Dah lepas raya pun masih tak dapat rasa dodol, jangan susah hati, anda boleh buat sendiri dan jangan risau kena berpeluh mengacau dodol. Penyelesaiannya anda buat Dodol Kukus, ia lebih senang, cepat dimasak dan rasa pun sedap. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini.
DODOL KUKUS
BAHAN-BAHAN 2 1/2 cawan tepung pulut hitam
1/2 cawan tepung pulut biasa
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan Secubit garam Daun pisang secukupnya | layurkan Sedikit minyak Bahan Tahi Minyak :
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam garam halus
Campurkan kedua bahan ni dan masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau hingga menjadi tahi minyak dan berwarna kekuningan.
Tutup api dan ketepikan.
CARA MEMASAK: 1. Sediakan mangkuk, adun semua bahan hingga rata. 2. Gunting bentuk bulat daun pisang lebih kurang 4-5cm kemudian sapu sedikit minyak. 3. Susun daun pisang dalam pengukus, kemudian tuangkan adunan tepung pulut di atasna. 4. Kukus selama 30 minit atau hingga masak dalam pengukus yang sudah sedia dipanaskan. 5. Ketika masih panas taburkan tahi minyak di atasnya. 6. Setelah sejuk, dodol sedia dihidangkan.
Ads
INFO: Jika sukar mendapat tepung pulut hitam, boleh gunakan tepung pulut biasa sahaja tapi anda kena campurkan gula merah atau gula Melaka dan kurangkan gula putih. Ikut citarasa kemanisannya.
Kuih Bakar Pandan, antara menu kuih tradisi yang sentiasa disukai ramai kerana kenenakannya yang lemak manis dan lembut dikunyah. Sebenarnya korang, kuih ini sangat ringkas cara membuatnya dan ukuran bahan pun guna cawan je. Bahan pun senang. Apa lagi bolehlah cuba buat menggunakan cara senang ini.
.
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum gandum
2 cawan gula
5 cawan santan
2 biji telur
Sedikit pes pandan, garam dan pewarna hijau,
3/4 cawawan minyak masak.
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan tadi kecuali tepung dalam blender.
Kisar hingga sebati, kemudian masukkan tepung.
Kisar lagi hingga bancuhan tidak ada yang bergentel
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
Tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega.
Bakar hingga masak atau lebih kurang 45 minit
Jika suka boleh taburkan di atasnya dengan bijan yang telah digoreng sangai. Kredit Resepi : Norizah othman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selain nasi, mi adalah hidangan yang selalu kita makan. Ada bermacam-macam cara untuk memasak mi. Selain goreng, ada juga masakan mi yang berkuah.
Blogger Nina Azerin Abd Mufti atau lebih dikenali sebagai Nina Mirza berkongsi resipi masakan berasaskan mi yang menarik perhatian. Hidangan mi yang dimasak dicampur dengan daging, ayam dan makanan laut. Turut ditambah adalah sayur, bebola ikan atau bebola daging dan telur ayam. Semuanya cukup lengkap dan menambat selera.
Jom kita lihat resipinya.
HOKIEN MI UDANG PENANG MUDAH
BAHAN-BAHAN
1/2 kg udang sederhana
Minyak masak
2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
Sedikit air
1 peket serbuk Nasi Goreng Udang
Gula batu sucukup rasa
1 bungkus mi kuning (dicelur)
BAHAN LAIN
Segenggam tauge (dicelur)
Seikat sayur sawi (dicelur)
Bawang goreng
4 biji telur ayam (direbus)
Limau kasturi
Cili merah dan hijau
Udang yang telah digoreng
CARA MEMBUAT
1. Udang dibuang kulit dan kepala. Cucikan kulit dan kepala udang. Kisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Goreng isi udang sebentar lalu ketepikan.
3. Gunakan minyak masak yang sama. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili kisar tadi sehingga pecah minyak.
4. Apabila sudah pecah minyak, barulah dimasukkan kulit udang yang dikisar tadi. Masak sehingga mendidih dan naik bau.
5. Setelah itu, tambah sedikit air biasa mengikut kepekatan yg diingini. Boleh tambah sedikit sedikit bancuhan air tepung jagung jika mahu pekatkan kuah.
6. Kemudian masukkan serbuk Nasi Goreng Udang dan gula batu. Kacau rata.
7. Akhir sekali, tuangkan kuah ini ke atas mi kuning yang dah dicelur tadi. Hiaskan mi dengan BAHAN LAIN.
Selamat mencuba!
MI JAWA SEDAP
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning (dicelur)
1/2 kg daging (rebus lembut dan hiris nipis)
300 gram tauge (buangkan ekornya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 tangkai cili merah (dihiris)
5 tangkai cili hijau (dihiris) – Nina tambah
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 keping fish cake goreng (dihiris nipis)
3 biji telur ayam (direbus dan dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Sayur sawi (dicelur)
BAHAN KUAH
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
3 batang serai*
sedikit halia *
sedikit lengkuas *
100 gm udang kering *
2 s/b cili kisar*
3 s/b serbuk kari daging*
1/2 kg keledek (direbus dan dikisar)
Air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit gula
1/2 cawan kacang tanah (dikisar halus)
CARA MEMBUAT KUAH
1. Rebus daging. Dagingnya dihiris. Air rebusannya disimpan seketika.
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar tadi.
4. Masukkan keledek rebus yang telah dikisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Masukkan garam, gula dan kacang tanah. Biarkan sehingga kuah mendidih. Matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil mi kuning dan letak dalam mangkuk.
2. Cedokkan kuah.
3. Hidang bersama bahan-bahan lain.
sumber : Kak HanieLieza
Selamat mencuba!
MI BANDUNG MUAR ADAMI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
6 ulas bawang merah kecil (dimayang)
5 cawan air
1 peket Perencah Mee Bandung Muar Adami 200 gram
4 biji telur ayam
200 gram udang dan sotong
100 gram sawi
600 gram mi kuning
Garam secukup rasa
4 tangkai daun bawang
Beberapa hirisan cili merah dan cili hijau
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah kecil sehingga kekuning-kuningan.
2. Masukkan air dan perencah Mee Bandung Muar Adami.
3. Apabila air telah didih, masukkan telur ayam, udang, sotong dan sayur sawi selama 10 minit.
4. Masukkan mi kuning dan masak selama 3 minit.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa
6. Dihidangkan semasa panas. Taburkan daun bawang dan bawang goreng.
Selamat mencuba!
MI GORENG HAILAM TAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
1 labu bawang merah besar (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 sudu besar cili kisar
1 peket mi kuning (cuci dan toskan)
BAHAN SOS (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
8 sudu besar kicap lemak manis
1 cawan air
BAHAN RENCAH
2 biji telur ayam
50 gram udang
50 gram sotong
50 gram isi ayam
Fish cake secukupnya
Fish ball secukupnya
Sayur sawi (dipotong anggaran 4 cm)
Lobak merah (dihiris)
BAHAN HIASAN
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
2. Goreng telur ayam sehingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
3. Panaskan minyak masak lagi untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan. Kemudian masukkan cili kisar masak hingga garing naik minyak.
4. Setelah itu, masukkan BAHAN SOS. Masak sehingga mendidih.
5. Kemudian masukkan SEMUA BAHAN RENCAH. Termasuk telur yang telah digoreng tadi. Masak atas api besar seketika.
6. Masukkan mi. Kacau rata semuanya.
7. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
MI KUAH TOMATO TAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 labu bawang besar (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dikisar)
12 tangkai cili kering (dikisar)
1/2 sudu teh serbuk lada putih
300 gram daging/ayam (dipotong kecil)
300 gram udang (dibuang kepala)
Bebola ayam secukupnya
Fish cake secukupnya
1 tin kecil tomato puri
1 mangkuk air
5 kelopak kobis
300 gram sawi
2 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
Air tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
600 gram mi kuning
Setangkai daun sup dan daun bawang
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan serbuk lada putih. Kemudian masukkan daging/ayam, udang, bebola ayam dan fish cake, tomato puri serta air.
3. Apabila mendidih masukkan kobis dan sawi. Kacau rata-rata. Pecahkan telur, biar seketika. Masukkan garam dan gula. Kacau seketika.
4. Masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kepekatan kuah bergantung pada cita rasa individu.
5. Kemudian masukkan mi kuning. Kacau rata lalu tutup api. Masukkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Boleh juga menambah bawang goreng atau cili jeruk jika mahu.
Selalu sayur hanya jadi lauk pelengkap. Tapi korang tahu tak yang sayur terung boleh jadi lauk utama. Misalnya lauk sambal terung ni. Sudah cukup enak kalau nak dimakan dengan nasi. Boleh juga dimakan dengan lempeng.
Resipi ini RASA kongsikan daripada seorang ibu anak tujuh yang selalu memasakkan lauk sambal terung ini untuk keluarganya. Menjadi lauk kegemaran seisi keluarga, resipinya ringkas namun menambat selera.
SAMBAL TERUNG
sambal terung mama fb.
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.