Inti sardin ni tak susah pun untuk membuatnya. Jika tahu cara dan teknik yang betul, karipap sardin yang anda buat pasti kelihatan elok dan tidak bocor ketika digoreng. Jom kita lihat cara-cara membuat inti sardin untuk karipap. Malah anda juga boleh gunakan inti yang sama untuk menghasilkan Sardin Roll, Roti Goreng, Popia dan sebagainya. Just be creative. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
4 tin sardin | asingkan kuah dan isi ikan
6 ulas bawang putih | ditumbuk
5 biji bawang merah besar | dihiris
Minyak untuk menumis
Serbuk cili secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih seketika.
2. Kemudian masukkan masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.
Ads
3. Seterusnya masukkan serbuk cili, garam, gula dan serbuk perasa. Jika mahu letak cili boh atau cili api pun boleh. Masak hingga sebati.
4. Masukkan ikan sardin yang telah ditapis kuahnya. Lenyek hingga sedikit hancur.
Ads
5. Setelah berpuas hati dengan rasa serta semua bahan telah masak sepenuhnya, tuang inti sardin ke dalam bekas berlubang. Tujuannya untuk menapis lebihan cecair yang ada pada inti. Jika tidak, bila inti diisi pada doh, kulit karipap akan berlubang dan bocor kerana intinya basah.
6. Setelah inti sardin sejuk, bolehlah disudukan pada kulit karipap dan kelim dengan kemas.
Ads
7. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.
Info chef: 1 tin sardin boleh menghasilkan inti untuk 30-35 biji karipap bergantung pada jumlah yang anda isi.
Sesiapa pengembar popia, ini ada empat jenis popia yang boleh anda buat sendiri di rumah sebab ia senang sesangat membuatnya dan murah je. Dari asyik membeli lebih baik buat sendiri. Tak tahu macam mana nak bua? Ini admin kongsikan empat jenis resipi popia sekali gus. Pilihlah mana satu yang berkenan atau cuba semua sekali sebab setiap jenis rasanya berlainan.
POPIA BASAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam
Bahan Inti:
1/2 biji kubis | dihiris halus
2 batang lobak merah | diparut halus
1 biji bawang besar | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Bahan Sambal Sira:
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan kicap manis
Minyak masak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang tanah | dikisar
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit popia, campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
Untuk membuat inti, kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Seterusnya untuk membuat sos,
Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
Letak satu sudu makan inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
POPIA OTAK-OTAK
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia segera
300 gm isi ikan tenggiri
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
3 sudu kecil santan pekat
1 sudu kecil jus limau
1 helai daun kunyit | dihiris halus
2 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
3cm halia
3cm kunyit
3cm lengkuas
2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Mulakan dengan menyediakan otak-otak.
Satukan isi ikan tenggiri bersama bahan kisar halus.
Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.
Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Gaul sebati dan ketepikan.
Seterusnya, ambil kulit popia.
Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
Hidangkan ketika ia masih panas.
POPIA GORENG BERSIRA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
2 sudu makan bijan | disangai
½ biji sengkuang | diparut halus
1 batang lobak merah | diparut halus
Sedikit kobis | dihiris halus
2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
2 sudu makan taucu | dikisar kasar
Sedikit tauge | dibuang ekor
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sambal:
2 sudu makan cili kisar
1sudu makan bawang merah kisar
1 sudu teh bawnag putih kisar
2 sudu besar sos chili
Sedikit air asam jawa
Gula atau gula putih
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
Masukkan udang kering. kacau rata. masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.
Ttutup api dan sejukkan.
Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.
Panaskan minyak, dan goreng hingga kekuningan.
Untuk sambal sira, panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.
Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.
Tutup api dan taburkan bijan.
Siap untuk dihidangkan.
POPIA SAYUR GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
1 batang lobak merah | diparut halus
1 biji sengkuang kecil | diparut halus
1 mangkuk kubis | dihiris halus
1 biji bawang besar | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
Seterusnya masukkan udang kering, kacau rata.
Diikuti sengkuang, lobar merah dan kubis.
Perasakan dengan garam dan gula.
Tutup api dan sejukkan.
Isi ke dalam kulit popia, lipatkan tepi kiri dan kanan, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
Angkat dan toskan minyaknya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lepat Sagu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang malah boleh juga dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kuih Penjaram. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi susah nak jumpa gerai yang sedap dan kena dengan selera anda, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je guna resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
RESIPI KUIH PENJARAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras cap 3 gajah (erawan brand) – beli online disini 2 cawan tepung gandum cap ros – beli online disini 1 cawan gula merah hancur – beli online disini 1 cawan gula putih (boleh kurangkan 3/4 cawan sahaja) – beli online disini 2 1/4- 2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian) 2 helai daun pandan 1 sudu teh garam Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika (jadikan suam). 2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Tuang air gula merah tadi sedikit demi sedikit dan adun sebati. 3. Jika adunan nampak masih kental boleh tambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang cantik (tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental). 4. Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata. 5. Sebelum adunan diperap, pukul adunan terlebih dahulu menggunakan whisk (pemukul tangan) sehingga timbul buih. Boleh juga menggunakan senduk sahaja. 6.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Kemudian barulah boleh digoreng. Nak lebih cantik, perap semalaman esok pagi baru digoreng. (boleh juga diperap di dalam peti ais) 7.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil). 8.Tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan. 9. Bila kuih telah masak dikedua-dua bahangain, angkat dan toskan minyaknya. 10. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Semasa menggoreng, jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang dihasilkan adalah cantik. Hasilnya kuih akan jadi berenda/ropol topi yang cantik, ringan dan rangup di bahagian tepi serta lembut di dalam.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!