Ada yang teringin dengan kuih talam keladi? Buat yang teringin dan nak makan puas, min share resipi oleh Mrs Nor Wahid. Mungkin dah ramai yg tahu buat..tak apa saya share lagi resepi untuk yg baru nak try buat talam keladi. Ini cara sy …sebab talam keladi ni banyak versi …
Lapisan Bawah A
220gm tepung beras
50gm tepung ubi
2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
550 ml air
Bahan B
300 gm keladi.. buang kulit, potong dadu kecil n kukus n timbang
Cara-cara Step 1 Bahagian Bawah
keladi dibuang kulit, potong dadu kecil dan kukus dan timbang . Kukus dulu baru timbang. 300gm. Toskan airnya. Biarkan, sementara itu kita siapkan langkah seterusnya
Step 2 Bahagian Bawah
Bancuhkan 220gm tepung beras, 50gm tepung ubi, 300ml santan, 550ml dan 2 sudu teh garam.. kacau sebati, tapis ke dalam periuk
Step 3 Bahagian Bawah
Kacau di atas api sederhana semua bahan tadi.
Di sini banyak resepi kata hingga naik wap… naik wap di sini maknanya agak pekat iyer …masa kita kacau tu terasa berat
Step 4 Bahagian Bawah
Bila dah terasa berat adunan tadi, tutup api terus masukkan keladi dan kacau terus.. bab ni tak perlu keladi dgn api menyala, sebabnya keladi sudah masak tadi kita kukus.. sebab itulah sebaik sahaja terasa berat maknanya pekat adunan terus tutup api dan masukkan keladi dan kacau dgn spatula pula
Ads
Step 5 Bahagian Bawah
Curahkan ke dalam loyang 10×10 yg dilapik plastik. Cara melapik ialah dengan basahkan sedikit loyang dengan air, kemudian letakkan plastik 16×16 dan sapukan sedikit minyak dikeliling dinding loyang .dgn ini plastik melekat atas dgn cantiknya di loyang
kukus selama 30 minit…sementara tunggu lapisan bawah masak, kita terus boleh siapkan bahan untuk lapisan atas
Lapisan Atas-Kepala
140gm tepung gandum
20gm tepung beras
240gm gula halus
2 biji telur grade A (3 biji gred B)
200ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna unggu
1/2 sudu garam
Ads
Cara-cara Step 1 Bahagian Atas
1- masukkan 240gm gula dan ½ sudu teh garam ke dalam periuk.. di sini sy tidak campurkan dlm adunan gandum + santan sebab gula lambat hancur
2-dalam bekas lain, campurkan 140gm gandum , 20gm tepung beras, 200ml santan , 400ml air, 2 biji telur dan sedikit pewarna purple … kacau rata dan sebati
Step 2 Bahagian Atas
Ads
1- bila sudah sebati adunan di step 1, tapis ke dalam periuk yg berisi gula dan garam tadi..
2- kemudian kacau di atas api sederhana hingga naip wap..naik wap di sini maknanya tidak cair dan tidak pekat… cara sy ialah sy tunggeng sikit periuk dan kalau nampak ada sikit sikit adunan melekat di periuk, terus sy tutup api.
3.kemudian tuang di atas lapisan keladi dengan perlahan…lapisan keladi tadi jangan lupa cakar manja dgn garpu sebelum tuang bahagian atas iyer, agar ia lekat tidak tanggal nanti ….jangan terus tuang gitu saja tau, biarkan adunan itu jatuh di atas spatula…
Kukus lagi 40 minit …. 30 minit tak berapa nak masak ….
sy tutup loyang dgn aluminium foil sebab sy malas nak lapkan tutup pengukus tiap 5 minit … kalau adik kakak rajin lap tutup pengukus tak payah guna aluminium foil ….
Kuih kaswi sememangnya diminati ramai. Kuih ini ada yang berbentuk empat segi dan boleh juga menggunakan acuan lompang jika mahukan saiz yang lebih kecil dan mudah dimakan. Lebih enak bila dinikmati dengan kelapa muda menambah perisa kuih kaswi yang dimasak. Barulah lemak manis rasanya. Dikongsikan resipi untuk membuatnya.
1. Masak bahan yang bertanda (*) hingga larut bersama daun pandan. Biarkan sejuk dan tapis.
2. Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan kapur makan. Kacau menggunakan ‘whisk’ hingga sebati. Tapis adunan menggunakan penapis santan.
3. Tapis sekali lagi menggunakan penapis teh supaya adunan lebih halus.
4. Panaskan air kukusan, sapukan sedikit minyak masak pada acuan. Apabila air kukusan mendidih, kukus acuan seketika dan barulah dituangkan adunan kaswi yang telah ditapis tadi.
5. Kukus kuih kaswi menggunakan api sederhana. Setelah masak, golekkan ke dalam mangkuk berisi kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam halus.
Satu lagi resipi lama orang Terengganu iaitu Koleh Lemak. Kuih ini ada tiga bahagian iaitu yang pertama koleh lemak, yang kedua sambal ikan dan yang ketiga ialah kuah koleh/sos.
Menerusi perkongsian daripada saudara Muliadi Ramli, cara memasak kolek lemak ini tersangatlah mudah.
Sama-samalah kita simpan resipi kuih orang lama ini. Sangat sayang kalau kuih ini tidak lagi mendapat sambutan.
1.Campurkan tepung beras, santan dan air. Kacau sebati. Kemudian hidupkan api sederhana. Kacau sampai pekat. 2. Masukkan garam, gula dan perasa. Kacau sampai betul-betul pekat. Masukkan dalam loyang hingga sejuk. Ketepikan.
Jom cuba aneka resipi kuih muih popular di bulan puasa ni. Alangkah enaknya menjamah kuih muih lemak dan manis. Terasa puas tatkala menikmatinya. Bila tiba bulan ramadan, kuih muih ini antara yang mendapat sambutan ramai dan paling dicari. Jika anda ada masa dan rasa nak buat sendiri, jom cuba resipi yang RASA sediakan ni. Pasti puas hati.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Adunan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh minyak sapi
1/ 2 sudu teh garam
2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Inti:
200gm isi ayam kisar
2 labu bawang besar | dicincang halus
3 ulas bawang putih | dihiris
1 1/2 sudu makan rempah rendang segera
1 sudu teh serbuk kari
50ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
20gm bawang goreng
20gm daun sup | dihiris
2 biji cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan untuk adunan tepung dan bancuh hingga sebati serta tidak berketul. Ketepikan.
Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan rempah rendang segera dan kari. Masak sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan isi ayam kisar, bawang besar dan air secukupnya. Biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
Untuk menghasilkan kuih cara, panaskan acuan dan oleskan sedikit minyak.
Tuangkan adunan tepung, sudukan inti diikuti bawang goreng, daun sup dan hirisan cili.
Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan tunggu sehingga kuih cara masak.
Ulang langkah sehingga adunan habis. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Elakkan dari mengisi adunan terlalu banyak ke dalam acuan bagi mengelakkan inti terkeluar.
2. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
375ml air gula melaka
1/2 sudu teh air kapur
1/2 biji kelapa parut
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung gandum bersama air gula melaka. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang kukus.
Kukus selama 30 minit.
Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.
Potong kuih dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam.
Info Chef: Penggunaan kapur memberi rasa lemak dan menstabilkan rasa kaswi. Elakkan meletakkannya pada kuantiti yang banyak.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung kacang hijau
480gm gula pasir
500ml santan
750ml air
2 keping manisan
CARA MEMASAK:
Satukan santan bersama air dan gula pasir hingga mendidih dan pekat.
Sementara itu, di dalam bekas berasingan, bancuh tepung kacang hijau bersama air hingga menjadi sebati.
Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi santan dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
Apabila sejuk, barulah dipotong dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan sentiasa dikacau dengan penggunaan api perlahan sehingga betul-betul pekat dan berkilat.
4. LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN
1 sikat pisang nangka | dilecek
300gm tepung gandum
100gm tepung beras
100gm kelapa parut
100ml santan1 ketul gula Melaka | dicincang halus
Garam secukup rasa
Air untuk mengukus secukupnya
BAHAN PEMBUNGKUS:
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga gula Melaka larut dan semua bahan sebati.
Sediakan daun pisang dan sudu bancuhan di atasnya. Padankan dengan saiz daun dan lipat dengan kemas.
Ulang langkah sehingga bancuhan habis. Kukus selama 25 minit.
Biarkan sejuk dan lepat menjadi pejal. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan boleh gunakan pisang yang lain mengikut kesukaan.
5. KUIH LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
360gm tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
240gm gula
240gm gula merah
1 liter air
2 sudu teh air kapur
1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN INTI:
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir dan 500ml air bersama daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dengan api kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian satukan tepung beras dan tepung ubi. Tuangkan 500ml air dan air kapur. Gaul rata.
Seterusnya tuangkan air gula tadi. Gaul sehingga sebati. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak sempurna.
Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah dikukus tadi.
Sedia untuk dimakan.
Info Chef: Kuih Lompang ini mempunyai rasa yang enak dan lemak manis.
6. BENGKANG UBI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan ubi kayu parut | diperah airnya
100gm tepung kastad
50gm kelapa parut
1 biji kelapa |diambil santan
300gm gula pasir
2 biji telur | dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanila
125ml minyak kelapa
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sederhana.
Kacau adunan sebati hingga kuih bertukar warna dan menjadi pekat.
Griskan sedikit minyak masak di dalam acuan berbentuk empat segi dan tuangkan adunan ke dalamnya.
Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kuih kelihatan garing.
Info Chef: Gunakan loyang empat segi berukuran 8×8 yang telah digriskan dengan minyak masak di dalamnya.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.