Hujung minggu semua ahli keluarga berkumpul, sudah tentulah agenda utama adalah makan-makan sambil berbual santai. Apa kata, meriahkan lagi hujung minggu dengan mencuba menu Shell Out yang menjadi sebutan ramai sekarang. Pelbagai jenis seafood dengan rasa yang berbeza dalam satu hidangan di atas meja. Lebih penting kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya dengan santai di rumah sendiri. Jom cuba!
KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu
SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
INFO CHEF: Sotong dicelur angkat, untuk mengelakkan dari terlalu berkuah dan keras.
LALA TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 kg lala-bersih dan tos
2 batang serai –kisar kasar
3 tangkai cili merah-kisar kasar
3 tangkai cili padi-kisar kasar
3 ulas bawang putih-kisar kasar
1 biji bawang besar-kisar kasar
3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
1 biji tomato-cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih pedas boleh tambah dengan cili potong.
UDANG LEMON HONEY BUTTER
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL- bersih dan tos
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang besar-cincang
2.5cm halia-hiris halus
Sedikit parutan kulit lemon
1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar madu
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
Akhir sekali masukkan udang.
Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan goreng udang terlalu lama untuk rasa lebih manis dan mudah dibuang kulit.
Selamat mecuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Koleksi masak daging sebagai bahan utama masakan. Dah bosan makan ayam dan ikan sesekali hidangkan juga masakan daging dalam menu harian, tak susah dan dijamin sedap. Kalau takut daging lambat empuk ikut petua pasti lembut!
THE BEST MONGOLIAN BEEF
Bahan-bahan:
1 pound daging steak flank, dihiris nipis
1/4 Cawan Tepung Jagung
1/2 Cawan Minyak sayuran
2 helai daun bawang, dihiris tipis
1/2 Cawan Kicap Cair
1/2 Cawan gula perang
3 ulas bawang putih, cincang
2 sudu kecil Halia segar parut
2 sdt Minyak sayuran
Cara-cara:
Dalam mangkuk sederhana, pukul bersama kicap, gula perang, bawang putih, halia, 2 sudu minyak sayuran dan 1/2 cawan air. Campurkan campuran kicap dalam periuk sederhana didih kan sehingga pekat sedikit, kira-kira 5-10 minit; ketepikan.
Dalam mangkuk besar, gaulkan daging dan jagung.
Panaskan 1/2 cawan minyak sayuran dalam periuk besar. Masukkan daging lembu dan goreng sehingga separuh masak, kira-kira 1-2 minit. Pindahkan ke pinggan mangkuk dan tos kan dengan kertas untuk membuang minyak berlebihan.
Masukkan campuran daging lembu dan kicap ke dalam periuk dan didih kan di atas api sederhana dan masak sehingga kuah kicap pekat dan melekit, kira-kira 2-3 minit.
Angkat dan tabur kan daun bawang..
Sedia untuk di nikmati!!
Kongsi resipi: get in my belly
DAGING GORENG KURMA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | hiris nipis
2 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan yogut
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji ubi kentang | potong memanjang
2 pokok daun ketumbar | hiris
3 biji cili hijau | hiris 2cm
4-5 biji tomato ceri
1 biji bawang besar | belah lapan
3 ulas bawang berah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
2 batang serai | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili padi
DAGING GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
300gm daging
3 ulas bawang putih |ketuk
1cm halia|hiris nipis
5 biji cili padi|hiris kasar
1 biji lada merah | hiris
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh lada sulah
1 biji kentang|potong dan goreng
1 biji bawang besar|hiris
Sedikit garam dan gula
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Daging dihiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit.
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging sehingga empuk.
Masukkan bawang putih, halia dan cili padi.
Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada sulah.
Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, bawang besar dan lada sulah. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika hendak masakan ini berkuah, tambah sedikit air.
SZECHUAN BEEF
BAHAN-BAHAN
600gm daging lembu – bersihkan dan potong dadu
150gm lada benggala hijau, kuning dan merah – potong dadu
50gm lobak merah – hiris nipis & bentukkan seperti bunga
20gm cili kering – potong
30gm Spicy Hot Bean Sauce
20gm sos tiram
10gm serbuk pati ayam
4 sudu makan air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
DAGING GORENG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
300gm daging
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh sos lada hitam
1sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos tomato
1 sudu teh sos cili
1 sudu makan kicap manis
1 biji lada benggala
1biji bawang besar
Sedikit garam dan gula
Sedikit cuka
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMBUK:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
CARA MEMASAK:
Perap daging bersama lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata.
Masukkan lada benggala dan bawang besar yang telah dipotong.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Terpulang kepada anda untuk masukkan garam atau tidak kerana sos sudah pun masin.
Sup Telur Chinese Style tambah dengan crab stick lagi sedap. Buat menu macam ni tak perlu makan dengan nasi, ratah macam tu pun pasti tak cukup semangkuk.
Sesuai juga jadi hidangan buat yang rasa tak sedap badan. Yang penting skill pecahkan telur supaya tidak bergumpal.
Memang sedap dan menyelerakan, rugi kalau tak cuba.
Sup Telur Chinese Style
Bahan-bahan:
Bawang putih (cincang halus)
Halia (cincang halus)
Kiub pati ayam (tiada MSG)
Filamen ketam (dihiris nipis)
Telur ayam (dibancuh)
Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selalunya lauk dalca daging lebih enak jika kita gunakan bahagian daging kambing yang dicampur dengan tetel ataupun daging rusuk. Dalca akan lagi sedap kita nikmati selepas simpan semalaman kerana kuahnya lebih mesra.
DALCA KAMBING BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
500gm kambing bersama tulang | direbus hingga empuk terlebih dahulu
500ml santan pekat
1 liter santan cair
Air secukupnya
6 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan cili kisar
1 keping asam gelugur
Garam, gula dan gula Melaka secukup rasa
2 biji ubi kentang | dipotong kecil
4 tangkai kacang panjang | dipotong pendek
1 batang lobak merah | dipotong
2 biji cili merah | dipotong
2 biji bawang besar | dikisar halus
5 biji bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang putih | dikisar halus
1 inci halia | dikisar halus
BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | dimayang halus
2 ulas bawang putih | dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Bancuh bahan kisar halus bersama serbuk kari. Gaul rata dan jadikan seperti pes.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Masak hingga wangi.
Kemudian masukkan cili kisar. Masak lagi sehingga garing.
Tambahkan bancuhan pes kari tadi. Masak lagi hingga garing.
Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan seketika barulah dimasukkan santan cair dan air. Biarkan mendidih.
Setelah kentang sedikit empuk, masukkan daging dan tulang kambing yang telah direbus empuk.
Masukkan asam gelugur, kacang panjang, cili merah dan santan pekat.
Perasakan dengan garam, gula dan gula Melaka dengan secukupnya. Biarkan mendidih dan angkat.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika kurang menggemari daging kambing, boleh diganti dengan daging lembu.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Kuah yang tidak terlalu pekat dan tidak berbau.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.