Ingin jimat masa di dapur dan tidak mahu berkincah semasa memasak? Idea buat pes untuk seminggu ini mungkin boleh membantu. Bahan sedia ada di dapur dan cara memasak pun mudah. Jadi manfaatkan  hujung minggu ini untuk sediakan pes tumis yang boleh dipelbagaikan kegunaan. Boleh tumis sayur, lauk pauk, nasi goreng ataupun mi goreng. Untuk memudahkan anda, berikut resipi yang boleh dicuba.

Harap dengan adanya pes tumis segera ini dapat membantu kerja memasak anda di dapur lebih mudah dan cepat ye…

Masak Ekspres Dengan Pes Tumis Homemade, Mak-Mak Sibuk Boleh Cuba & Buat Stok !

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 6 biji bawang besar | hiris
  • 20 ulas bawang merah | hiris
  • 20 ulas bawang putih | hiris
  • 2 cawan pes cili kering.
  • 1 cawan ikan bilis/udang kering | ikut cita rasa
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak

 CARA MEMASAK:

  1. Bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis atau udang kering perlu ditumbuk atau kisar.
  2. Tekstur ikut kemahuan anda, paling baik tidak terlalu lumat.
  3. Panaskan minyak, kemudian tumis pes hingga pecah minyak, seterusnya tambah air asam, garam dan gula sebagai perasa.
  4. Masak hingga pes agak garing. Tutup api.
  5. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara atau botol kaca. tutup rapat dan simpan pada suhu bilik.
  6. Untuk stok lebih lama simpan dalam peti sejuk. Dengan cara ini pes boleh tahan hingga 1-2 minggu.
  7. Jika anda ingin menambah hirisan bawang semasa menumis tidak menjadi masalah. Terpulang kepada cita rasa.

Jika ingin mencuba berikut disertakan  resipi masakana Ketam Kari Tumis Darar yang boleh anda cuba.

IKLAN

Masak Ekspres Dengan Pes Tumis Homemade, Mak-Mak Sibuk Boleh Cuba & Buat Stok !

KARI KETAM TUMIS DARAT

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
  • 4 sudu makan pes tumis
  • Rempah penumis |  kulit kayu manis, pelaga dan bunga 
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 150ml susu rendah lemak
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 CARA MEMASAK:

  1. Cuci bersih ketam kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan, rempah penumis dan rempah rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  3.  Masukkan pes  penumis dan daun kari, kacau rata.
  4. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
  6. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Angkat dan hidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI