Step By Step Buat Pulut Mangga, Sebiji Rasa Macam Di Hatyai

Share

Peminat hidangan pemanis mulut selalunya menggemari pulut mangga. Apatah lagi jika rasanya sesedap pulut mangga di Hatyai, Thailand. Ini kerana cita rasa lemak manis gabungan rasa buah mangga dan lemak santan itu cukup lengkap untuk menimbulkan kepuasan apabila dinikmati.

Melalui laman sosial facebook, pengusaha kedai makan Thailand, Liza Idris membongkar rahsia resipi pulut mangga yang diminati ramai pelanggan.

Jom kita tengok macam mana cara nak buat pulut mangga cita rasa Hatyai ni.

PULUT MANGGA CITA RASA HATYAI

Potong 2 buah mangga. Kemudian buat seperti ini.

2 cawan beras pulut rendam semalaman atau 4 jam sebelum dikukus. Basuh sehingga bersih. Kemudian toskan pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit.

1 1/2 kotak santan pekat ditambah 2 cawan air. Satukan dalam mangkuk besar.

Masukkan 1 sudu kecil garam.

Letak 2 atau 3 helai daun pandan. Gaul sebati.

Lepas 15 minit pulut dikukus, masukkan separuh daripada santan tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata.

Lebihan santan tadi masuk dalam periuk. Tambah 1 sudu kecil gula.

Masuk pula 1 sudu besar tepung jagung. Kacau sebati. Kemudian masak lagi beberapa minit sampai kuah santan pekat sedikit.

Isi mangga dikorek membulat guna sudu. Ketepikan isi mangga. Letak pulut dan sudukan kuah santan dalam lubang mangga. Tabur sedikit bijan yang disangai keperangan dan hias ikut cita rasa.

OK, siap! Dah ada resipi. Buat tau!

KREDIT: Facebook Liza Idris

ENTRI MENARIK SETERUSNYA UNTUK ANDA!

SAMBAL TANPA BELACAN
https://www.rasa.my/sambal-tanpa-belacan-tetap-sedap-dinikmati-orang-ada-resdung-pun-boleh-makan/

KARIPAP REMPAH GILING FREE UNTUK IBU HAMIL
https://www.rasa.my/bos-sendiri-turun-padang-pemilik-karipap-rempah-giling-buktikan-jual-rm2-50-sebiji-tetap-diserbu-pembeli/

OKU INI JUMPA APA DALAM SEMAK?
https://www.rasa.my/oku-bersihkan-semak-jumpa-buah-letup-rupa-rupanya-banyak-khasiat-buah-ini/

ASBAB PKP, IBU ANAK 5 NI JADI BAKER
https://www.rasa.my/pkp-punya-pasal-ibu-anak-5-ini-jadi-baker-selepas-setahun-belajar-buat-roti-secara-pjj/

RESIPI IKAN SIAKAP SOS THAI SENANG NAK BUAT
https://www.rasa.my/ikan-siakap-sos-thai-paling-senang-nak-buat-tapi-power-makan-dengan-nasi-panas-perghhhh/

CAFE DIMSUM @ PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR
https://www.rasa.my/cafe-dimsum-tawar-dimsum-halal-di-parit-sulong-kekal-konsep-tempat-lepak-santai-seisi-keluarga/

IKLAN