Setiap kali Ramadan menjelang, SukaSucre Bistro milik cef selebriti dan penyanyi popular tanah air, Dato’ Fazley Yaakob, pasti tidak pernah ketinggalan berkongsi aneka menu signature sebagai santapan buat pelanggan sewaktu berbuka puasa.
Istimewanya kali ini pengunjung bakal merasai menu utama – Nasi Dulang Minang Ramadan di atas sebuah dulang perak beserta lapan jenis lauk menggamit rasa ilham masakan tradisional dari Rembau, Negeri Sembilan.
Antara menu lain yang bakal dihidang adalah Nasi Pandan Berempah, Kepak Ayam Sambal Hijau, Rendang Ayam, Daging Salai Lemak Cili Api Belimbing Buluh, Itik Masak Lemak Cili Api Mangga Muda, Sambal Goreng Jawa, Daging Dendeng Minang, Paru Goreng Sambal, Mee Goreng Mamak dan Seafood Salai Lemak Cili Api (Ketam/Sotong/Udang) berserta lima jenis sambal/kuah Lemak Cili Api.
Ads
Dalam waktu sama, pemanis mulut yang tersedia menanti pengunjung antaranya Puteri Mandi, Bubur Pulut Hitam Santan Custard, Pisang Goreng Cheese & Butterscotch Sauce, Cream Puff, Jagung Bakar, Kek Pisang, Agar-Agar, Puding, Kuih Koci, Burnt Cheesecake berperisa tempatan Bandung dan Pandan Gula Melaka.
Ads
Ads
Paling mengujakan, ais krim potong dari F&N King’s Ice Cream turut disediakan sepanjang Ramadan ini kepada pelanggan.
Caj bufet Ramadan SukaSucre Bistro yang dikenakan adalah sebanyak RM75.00 untuk dewasa dan RM35.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun). Bagi yang membuat tempahan sebelum 27 April ini pula bakal menerima diskaun khas tertakluk terma/syarat ditetapkan.
Sementara itu, organisasi korporat atau pihak berkumpulan yang ingin mengadakan majlis buka puasa dalam suasana privasi juga boleh menggunakan Event Hall @ SukaSucre Bistro dengan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk majlis berskala besar.
SukaSucre Bistro berlokasi di 81, Jalan 2/90, Wisma RYU, Taman Pertama, 56100, Cheras, Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan awam, Mass Rapid Transit (MRT) di hentian stesen Taman Pertama.
Lebih menarik, kemudahan surau disediakan buat pengunjung termasuk ruang parkir kereta yang luas secara percuma.Sebarang pertanyaan, tempahan atau informasi lanjut mengenai SukaSucre Bistro, boleh menghubungi restoran ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi peminat kopi, kini anda mempunyai satu lagi pilihan untuk dicuba. Namun percayalah, kopi ini mungkin boleh jadi salah satu kopi yang ada dalam senarai mesti cuba dan dibeli berulang kali.
RASA bertuah kerana dapat mencuba kopi ini di gerainya yang dibuka di Padang Jawa, Shah Alam. Berbicara dengan Rakan Niaga Kupi Sojuk Atok Kayo Shah Alam, Ariff Khalid, nyata kopi yang dijual di jalanan ini mempunyai masa depan cerah kerana rasanya yang sedap sesuai dengan tagline Boto-Boto Kaw (Betul-Betul Kaw).
Ejaan jenama kopi ini adalah mengikut loghat Negeri Sembilan kerana pemiliknya berasal dari sana.
KEUNIKAN
Cita rasa kopi yang sedap sudah semestinya menggabungkan rasa pahit dan manis. Cukup lengkap rasa secawan kopi apabila kopinya tidak tawar walau ais mulai mencair. Inilah yang membuatkan Kupi Sojuk dapat mengekalkan rasa sedapnya.
“Boleh saya katakan keunikan rasa kopi ini adalah kopi yang ada rasa coklat. Selagi tak dicuba, memang takkan tahu. Jadi peminat kopi kena cuba sendiri kopi ini kemudian bolehlah berikan pendapat. Bagi anda yang suka kopi, boleh cuba Kupi Sojuk kerana rasanya premium seperti jenama-jenama besar tapi harganya mampu milik. Setakat ini, yang telah mencuba memberikan maklum balas positif,” kata Ariff memulakan bicara.
Ada tiga menu yang boleh dipilih iaitu kopi sahaja, kopi ditambah aiskrim atau float dan kopi ditambah cendol. Setiap satu menu mempunyai rasa tersendiri dan pasti membuatkan anda menggemari rasanya.
PELUANG BISNES
Menurut Ariff, jenama kopi ini masih baru dan mengalu-alukan anak muda untuk menyertainya. Dengan modal serendah RM490, anda berpeluang bergiat dalam bisnes kopi yang mempunyai pasaran sangat luas.
“Bisnes kopi mudah diurus dan berpotensi untuk pergi jauh. Pasaran kopi ni besar. Lagipun belum ada konsep jualan kopi yang rasanya premium tapi harganya mampu milik. Dengan menyasarkan pelanggan di lokasi strategik, pasti jualan kopi boleh mendapat sambutan hebat,” ujar Ariff menutup bicara.
INFO GERAI
NAMA GERAI: Kupi Sojuk Atok Kayo
PEMILIK: Ariff Khalid
LOKASI: Padang Jawa, Shah Alam (depan Restoran Mohd Chan)
WAKTU OPERASI: 9.30 pagi – 5.30 petang
WAJIB CUBA: Kopi tambah aiskrim
Salah satu makanan yang menjadi pilihan orang ramai untuk dinikmati sebagai snek adalah apam balik. Menu ini sudah lama ada di pasaran. Namun kini apam balik bagaikan menjadi satu daya tarikan apabila menunya dipelbagaikan sehingga membuat orang tercari-cari menu ini.
Apam Balik MN Hafiz menjadi sebutan ramai orang. Menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi, apam balik ini bukan sekadar mendapat perhatian masyarakat awam namun termasuklah golongan artis.
Bermula dengan food truck yang menemui peminat apam balik di sekitar Shah Alam dan juga pusat beli-belah, kini ruang niaga Apam Balik MN Hafiz adalah di gerai tepi jalan depan Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam dan food truck di parkir lot Seksyen 9 di depan Restoran Cili Merah.
DITERAJUI ANAK MUDA
Pada usia baru 29 tahun, Hafiz mengorak langkah dengan bakal menjual apam balik dengan konsep layan diri menggunakan lori jenis caravan tidak lama lagi. Wujudnya caravan ini bagi memudahkan orang ramai membeli apam balik pada bila-bila masa.
“Sebagai pengusaha apam balik, saya akan cuba teruskan kekalkan rasa asli kuih tradisi ni di samping perisa tambahan yang moden. Saya nak tambah cawangan supaya lebih ramai boleh rasa kerangupan Apam Balik MN Hafiz. Sayang kalau perniagaan ayah sejak 1999 ni saya sia-siakan,” katanya
Antara perisa yang ada adalah Rainbow, Nestum, Coklat, Cornflakes, Strawbery, Original dan Oreo. Setiap perisa ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
RANGUP DAN TEBAL
Ada dua jenis apam balik yang ditawarkan. Ada yang nipis dan rangup. Ada juga yang jenis tebal dan penuh isinya. Rata-rata peminat apam balik akan menyukai apam balik di sini kerana rasanya yang sedap, manis dan rangup. Manakala apam balik yang jenis tebal menawarkan inti yang penuh dan diadun dengan sempurna.
Apam balik yang paling mendapat sambutan adalah perisa original yang menggunakan jagung dan kacang tumbuk. Menurut Hafiz, perisa ini tetap menjadi pilihan kerana mengekalkan rasanya yang asli. Harga apam balik nipis RM1 untuk semua perisa. Perisa oreo RM1.50. Manakala saiz tebal RM2.
PEMILIK: Muhamad Norhafiz bin Murtaza ALAMAT: Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam dan parkir lot Seksyen 9 (depan Restoran Cili Merah) WAKTU OPERASI: 9 pagi hingga 4.30 petang WAJIB CUBA: Apam balik original, apam balik coklat dan apam balik nestum
Musim percutian bakal menjelang,Starbucks kembali dengan pelbagai tawaran minuman dan koleksi percutian yang menarik untuk dinikmati atau sebagai hadiah buat yang tersayang. Bermula 5 November 2019, stor Starbucks di Malaysia meraikan semangat percutian ini bersama pelanggan.
Terbaru! Starbucks Holiday French Vanilla Latte.Rasai keenakan secawan French Vanilla Latte penuh krim bersama perisa white chocolate snowman. The Holiday French Vanilla Latte boleh didapati sama ada panas,sejuk ataupun blended. Buat penggemar Starbucks Toffee Nut Crunch Latte dan Starbucks Peppermint Mocha minuman yang disukai ramai itu kembali.
Sempena meraikan musim percutian ini, Starbucks 2020 Planner diperkenalkan dengan tiga variasi warna coklat,biru dan merah jambu.Holiday Starbucks Card Series,Holiday Blend (Espresso Roast dan Blonde Roast) dan Starbucks Holiday Mercandise Collection (Tumbler, Mug dan Snow Globe) juga boleh didapati di stor kini. Maklumat lanjut layari pautan rasmi Starbucks.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!