nak tau macam mana sedapnya, kenalah cuba menu ni.
SAMBAL IKAN BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan sardin | potong dua atau tiga bersihkan dan tos
2 kuntum bunga kantan | hiris
6 ulas bawang merah | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, setelah panas masukkan ikan. Goreng hingga garing angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan hirisan bawang merah bersama bahan kisar hingga wangi dan garing.
5. Masukkan air asam jawa dan perasakan tumisan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan goreng gaul rata.
7. Seterusnya taburkan hirisan bunga kantan, gaul rata. Tutup api.
8. Sambal ikan sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Rindukan kampung halaman, tiba-tiba teringat kuih lejen ni. Kuih Jongkong ni rasanya ada ala ala kuih tepung pelita.Bezanya kuih tepung pelita, lapisan putih berada di atas sekali dan tidak dibungkus tertutup. Balut dengan daun pisang. Adunan santan dan pandan dan ada gula merah. Serbuk gula merah digunakan supaya bila dikukus nanti akan berkuah, sedap. Aroma daun pisang tu akan menyedapkan lagi. Masuk peti ais lagi sedap. Lagi banyak gula dan santan, lagi sedap dan berkuah.
Bahan-bahan: Adunan hijau Air pandan 1 cawan tepung beras Air kapur Sedikit tepung ubi. -BELI ONLINE DI SINI
Kacau-kacau, lebih kurang adunan buat cendol. Lembut-lembut kenyal.
Adunan putih Santan Garam Air Tepung beras. Sama macam adunan tepung bungkus/tepung pelita, tetapi lebih lembut. Kena lemak.- BELI ONLINE DI SINI
Daun pisang
Cara memasak:
1.Kacau keduanya atas api separuh masak. Masa mengacau tu,agak-agak adunan lembut lekat kat hujung senduk elok lah tu. Kalau keras tambah air panas.
2.Di tengah tengah daun pisang diletakkan sepotong lapisan hijau. Masukkan 1 sudu besar gula merah dan akhir sekali, masukkan santan.
Serbuk gula merah/ racik gula melaka/gula kabung. Kalau serbuk gula merah saya guna pek warna hijau cap bintang. 3.Lipat acuan daun pisang tadi seperti bungkus tapai dan semat dengan stapler atau lidi untuk mengemaskannya.
4.Susun dalam periuk pengukus dan dikukus selama 20-30 minit. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Terkenang kalau dulu-dulu bila petang musim hujan, mak mesti buat lempeng pisang. Tapi sekarang nak jumpa lempeng ala kampung macam emak atau nenek buat memang jarang-jarang dapat. Bila terlanjur ingat, ini dikongsikan resipi lempeng kampung yang sedap sangat, kaya dengan rasa pisang segar, campur pulak dengan kelapa dan gula Melaka memang terbaik. Wajib cuba ni…
LEMPENG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg pisang Abu | lenyekkan
300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
5 sudu makan gula kabung
Sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.