Tanam sendiri pucuk manis, atau pokok cekur manis di rumah kalau suka makan sayur ini. Pucuk manis ini buat masak lemak putih memang sedap. Memang menambah nasi apa lagi kalau dihidang dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Cara menanam pucuk manis ini juga mudah dan tak perlu laman luas, tanam dalam pasu pun boleh. Kalau ada dua tiga pokok memang dah cukup untuk makan sayur ini selalu.
Pokok sayur ini biasanya ditanam melalui biji benih dan keratan batang. Akan tetapi ia lebih mudah ditanam menggunakan keratan batang. Selain itu tanam pucuk manis dengan kaedah ini juga hasilnya lebih bermutu.
Cara tanam pokok sayur pucuk manis
-Kerat batang pucuk manis, pilih batang yang sihat.
-Buang daun-daun yang ada pada keratan dan rendam dalam air beberapa hari.
Ads
-Bila dah nampak sedikit akar bolehlah terus tanam dalam polibeg atau pasu.
-Dalam satu pasu, semai dalam 2-3 keratan batang. Jangan banyak kerana pucuk atau daun yang terhasil nanti kecil.
-Siram setiap hari, biar tanam lembap. Untuk pembajaan boleh guna tinja ayam. Lakukan pembajaan 2 minggu sekali jika tanam dalam pasu. Letak baja di hujung pasu, elak terkena pangkal kerana baja sifatnya panas. Jika tanam di atas batas lakukan pembajaan sebulan sekali.
-Pokok pucuk manis ini boleh tumbuh subur di kawasan bercahaya matahari penuh ataupun di kawasan naungan yang redup.
Ads
-Ia juga mampu bertahan terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat), selain mampu dan boleh tumbuh di kawasan tanah liat.
-Selepas 40-60 hari, pokok cekur ini akan mula menampakkan pucuk. Paling sesuai untuk dituai selepas 3 bulan ditanam.
Ads
Tip agar pokok mengeluarkan pucuk baru, cantas setiap 6 bulan batang pokok sehingga 1 meter dari pangkal.
Musim perayaan bakal bermula. Pasti ramai yang dah mula buat projek biskut raya kan? Tahukah anda, acuan biskut yang baru dibeli dan digunakan terus akan menyebabkan doh melekat dan susah dikeluarkan dari acuan. Lebih-lebih lagi biskut yang kita buat tu kena bakar sekali dengan acuan di dalam ketuhar.
Contohnya seperti acuan Biskut Kapal, Tat, Biskut Lidah Kucing dan sebagainya. Untuk atasi masalah doh melekat pada acuan biskut baru, berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan:
CARA ELAK BISKUT MELEKAT PADA ACUAN
1. Basuh bersih acuan yang baru dibeli dan lap hingga kering.
2. Semasa hendak digunakan, oles nipis sedikit marjerin pada acuan tersebut.
3. Kemudian susun di dalam dulang pembakar dan masukkan seketika ke dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120C selama 15 minit.
4. Keluarkan acuan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan dan tidak hancur.
Pernah tak alami situasi nak beli kucai terbeli daun bawang. Haha…mesti adakan? Ini adalah perkara biasa kerana kedua-dua jenis daun ini hampir sama dari segi rupa bentuk dan warna. Sebenarnya, daun kucai langsung tak sama dengan daun bawang. Kalau nak tau perbezaannya, korang boleh baca info berikut:-
Daun Bawang adalah Bawang & Kucai adalah Daun:
Walaupun kedua jenis daun ini dalam keluarga yang sama iaitu ‘bawang’ namun daun bawang lebih sesuai dipanggil bawang kerana ia dicabut seperti bawang dan dijual dengan akar sekali sama seperti bawang. Sementara kucai adalah sejenis daun, sebab ia dipotong lebih kurang 5 cm dari pangkal pokok sebelum dijual.
Bentuk Fizikal & Warna:
Secara fizikalnya kedua-dua daun hampir sama bentuk dan panjang. Namun daun bawang mempunyai ukuran lebih besar, bulat, panjang, dan lembut teksturnya berbanding daun kucai yang lebih nipis pandat hampir sama dengan rumput. Kalau dipegang daun bawang lebih lembut dan rapuh kerana bentuknya seperti penyedu minuman berlubang di tengah. Walaupun sekilas pandang kedua-dua daun berwarna hijau, tetapi daun bawang berwatna hijau lembut dan menjadi putih di bahagian pangkalnya sedangkan kucai tetap berwarna hijau hingga ke pangkal.
Rasa & Bau:
Daun bawang mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi lebih lembut dan mempunyai aroma khusus, rasa ini akan lebih dirasai bila campurkan dalam makanan dan dimakan. Sementara daun kucai aromanya hampir sama dengan bau bawang putih. Jika tidak dimasak rasanya sedikit menyengat.
Fungsi Dalam Masakan:
Berbading daun kucai, daun bawang digunakan sebagai pelengkap rasa dalam makanan, seperti dimasukkan dalam sup dan makanan bergoreng sebagai hiasan dan penambah rasa. Sementara daun kucai kerap dijumpai dalam makanan, seperti campuran dalam cucur, mi atau kuetiaw dan sayur-sayuran lain. Namun jika digunakan sebagai pelengkap makanan, kedua-duanya boleh digunakan dan boleh digantikan antara satu sama lain.