Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi? Sebenarnya masalah santan mudah basi ini adalah disebabkan oleh kualiti santan yang digunakan kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara tidak bersih. Tapi sekarang jangan bimbang lagi,  ada  tip dan petua mudah yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

 

CARA ELAK SANTAN CEPAT BASI

1. PILIH KELAPA BARU

4 Cara Mudah & Berkesan Untuk Elak Santan Cepat Basi.
foto: mobile-cuisine.com

 

Untuk pastikan masakan bersantan lambat basi, pilihlah kelapa yang baru dikupas dari sabut, kelapa yang betul-betul tua dan isinya putih. PAstikan juga kelapa tersebut tidak berbau masam atau busuk. Jika anda membeli kelapa di kedai, minta pekedai belah kelapa baru  supaya anda tidak terbeli kelapa yang kurang baik. 

IKLAN

 

2. GUNA JENIS KELAPA YANG SESUAI

4 Cara Mudah & Berkesan Untuk Elak Santan Cepat Basi.

IKLAN

Jenis-jenis kelapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan masakan cepat basi. Jika anda ingin membuat rendang, kari, opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Ini kerana kelapa yang cukup tua mengeluarkan santan yang bagus untuk masakan serta  mempunyai kandungan minyak yang banyak. Jika ingin membuat inti,  sebaiknya pilihlah kelapa yang lebih muda kerana rasanya yang lebih sedap serta lembut.

 

3. TEKNIK PERAH SANTAN

IKLAN
4 Cara Mudah & Berkesan Untuk Elak Santan Cepat Basi.
foto: foodandremedy.com

Teknik memerah santan juga menjadi sebab santan cepat basi. Jika anda menggunakan cara tradisional, kelapa hendaklah diparut ikut arah melintang. Namun jika anda membeli kelapa yang sudah siap diparut, pastikan ia diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama bila disimpan.

 

4. CARA MENYIMPAN SANTAN

Sebaiknya apabila anda membeli santan segar dari kedai, segera simpannya dalam peti sejuk sebelum digunakan. Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa hari.  Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam  freezer yang bertutup rapat.  Cairkan pada suhu bilik  sebelum menggunakannya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI