Teknik sukat tepung pun ada kongsi? Ha… Sukat tepung ni memanglah antara perkara ‘basic’ dalam masakan terutamanya bila anda ‘baking’, tetapi pernahkah terjadi situasi dimana anda sukat tepung dah betul, tapi bila kali kedua nak buat resipi yang sama, menggunakan cawan yang sama, hasil biskut dan kek tu jadi lain. Ada yang adunan lembik, terkeras, terlebih tepung dan sebagainya.
Menerusi perkongsian saudari Yatie Eimra, beliau kongsikan beberapa tip dan panduan mengenai sukatan tepung yang boleh anda semua cuba. Ilmu ini diperolehi berdasarkan pengalaman dan pembelajaran beliau dalam pembuatan kek dan biskut.
Teknik menyukat tepung ini sebenarnya ilmu paling asas yang perlu diketahui kerana ia sangat mempengaruhi hasil akhir produk yang dihasilkan. Jom ketahui cara-caranya.
ANTARA KESILAPAN BILA SUKAT TEPUNG MENJADIKAN TEPUNG JADI MAMPAT
1. TERUS GUNA CAWAN UNTUK CEDUK TEPUNG
2. HENTAK CAWAN KETIKA MENYUKAT MENJADIKAN TEPUNG MAMPAT.
- Biasanya bila sukatan tepung dalam cawan tak cukup, anda akan tambah balik tepung menjadikan ia berlebihan.
3. MENEKAN TEPUNG MASA PROSES MERATAKAN TEPUNG DALAM CAWAN PENYUKAT
- Teknik meratakan itu sudah betul cuma bila anda meratakan tepung sambal menekan, tepung akan jadi mampat. Untuk sukatan 1-2 cawan, biasanya tiada begitu bermasalah tetapi bila dibuat dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menjejaskan resipi.
ANTARA KESILAPAN-KESILAPAN LAIN MASA MENYUKAT
1. SUKAT TEPUNG MAIN AGAK-AGAK JE
- Sukatan tak betul-betul sampai paras atas cawan. Biasanya anda main agak-agak sahaja tepung tu sama level. Jika secawan, mungkin tiada beza, tetapi jika tepung diperlukan dalam kuantiti banyak cawan, sudah tentu sukatannya akan lari. Sebab tu hasil biskut dan kek anda pun kadang menjadi, kadang kelaut.
2. GONCANG CAWAN SUKATAN UNTUK RATAKAN TEPUNG.
- Cara ini sebenarnya boleh menyebabkan terlebih tepung kerana masa goncang cawan, tepung akan memenuhi semua ruang dalam cawan dan akan mampat sedikit demi sedikit.
3. SUKAT TEPUNG MEMBUMBUNG DAN RATAKAN TETAPI MASA TUANG TEPUNG DALAM CAWAN, TAK PENUH SEKATA.
- Ini menyebabkan ada ruang @ lompong. Jadi bila adunan dalam kuantiti yang banyak, timbangan berat tepung akan terkurang dari sukatan yang sepatutnya.
4. SUKAT TEPUNG MEMBUMBUNG TANPA RATAKAN.
- Tak ramai yang buat macam ni, tetapi ada.
TIP MENYUKAT TEPUNG
1. Sebaik-baiknya, ayak atau gemburkan tepung terlebih dahulu SEBELUM disukat menggunakan cawan atau penimbang.
2. Ratakan tepung dalam cawan menggunakan pisau atau belakang sudu yang rata agar sama parasnya.
CARA MENYUKAT TEPUNG
KAEDAH 1: KAUP GUNA SCOOP/ SENDUK/ SUDU
- Untuk menceduk tepung dari bekas atau plastik, gunakan scoop atau jika tiada, boleh gunakan senduk atau sudu. Sudukan tepung dan masukkan ke dalam cawan penyukat. Tambah tepung hingga penuh sekata dan membumbung. Kemudian ratakan gunakan belakang pisau.
KAEDAH 2: TUANG TERUS DARI PLASTIK PEMBUNGKUS
- Terus tuang tepung dari dalam plastik pembungkus ke dalam cawan penyukat. Tambah tepung hingga penuh sekata dan membumbung. Kemudian ratakan gunakan belakang pisau.
INFO
1. Mungkin ada yang akan cakap, “selama ni sukat teknik salah, tapi ok jer. Menjadi jer kek/biskut raya. Tak jejas ape pun”.
- Tak dinafikan, banyak lagi faktor lain yang mainkan peranan seperti saiz telur, cara dan teknik masa mengadun adunan dan sebagainya.
2. Andai selama ini anda secara KONSISTEN sukat cara yang salah, tetapi kek dan biskut tetap menjadi biskut dan kek.
- Kek dan biskut tetap menjadi cumanya anda mungkin tak pernah tahu tekstur sebenar kek dan biskut tersebut jika tepung disukat dengan betul.
- Contohnya selama ni buat kek semuanya terlebih tepung, kek tetap menjadi cumanya agak kering. Jika tepung disukat dengan betul, baru tau rupa-rupanya resipi yang sama tapi tekstur sebenar kek tu lebih lembap dan lembut je.
3. Selalunya kalau anda sukat tepung dengan teknik yang betul, insyaAllah hasil akhir bakeri anda akan lebih konsisten. Masalah kek bantat dan kek mendap pun boleh diatasi.
4. Sukatan tepung gunakan cawan penyukat standard = 125gm. Tapi KEBIASAANNYA sukatan tepung ni berbeza ±5–10gm (1-1½ sudu besar) bila kita timbang sendiri. Ini juga bergantung pada keadaan kelembapan tepung, cara/teknik menyukat.
Kredit petua & foto: Yatie Eimra
Tercari-cari OVEN baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi BISKUT & KEK? Boleh cuba resipi di bawah ni:
https://rasa.my/kek-karot-simple-tapi-sedap/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI