Bagi peminat kacang pool, anda wajib cuba menu ini yang dihidangkan di Bunch Oh, Malakat Mall. Memang sedap sama macam resipi original dari Johor.
Siapa tak kenal kacang pool, anda sememangnya rugi. Pada asalnya, makanan yang dinamakan kacang pool ini dibawa masuk orang orang Arab ke sini. Menu ni menarik perhatian penduduk setempat. Sebabnya resipinya sangat menarik selera.
Kacang pool dimasak dengan daging cencang dan juga sejenis kacang yang dinamakan kacang pool atau dipanggil foul medammas.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai hidangan unik yang dapat dinikmati untuk sarapan. Samalah juga dengan negeri di selatan ini. Memang agak susah untuk dapatkan kacang pool yang sedap di tengah ibu kota.
Ads
Di Bunch Oh, menu kacang pool yang dihidangkan memang terbaik. Kacang pool dihidang dengan telur mata, bawang besar yang dipotong dadu. Kemudian dilengkapi bersama limau kasturi dan cili hijau. Bukan sahaja boleh dimakan ketika sarapan tapi tetap sesuai juga dimakan ketika minum petang.
Jom cuba makan kacang pool di Bunch Oh, Malakat Mall Cyberjaya! Boleh juga untuk dibungkus. Tetap segar.
Bosan berbuka dengan nasi dan lauk pauk. Apa kata bawa keluarga berbuka di Roti Tempayan Kassim Baba Roti Tempayan Cheese Denai Alam.
Ruang makan yang selesa memang sesuai bagi anda yang berkeluarga. Terdapat 13 jenis roti tempayan boleh anda pilih untuk dinikmati antaranya (With garlic, Keledek Daging, Nutella dan Milo).
Pendek kata ikut citarasa anda. Makan roti ni tak lengkap tanpa gulainya. Jadi anda boleh pilih gulai kambing, gulai daging cincang dan gulai Ayam serta ayam tandoori. Selain itu restoran ini juga menyajikan kuah dhal dan sambal bilis.
Restoran yang diusahakan bersama adik beradik ini memulakan operasinya sejak 2020. Antara makanan yang menjadi kesukaan ramai ialah Roti Tempayan Cheese yang dimakan bersama gulai kambing dan ayam tandoori. Manakala pilihan yang sering dipesan pelanggan ialah Teh Buih LAVA dan Teh Hijau Buih LAVA.
Hos Makan Di Mana sempat berbuka puasa di restoran ini dengan mencuba Roti Tempayan Cheese yang memang kaya dengan cheese, puas makan. Teksturnya super gebu dan lembut.
Dihidang bersama gulai kambing, gulai ayam dan ayam tandoori.Bagi menu special Ramadan Choleq Kassim Baba turut ada di sini. Biasanya selepas teraweh ramai yang memesan makanan ini. Portionnya yang banyak memang sesuai dinikmati bersama keluarga mahupun kawan-kawan.
Bagi yang ingin mencuba menu di sini bolehlah ke sini.
Memang boleh dianggap sebagai syurga makanan laut! Manakan tidak, semua makanan laut di sini saiznya besar-besar. Memang teruja.
Inilah dia destinasi yang patut dikunjungi jika anda bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Nak tahu lokasi sebenar? Lihat saja tugu yang ada replika ikan todak. Sebab itulah namanya Medan Selera Todak atau juga dikenai sebagai Todak Waterfront Hawker Centre.
Kalau nak tahu, destinasi ini bukan saja jadi tumpuan orang dari Semenanjung tanah air, tapi orang Sabah sendiri pun suka datang sini. Pelancong dari luar negara pun bertumpu di sini juga untuk menikmati hidangan makanan laut yang segar dan murah.
Pengguna media sosial Emy Othman berkongsi keseronokannya berada di lokasi tersebut bersama sahabatnya, Siti Hajar Ab Rahman.
“Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, pengunjung jadi bertambah ramai. Bukan sebab makanan laut di sini segar dan murah saja, tapi peniaga di sini pun ramah-ramah belaka. Kalau kita lalu, mereka akan sapa dan jemput kita makan di kedai mereka,” cerita Emy.
Ayuh kita lihat betapa mewahnya makanan laut di sana.
Jadi, kepada anda yang berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah, jangan lupa ya pergi ke Todak Waterfront dan pilihlah makanan laut kegemaran anda.
Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan bangganya mengumumkan kerjasama menarik dengan Niko Neko Matcha, Matcha terkemuka Malaysia dan Jenama Pakar Teh Hijau Jepun, untuk mempersembahkan pengalaman minum petang yang unik.
Perkongsian yang luar biasa ini menandakan kerjasama hotel yang pertama dengan Niko Neko Matcha, yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam Matcha dan Teh Hijau Jepun.
Set minum petang Matcha Me Up akan melibatkan tetamu yang merupakan penggemar matcha. Memang menggoda selera dengan pelbagai rasa dan tekstur yang menarik.
Pilihan pastri matcha yang lazat seperti puff krim matcha,scone matcha dengan krim, jem dan dadih lemon.Setiap suapan menawarkan keseimbangan kemanisan yang harmoni dengan aroma matcha premium.
Bagi mereka yang mempunyai selera yang enak, menu ini menawarkan pilihan yang menarik seperti mi soba sejuk dengan daun bawang dan kepingan bonito, ayam limau purut dalam roti arang dan banyak lagi.
Bagi memperingati Hari Kebangsaan Malaysia, Aloft Kuala Lumpur Sentral mempersembahkan tawaran unik yang dipanggil Iced Dalgona Green Jack. Ramuan yang menarik ini menampilkan susu sejuk dengan buih matcha yang diselitkan dengan rasa buah nangka yang enak.
Bagi merasai pengalaman unik ini,Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan bangganya mempersembahkan bengkel pembuatan teh matcha tradisional dengan kerjasama Niko Neko Matcha.
Tetamu boleh mendalami seni penyediaan teh hijau tradisional oleh pakar teh dari Niko Neko Matcha.
Bengkel interaktif, yang dijadualkan untuk empat hujung minggu dari Ogos hingga September 2023, digabungkan bersama dengan minum petang pada harga RM328+.
Sesi eksklusif ini menjanjikan pengalaman berharga tentang sejarah, teknik pembuatan dan manfaat kesihatan matcha buat tetamu.
Michael Grimmer, Pengurus Besar Aloft Kuala Lumpur Sentral, menyatakan keterujaannya dengan kerjasama ini, “Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan Niko Neko Matcha untuk kerjasama yang luar biasa ini.
Set minum petang Matcha Me Up dan bengkel yang disertakan bakal memikat hati tetamu dengan pengalaman mengasyikkan yang menggabungkan perisa matcha terbaik dan suasana meriah Aloft Kuala Lumpur Sentral.”
Pengasas Niko Neko Matcha berharap dapat menggembirakan tetamu dengan pengalaman teh yang mengasyikkan ,memperkaya budaya matcha Jepun serta mencipta kenangan yang berharga dengan kerjasama ini.
Bagi mereka yang ingin menambah ilmu dalam dunia matcha, Matcha Me Up Aloft Kuala Lumpur Sentral adalah pilihan yang tepat.
Berharga RM168+ untuk dua orang, tawaran masa terhad ini akan tersedia setiap hari, bermula dari 17 Ogos hingga 1 Oktober 2023. Kumpul orang tersayang, rakan atau rakan sekerja anda dan nikmati tawaran luar biasa ini, tersedia untuk masa terhad.
Kenali jenis daging korban yang paling sesuai untuk sup, rendang, BBQ dan pelbagai masakan Aidiladha supaya hasil masakan lebih sedap, lembut dan padu.