
Lauk ikan boleh kata hari-hari kita masak. Cuma sewaktu makan kena hati-hati dengan tulangnya apatah lagi yang memakannya kanak-kanak.
Ia penting supaya tak tercekik tulang. Salah satu cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah membuang terus tulang waktu membersihkan ikan.
Tak perlu potong isi ikan untuk buang tulang ini, cuma perlu tahu teknik yang betul. Sekali tarik semua tulang keluar.
Teknik buang tulang ikan ini boleh dikongsi oleh Nana Mea Soffea.
Cara- caranya
- Siang ikan seperti biasa, potong bahagian tulang yang hubungkan badan dan kepala. Kemudian bersihkan.
- Boleh tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai.
3. Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sampai ke hujung.
4. Kemudian kepak atau patahkan tulang di bahagian ekor.
5. Gunting tulang utama di bahagian leher ikan, pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang ikan yang ada akan keluar sekali waktu ini.
Sumber:Nana Mea Soffea
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tip Simpan Nenas Supaya Tahan Lama, Tak Lembik Dan Busuk. Dah 6 Hari Elok Lagi

Buah nenas adalah superfood yang banyak khasiatnya, dan bagi yang menyukainya mungkin akan membelinya beberapa biji sekali gus dimakan. Terutama sekali jika harganya murah.
Cuma jika beli dalam kuantiti yang banyak, cara menyimpan nenas ini perlulah betul supaya tak cepat rosak. Selalunya kita mungkin kupas sebiji saja dan selebihnya disimpan. Memandangkan kita tak menyimpannya dalam peti sejuk jadi boleh praktikkan cara simpan nenas agar tahan lama yang dikongsi oleh Huda Zainal.

Tip simpan nenas tahan lama
Ujar beliau di rumahnya nenas memang buah yang tak putus stok, sekali beli 3 biji terus. Selalu selepas tiga hari buah nenas yang terakhir dipotong sudah lembik dan busuk.
Tapi sejak mempraktikkan tip yang diperoleh dari satu video, buah ini masih elok sehingga 6 hari, tak busuk atau berair. Caranya mudah sangat;
1. Potong dulu bahagian atas/ jambul nenas. Buang daun-daun yang tajam.
2. Sediakan bekas dan letak nenas secara terbalik. Bahagian atas letak ke bawah.
Itu saja, cara ini nenas akan tahan sampai 6 hari.
Sumber/Foto : Huda Zainal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mudah! Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus Dan Tak Perlu Direndam Terlebih Dahulu.

Untuk memasak pulut kuning, biasanya kita perlu merendam beras pulut sebelum dikukus. Ia bagi memastikan pulut kuning yang dimasak menjadi sempurna. Namun ada dikalangan kita yang tak ada periuk kukusan untuk masak hidangan ni. Hmm…Usah risau. Anda masih lagi boleh buat pulut kuning. Bahkan versi ini juga lebih mudah. Jom lihat cara-caranya menerusi perkongsian dari saudari Faidhatul Arfah Ahmad ini.
Hi ! Arfah nak share dengan korang cara masak pulut yang paling senang, simple di abad ini. Tak payah nak pening kepala nak rendam pulut dulu 2 jam. Rebus air kukus etc. Tak sampai 40 minit pulut dah boleh makan dengan riangnya ahahahaha.
CARA MASAK PULUT TANPA KUKUS DAN TAK PERLU RENDAM TERLEBIH DAHULU
1. Ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan cucikan dan masukan ke dalam kuali.
2. Masukan air ke dalam kuali banyak manapun takpe ikut suka uols dan bukakan api. Boleh letakan pewarna kuning / serbuk kunyit atau biarkan warna putih sahaja, terpulang yaa. Kemudian gaul-gaulkan pulut tersebut, jika korang letak pewarna tujuanya supaya warna itu nanti kena sekata pada keseluruhan pulut kite itu.
3. Pastikan tunggu sehingga air rebusan pulut tu betul-betul mendidih / mengelegak terus tutupkan api. Apabila air rebus pulut sudah mendidih jangan biar terlalu lama sangat yaa takut pulut kembang nanti apabila kita nak masak dalam rice cooker.
4. Kemudianya, tapiskan pulut kite tu, buangkan air rebusan tadi. Sebab kite taknak guna air dah.
5. Masukan pulut kite ke dalam rice cooker. Jika tak nak santan tak payah letak santan dan tidak perlu tambah langsung air okeh . Tapi arfah buat pulut santan. Santan tu letak bersama sedikit garam kemudian gaulkan dengan pulut kite tadi agar sebati. Santan tu letak betul-betul paras pulut sahajaa atau kurang dari paras pulut yee, jangan sampai pulut tengelam dengan santan sebab takut nanti pulut kite tu lembik pulak kang.
6. Kemudianya, masak di dalam rice cooker sehingga rice cooker dari button “cooking” menjadi, “keep warm”. Dalam 10 minit – 15 minit cenggitu, bergantung jugak kepada berapa banyak pulut kita masak.
7. Bila pulut dah masak / button keep warm yeaahh masa itu uols letakan gula dan gaul-gaulkan rata. Kemudianya tutupkan sekejap periuk rice cooker kite tu semula, tapi tak payah lama sangat. Tujuan letak gula itu nanti cantik elok je pulut kite berkilat gojess hihihi . Anddd, pulut anda sudah siap & boleh di makan dengan bahagianyaaaaa.
InsyaAllah, kalau korang masak pulut mengunakan kaedah ini walaupun pulut tidak di rendam dahulu. Tetapi, pulut akan masak elok, tidak kembang dan tesktur pulutnya cantik dan sangat-sangat menjimat masa.
Setengah orang suka jugak kan masak pulut di dalam rice cooker kalau nak cepat, tetapi yg versi kene sukat air tu kan, kalau tak pandai nak agak sukatan kuantiti air memang pulut akan kembang hihihi :’).
Moga-moga perkongsian ini memberi manfaat dan selamatt mencuba guys ⚘.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Susun Atur Di Dapur, Alat Elektrik Ini Jangan Letak Dekat Dekat

Nak dapur cantik, susun atur barang-barang di ruang ini memang main peranan. Tapi jangan pula kerana mahu cantik kita abaikan aspek kesesuaian kedudukan alat elektrik.
Perlu diketahui ada alat elektrik yang tidak sesuai diletakkan berdekatan kerana faktor pengudaraan dan penghasilan tenaga panas. Sebagai contoh, microwave, ketuhar, dryer dan peti sejuk. Perkara ini dijelaskan oleh Azizul Azli Ahmad.
KEDUDUKAN PERALATAN DAPUR KURANG TEPAT?
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya.

Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto di bawah tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini.
Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (Mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (Peti sejuk).
Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga.
Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
Tip reka bentuk dapur yang baik
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.

5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya di dapur.
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan. Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, di sana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita
Semoga bermanfaat
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

