Resipi ni nampak lazat, sesiapa pun mesti suka akan lauk masak kicap, tapi apa yang membezakan resipi ni dengan yang lain adalah penggunaan cili kering, lada hitam, cili padi dan rempah sup dalam masakannya memang sedap lain macam. Wajib buat untuk hidangan makan tengahari atau malam. Selamat mencuba.
Resepi Daging Goreng Masak Kicap Pedas Kebabom
BAHAN-BAHAN:
Ads
1/2 kilo Daging batang pinang (cuci bersih, hiris nipis, perap bersama garam & serbuk kunyit)
1 biji bawang besar (potong wedges)
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci halia (dititik)
2 sudu besar cili kering kisar
Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu Manis
Lada hitam (ditumbuk) anggaran dlm 1 sudu kecil
1 sudu kecil serbuk rempah sup
2 sudu besar sos tiram (saya guna sos seafood Adabi)
2 sudu besar kicap manis
Sedikit daun bawang
1 biji tomato (sy buang biji)
10 biji cili padi (jangan hiris biar sebiji2 )
CARA MEMASAK:
1) Goreng kilas daging dlm minyak yg betul2 panas sehingga keperangan
2) Setelah daging masak ketepikan
3) Tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau.
4) Masukkan bunga lawang, Buah pelaga & kulit kayu manis dan masukkan rempah sup (guna api perlahan ye)
6) Masukkan cili kisar & masak hingga naik minyak
7) Masukkan daging yg telah digoreng. Masukkan juga blackpaper gaul sebati hingga daging bersalut cili & bahan2 yg ditumis tadi
8) Masukkan sos tiram
9) Masukkan air, kicap & cili padi. Renihkan dlm 20 minit.
10) Sekiranya kuah kurang pekat boleh tambah sos tiram@ kicap lg..
11) Akhir sekali masukkan daun bawang & tomato
Ads
Sedia utk dihidang..Sy tak letak garam & gula dlm resepi ni.
Bulan Ramadan pastinya macam-macam menu di fikiran. Masing-masing punyai kegemaran tersendiri. Masakan dari Thailand sering menjadi pilihan. Antara menu yang wajib dalam pilihan korang pastilah Tomyam. Kali ini min nak kongsi masakan Thai yang boleh buat sendiri untuk berbuka nanti.
Bahan (2 org mkn) :
Ayam *cincang halus (sy buat tak halus mne asal knyg)😂
Sos ikan *5sb
Kicap *2sb
Secukup rasa *1sk
Gula *2sb
Daun selasih/basil leaves *ikut byk mne nak letak
Bahan tumbuk :
Bwg merah *1labu besar
Bwg putih *4ulas
Cili api merah *8ulas
Caranya :
1) Panaskan myk , masukkan bahan tumbuk kacau² agak layu sikit masukkan ayam cincang td .
2) Kemudian masukkan kicap , sos ikan ,
Secukup rasa , gula dan daun selasih . Kacaukan smp ayam masak dann cukup balance semua rasa
3) Its done !! Makan dgn nasi putih dan telur mata . Rugi tak cubaa tauu 😉
Biasa masak ayam goreng dengan cara biasa, letak garam dan kunyit. Boleh cuba cara ini rasa lebih umphh , dengan ramuan yang membangkit selera.Tak cukup satu pasti merebut nanti.
Bahan-bahan:
10 potong ayam
5 ulas bawang merah -kisar halus
3 ulas bawang putih -kisar halus
2 biji buah keras -kisar halus
2 inci halia -kisar halus
serbuk kunyit
serbuk ketumbar
serbuk lada
garam secukup rasa
2 batang serai
daun salam
air asam jawa
air secukupnya
Cara memasak:
1. Masukkan bahan yang dikisar halus dalam kuali berisi ayam
2.Tambahkan serbuk kunyit, bubuk ketumbar, serbuk lada dan garam. 3.Masukkan serai dan daun salam.
4.Tambah air secukupnya dan air asam jawa. 5.Masak hingga empuk. 6.Goreng sekejap saja kerana ayam sudah empuk. 7.Siap untuk dihidang.
Kuih Goreng warisan orang lama kita memang sedap dinikmati sepanjang zaman. Mudah dibuat dan kosnya pun murah aje.
Boleh dibuat sarapan dan sajian petang, ni 4 resipi min kongsikan untuk dibuat esok pagi nanti ya. Korang try lah nanti ya…
1. SARDIN ROLL
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
500 gm tepung gandum
150 gm marjerin @ mentega
1 biji telur
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk
Bahan inti :
1 tin kecil sardin
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih /ditumbuk
3 biji cili padi /dicincang
1 biji bawang besar /dicincang
1 sudu makan jus limau nipis
1 biji ubi kentang /dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.
2. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
Minyak masak untuk menumis
1/2 biji kelapa parut
100 gm udang kering /direndam dulu
1 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
7 biji cili merah
1 sm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
Bahan doh :
250 gm keledek /rebus dan lenyek
4 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
Ulang sehingga doh dan inti habis
Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.
3. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan gula
2 cawan air
Secubit garam
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
Kemudian perap 8 jam atau semalaman
Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
Kuih topi siap dihidangkan
Saiz hidangan : 4-5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
4. KUIH BOM
Foto : pikstagram.com
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
1 biji kelapa parut/ putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula Melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan /disimpul
Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1.Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3.Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
Keistimewaan :Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...