Ikan MasinOrang kata ikan masin, lauk pembuka selera, tetapi bila terlalu masin bahaya juga untuk kesihatan. Bagi mengatasi masalah ini, berikut tip mudah yang boleh bantu kurangkan rasa masin melampau dan anda boleh menikmati ikan masin dengan lebih sihat. Anda boleh cuba salah satu dari tiga tip berikut:
Rendam Dengan Air Biasa
Rendam ikan masin dengan air basa selama 12-24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang-kurangnya anda kena tukar air rendaman 3-4 kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak toskan airnya.
Ads
Rendam Dengan Air Garam
Ads
Rendam ikan masim dalam air garam ( 2 liter air tambah 1 sudu akan garam). Biarkan selama 5-10 minit. Cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masih, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas direndam toskan.
Ads
Rendam Dengan Air Panas
Cara ini juga mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih dari 10 minit ye! Toskan betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.
Menerusi perkongsian saudari Wan Jamiah, beliau berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai untuk masakan yang anda nak masak.
Ada yang kata senang je nak tanam pokok kesum. Ada juga yang kata susah nak tanam kerana walaupun pelbagai usaha dilakukan masih juga tak menjadi. Berlainan pula dengan yang sekali menanam dan pokok terus hidup seperti tak mahu gagal, sampai tak termakan pulak.
Kesum ini adalah sejenis tumbuhan yang mampu hidup di dalam air, tetapi juga mampu hidup di atas tanah.
Menerusi perkongsian daripada Alin Lin, rupanya ada 2 jenis kesum sebenarnya, satu jenis kecil dan satu lagi jenis besar.
Kesum yang jenis kecil, ia memang suka tinggal di dalam air. Jika air lalu, contoh dalam parit, ia akan cepat membiak hidup subur tanpa baja.
Manakala kesum yang jenis besar, ia sangat cantik jika ditanam atas tanah sebab kesum besar memang lebih tinggi dari kesum yang kecil.
“Tanamlah kesum di kawasan atau di tanah yang lembab. Kalau diingat dulu-dulu, mak-mak tanam kesum di tepi-tepi longkang sebab tepi tu sejuk dan banyak air. Tapi ada pula yang geli nanti longkang tu laluan air apa.
“Jadi carilah tempat di tepi rumah laluan air hujan. Kita panggil cucur atap. Mana yang rumahnya keliling ada longkang, laluan air hujan lagi bagus. Jika tiada, cukuplah sekadar tepi rumah di mana tempat air hujan turun.”
*Cuba korek-korek sikit tanah tu ada nampak lembab tak di dalamnya. Jika ada, dah boleh sediakan benih keratan kesum. *Bila kita menanam, janganlah tanam sebatang-sebatang. Tanamlah sekurang-kurangnya 3 batang atau 4 dalam satu lubang. Jangan pula tanam seikat dalam satu lubang.
*Setelah tanam, siram air pagi dan petang. Jika hujan, senang kerja kita. Tak perlulah siram lagi sebab tempat tu dah memang air hujan turun. *Selepas beberapa hari antara 4 keratan yang kita tanam, pasti ada antaranya tak semua hidup. Pasti ada yang mati (tapi kalau hidup semua alhamdulillah).
CARA KENAL PASTI KERATAN & TANAM
*JANGAN cabut jika nampak keratan tu hitam. Biarkan je. Dalam 10 lubang, pasti ada yang jadi. Memang dia nampak macam kering atau mati tapi pasti ada yang jadi. Sabar, selagi keratan tu tak menyembah bumi, selagi tu kita ada harapan. *Tanam keratan berpandukan ruasnya, kerana akar akan tumbuh pada ruas-ruas tersebut. Tanamlah dalam sikit tak mengapa. *Pastikan keratan kesum yang cukup tua, ia lebih senang untuk hidup.
*Setelah pokok membesar setinggi paras lutut, pokok kesum harus dipotong. Jika tak makan, sedekahlah kepada jiran. Atau boleh buat 3 ke 4 peringkat. *Contoh, minggu ini kita kerat selonggok atau senang cakap, secekak. Simpan atau bagi jiran. Minggu depan potong lagi secekak. Jadi nanti nampak kesum tu naik bertingkat-tingkat. Jadi, tidaklah dia membazirkan. Nak potong semua takut pula esok nak guna dah tak ada daunnya.
KENAPA PERLU DIPOTONG?
Kenapa kesum perlu dipotong jika ia sudah tinggi dan mula rebah? Sebab ia boleh mati kerana kita tak petik. Jadi makin kerap kita potong, makin banyak pokoknya nanti makin rimbun.
TIPS & PETUA LAIN:
1. Kesum tidak memerlukan baja yang banyak. Cukup air, cukup sinar matahari, sudah memadai untuk dia hidup dengan subur. 2. Ada jenis serangga yang sukakan daun kesum. Jika nampak daunnya mula dimakan ulat, bolehlah semburkan racun serangga. Jika ia cantik dan tidak ada serangga yang makan, tidak perlulah kita meracun. 3. Kenapa saya beli pokok kesum dan bila sampai di rumah, ia semakin layu dan mati? Ini kerana akarnya terkejut dengan air yang berlebihan dan mungkin kurang. Sebaiknya kesum ditanam di atas tanah yang lembab. 4. Kenapa sahabat saya tanam kesum dalam pasu menjadi dan subur? Kerana dia menanam dari awal keratan dan siraman yang konsisten setiap hari. Pokok tidak mengalami perubahan mendadak dari segi pencahayaan dan kawasan sekitar. 5. Susah ke tanam kesum? Tidak susah jika kena cara dan tanahnya. Tapi susah juga jika kawasannya gersang dan terdedah matahari yang terik.
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!