Resipi Tauhu Sumbat Ayam ni memang mudah nak buat. Yang paling penting rasanya memang sedap bila dimakan bersama sambal kicap pedas yang padu. Macam nak buat Tauhu Begedil tapi caranya lebih kurang sama je nak buat Tauhu Sumbat Ayam ni. Sangat sesuai dihidangkan kalau ada tetamu datang ke rumah kita. Resipi Tauhu Sumbat Ayam ni telah dikongsikan oleh Rara Zabidin di Facebook. Jom kita cuba!
Saya suka kuali melengkung ke dalam, bila nak deep fry pun seronok je rasa contoh guna Shogun Twister 40cm Jumbo Wok ni. Boleh dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
TAUHU SUMBAT AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 bungkus ayam kisar
1 biji bawang besar (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
Daun sup dan daun bawang (agak-agak lah)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur
Ads
Minyak untuk goreng
5 biji tauhu
CARA PENYEDIAAN:
1. Mula goreng dulu tauhu seketul. Pastu goreng tunggu sejuk dan potong 2, kemudian keluarkan isi tauhu tapi jangan sampai kulit yang belah luar terkoyak, so kena la berlemah lembut sikit ye. Isi tauhu tu dihancur-hancurkan.
2. Untuk inti tauhu. Tumis bawang merah dan putih sampai naik bau. Masukkan ayam kisar dan biar sampai ayam agak masak.
3. Kemudian masukkan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi. Nak tambah lobak merah dan jagung pun boleh. Taburkan serbuk lada hitam dan putih. Perasakan dengan garam dan gula.
Ads
4. Akhir sekali masukan daun sup dan daun bawang.
5. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.
6. Setelah itu, tauhu yang telah disumbat tadi dicelup ke dalam telur dan digoreng sekali lagi.
7. Dah siap. Kalau nak berseri tabur la sikit cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng atas tu. Nampak la berhias gituuuuhh kannn. Boleh dimakan dengan sambal kicap. Klik DISINI untuk resipi sambal kicap.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Rara Zabidin
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cucur Topi Kelantan amat popular di Kelantan. Rupanya seperti topi kerana itu ia diberi nama sedemikian. Kelilingnya rangup dan lembut di bahagian tengah. Sesuai dihidangkan pada waktu sarapan pagi.
Kuih Cucur Topi Kelantan
Bahan-bahan: 1 cawan air 1 cawan gula (saya kurangkan sebab tak suka manis) 1/2 sudu kecil garam
Cara membuat: 1. Masak sekejap guna api kecil untuk cairkan gula dan garam. 2. Kemudian sejukkan.
1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum
Cara membuat: 1. Campur kedua tepung dan masukkan air gula tadi. 2. Kacau sebati 3. Tapis adunan 4. Simpan dalam bekas bertutup. 5. Simpan/perap semalaman / 5-8jam (simpan dekat luar je)
Hasil adunan esok paginya, ada lubang dan berbuih.Kacau-kacau bagi adunan rata.
Tak pekat dan tak cair sangat.Nak goreng kena sentiasa kacau-kacau adunan.
Cara memasak: 1.Panaskan minyak, guna api sederhana. 2.Guna minyak sedikit (saya guna 1/2 cawan minyak) 3. Tuang dengan senduk pelan-pelan dalam kuali. 4. Bila dah jadi macam dalam gambar/dah garing sedikit boleh terbalikkan.
5. Tunggu sehingga tepi-tepi garing elok dan angkat.Bersarang rupanya. Kredit:Missz Amira
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ayam Panggang Blackpepper memang antara perisa kegemaran bagi penggemar sajian ayam panggang. Di musim ayam serba mahal ini, jika terasa nak makan, lebih baik masak sendiri. Jika dibeli, seekor kecil sahaja saiznya namun harga boleh tahan. Memang tak cukup jika ahli keluarga ramai. Apa kata masak je sendiri. Lebih jimat & sedap! Anak-anak pun boleh makan dengan puas. Sangat berbaloi-baloi. Ni ada resipi Ayam Panggang homemade yang dikongsi oleh aaudari Ema HidaYah. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
1. Satukan semua bahan rempah kemudian lumurkan pada ayam. Sebaiknya perap seketika supaya bahan rempah meresap ke dalam isi. Boleh juga letak ubi kentang, bawang atau sayuran.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar ayam selama 1 jam 30 minit atau hingga ayam masak sepenuhnya. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut saiz ayam.
3. Jika suka, boleh tabur mix herbs selepas ayam masak. Memang harum dan enak. Isi pun empuk. Selamat mencuba!
Sajian Thai adalah antara sajian cukup popular di seluruh dunia. Pergi sahaja ke negara Asia, Amerika Syarikat, Eropah dan pelbagai negara, restoran Thai pasti ditemui. Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan bunga kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan. Melalui inspirasi juadah dari Pattaya dan Bangkok,
RASA kongsikan lima menu yang sedap & sangat mudah untuk anda cuba di rumah. Boleh masuk koleksi sajian berbuka nanti.
1. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam /dicincang
3 ulas bawang putih /dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
Masukkan kicap pekat
Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
2. GAENG KIAW WAN (DAGING MASAK KARI HIJAU)
BAHAN-BAHAN:
200gm daging /dihiris nipis
20- 30gm daun selasih
1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
10gm kubis bunga/ dihiris
3 tangkai kacang panjang/ dipotong pendek
2 sudu teh gula
2 sudu makan kicap sotong @ ikan
62ml air rebusan daging
100ml santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS (PES HIJAU):
1 batang serai /dikisar halus
2 ulas bawang putih /dikisar halus
1.5 sm lengkuas /dikisar halus
6 biji cili hijau besar / dikisar halus
20gm belacan /dibakar dan kisar
1/2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kulit limau purut /disagat
4 helai daun limau purut / dihiris halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
Kari hijau sedia dihidang
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. GAENG PHANAENG (DAGING PHANAENG)
BAHAN-BAHAN:
400gm daging – dihiris nipis
40ml santan segar
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Gula dan garam secukupnya
BAHAN TUMIS:
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai /dikisar halus
2 sm lengkuas /dikisar halus
4 helai daun limau purut /dikisar halus
1.5 sm belacan bakar /dikisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
20 gm daun dan tangkai ketumbar/ dicincang halus
2 biji kulit limau purut /dikisar halus
2 ulas bawang putih/ dikisar halus
1 batang kayu manis/ dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
Kacau seketika, perasakan dan padamkan api. Siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)
BAHAN-BAHAN:
4 ekor udang /dicincang
1 ekor sotong /dicincang
4 ekor kupang /dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang /dipotong kecil
1/4 batang lobak merak /dicincang halus
2 batang cili padi /dihiris
2 ulas bawang putih /dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland /dicincang
2 biji bawang merah/ dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
Panaskan pengukus dengan air.
Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
Hor mok sedia dihidang
INFO CHEF: Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
5. GAR HOR BAI TOEY (AYAM PANDAN)
BAHAN-BAHAN:
250gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
4-5 helai daun pandan
BAHAN UNTUK PERAPAN:
40ml susu cair
1 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada putih
1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
3 ulas bawang putih /dikisar halus
3 ulas bawang merah /dikisar halus
1 sm halia /dikisar halus
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan toskan.
Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.