Jika anda ingin berbuka di hotel, Best Western I-City,  Shah Alam wajar masuk dalam perancangan lokasi  berbuka anda. Lebih-lebih lagi jika anda ingin meraikan keluarga atau teman yang berkunjung ke Selangor atau Kuala Lumpur.

Bufet Ramadan ‘Aladdin & The Malaysian Treasures’ di Best Western i-City

Best Western I-City, Shah Alam menyediakan lebih 160 sajian Malaysia bermula 6hb Mei hingga 3hb Jun sempena bufet Ramadan. Bertempat di The View Café, terdapat pelbagai variasi juadah terdiri daripada pembuka selera, lauk pauk utama, pencuci mulut, sup, dan gerai yang memasak secara ‘live’ dihadapan pengunjung yang dijamin kesegaran juadahnya.

Bufet Ramadan ‘Aladdin & The Malaysian Treasures’ di Best Western i-City

Paling istimewa pengunjung juga dapat menikmati kelazatan Raja Buah iaitu durian kampung yang disediakan dalam bufet Ramadan. Mulakan kembara berbuka anda dengan hidangan sup seperti Sup Kambing Berempah Mamak, Seafood Tomyam, Sup Lobak Putih Udang Kering, Sup Jagung & Ketam, Krim Cendawan, Akar Teratai Dengan Herba, Soto Madura dan banyak lagi.

IKLAN

Bufet Ramadan ‘Aladdin & The Malaysian Treasures’ di Best Western i-City

Di antara seleksi lauk pauk istimewa yang pasti membangkit selera berbuka anda ialah Kari Kepala Ikan, Daging Masak Hitam, Kambing Varuval, Ayam Masak Berempah, Udang Sambal Tumis Petai, Labu Bakr Bermadu, Bahu Kambing dengan Sos Pudina Berkrim, Rebung Bercili, Daging Stroganoff dan pelbagai juadah yang membuatkan anda kecur air liur.

Bufet Ramadan ‘Aladdin & The Malaysian Treasures’ di Best Western i-City

IKLAN

Terdapat 13 ‘stesen’ atau gerai makanan yang memasak secara langsung di hadapan pengunjung seperti Rojak Campur, Okonomiyaki, Teppanyaki, Shawarma, Kambing Panggang Dengan Perapan Ramuan Arab, Murtabak dan variasi campuran sajian Arab, Jepun dan Malaysia.

Bufet Ramadan ‘Aladdin & The Malaysian Treasures’ di Best Western i-City

Suasana berbuka dimeriahkan dengan replika Rumah Melayu mini. Pelita, buluh dan lemang turut mewarnai dekorasi membangkitkan nostalgia rindu kampung halaman. Menambahkan lagi keterujaan berbuka di Best Western I-City adalah Cabutan Bertuah yang dibuat setiap hari untuk dimenangi seperti Baucer Hi Tea, diskaun bilik dan penginapan dan hadiah menarik yang lain .

IKLAN

Ramadan Bufet “The Aladdin & The Malaysian Treasures” ini bermula dengan harga biasa RM 119 untuk dewasa, manakala kanak-kanak dan warga emas RM 69. Tempahan awal pada 13th Mac hingga 30hb April akan mendapat harga istimewa RM 99 untuk dewasa. Percuma untuk seorang untuk tempahan sembilan orang dewasa.

Bufet Ramadan ‘Aladdin & The Malaysian Treasures’ di Best Western i-City

Tempahan boleh dibuat melalui 03 5521 9000 atau emel enquiry@bestwestern-icity.my

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI