Sotong ni sebenarnya macam-macam kita boleh masak. Salah satunya sotong kukus limau. Memang sedap sesangat. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Asalkan ada lengkuah, serai dan bawang putih, dah cukup. Opsss. Daun ketumbar jangan lupa. Itu pelengkap aroma dan cita rasanya.
Bahan untuk sos tu yang banyak sikit. Bila ada sos, tu yang jadi tambah sedap tu. Nanti korang try buat tau. Memang syok.
Ads
SOTONG KUKUS LIMAU
.
BAHAN SOTONG KUKUS
1 atau 2 ekor sotong saiz besar
Lengkuas
Serai
Daun ketumbar (akar sekali)
Bawang putih
CARA MEMBUAT SOTONG KUKUS
1. Cuci sotong bersih-bersih.
2. Potong sotong macam dalam gambar. Jangan sampai putus. Kelar saja.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong).
4. Letakkan akar ketumbar, sedikit bawang putih letak atas sotong.
5. Kukus sotong dengan api kuat. Sudah masak, buang air sotong.
Ads
BAHAN SOS
1 sudu besar gula
3 sudu besar air perahan limau nipis
2 1/2 sudu besar sos ikan
1 ulas bawang putih
Cabai melaka merah, hijau (dipotong)
Daun ketumbar
Daun pudina
CARA MEMBUAT SOS
1. Masuk gula, air perahan limau nipis, sos ikan, bawang putih dan cabai melaka. Kacau sehingga hancur.
2. Selepas sos siap, tuang sos atas sotong yang dikukus tadi. Tabur daun ketumbar dan daun pudina. Hias dengan limau nipis yang dihiris bulat. Siap untuk dimakan dengan nasi panas.
Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar
Bahan dikisar Bersama :
6 keping keju
1 kiub ayam
6 sudu besar susu tepung
Air secukupnya ikut kepekatan
4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
Sedikit daun parsley kering
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Selain lontong dengan kuah lodeh, lontong kering pun sedap tau. Kali ini RASA kongsikan hidangan gaya orang Jawa. Try buat tau. Memang sedap dan mengenyangkan. Lontong kering memang agak rumit hendak dibuat sebab ada serondeng, ada sambal dan ada daging. Tapi percayalah, sangat berbaloi untuk dibuat sebab korang mesti puas makan.
LONTONG KERING DENGAN SERONDENG
.
SERONDENG KELAPA
50 tangkai cili kering
5 incI halia
15 batang serai
3 inci lengkuas
3 cawan udang kering
5 cawan ikan bilis
14 ulas bawang putih
25 ulas bawang merah
2 inc belacan
2 inc kunyit
Minyak masak untuk menumis
2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
CARA MEMBUAT SERONDENG KELAPA
1. Kisar semua bahan di atas kecuali kelapa, asam jawa dan gula.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula. Masaklah sehingga kuah pekat.
4. Setelah garing, masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering dan berderai.
BAHAN DAGING DENDENG
5 kg daging (hiris)
2 mangkuk kicap (untuk perap bersama daging) (BELI DI SINI)
Minyak masak secukupnya
15 ulas bawang putih (kisar) (BELI DI SINI)
20 ulas bawang merah (kisar) (BELI DI SINI)
5 inci halia (kisar) (BELI DI SINI)
2 inci lengkuas (kisar)
15 batang serai (kisar) (BELI DI SINI)
15 senduk besar lada (kisar)
10 senduk kicap lemak manis
CARA MEMBUAT DAGING DENDENG
1. Perap daging bersama kicap.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan daging. Kecilkan api. Biarkan sehingga masak. Kacau sekali-sekala supaya daging tidak hangus.
4. Masukkan kicap. Kacau lagi.
BAHAN SAMBAL KACANG TANAH DENGAN IKAN BILIS
Minyak masak untuk menumis
80 tangkai cili kering (kisar)
25 ulas bawang merah (kisar)
10 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
20 sudu kecil gula perang
1 kg kacang tanah (goreng)
1 kg ikan bilis (goreng)
CARA MEMBUAT SAMBAL KACANG TANAH DENGAN IKAN BILIS
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan serbuk pati ayam, garam dan gula perang.
3. Biarkan mendidih seketika dan biar mengering.
4. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis. Kacau sebati. Matikan api.
.
Selamat mencuba!
Sedapnya Ketam Goreng Telur Masin ni. Ketam segarmemang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli.
KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Sedikit tepung jagung
Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega
Susu cair | anggaran 1/2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK: 1. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi. 4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih. 5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng. 6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.