Sesiapa yang suka makan roti, boleh try buat mentega kacang ni. Mentega kacang adalah salah satu sapuan yang sedap apabila dimakan dengan roti. Selain dibeli di pasar raya, boleh cuba buat sendiri. Eh, ingatkan susah nak buat mentega kacang sendiri. Senang rupa-rupanya. Nah, RASA berikan resipinya. Nanti cuba buat ya.
PEANUT BUTTER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
500 gram kacang tanah (buang kulit)
Secubit garam bukit
CARA MEMBUAT
1. Kacang tanah dibakar dalam oven sehingga perang dan masak. Guna kacang saiz besar dan tak berkulit.
2. Sejukkan sekejap. Kemudian kisar guna blender kering.
3. Letak secubit dua garam bukit.
4. Mula-mula kisar, kacang tu memang nampak kering. Teruskan kisar sampai minyak kacang keluar dan dapat hasil yang halus dan berminyak. Siap.
5. Masukkan dalam bekas yang sesuai.
6. Boleh makan dengan roti atau overnight oat.
Info:
* Lebih sihat sebab tak letak gula. Sesuai untuk yang tengah berdiet.
* Kalau mahu, boleh letak 2 sudu minyak zaitun untuk teksturnya lebih lembut.
* Kalau beli kat pasar raya, peanut butter no add sugar harga berbelas-belas ringgit sebotol, kan. Buat sendiri lagu jimat. Macam ni modal tak sampai pun RM5.
Ayam Goreng Kunyit hidangan mudah dan cepat untuk disediakan. Masak lauk ni yang tak pandai pun confirm menjadi.
Hidang dengan nasi panas, ada pula telur mata goyang dan sambal belacan, renjis kicap lemak manis…fuhhhh terangkat rasanya.
Kalau nak lagi sedap boleh pilih bahagian dada ayam yang ada sedikit tulang barulah lagi kaw dia punya masakan. Letak sayur-sayuran dan bawang, goreng sekejap boleh terus makan. Cepat dan mudah untuk disediakan.
Perkongsian daripada Wan Luqman ni sangat mudah untuk diikuti. Buat lauk makan malam atau tengah hari cukup satu lauk ni pun dah memadai.
AYAM GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
– Isi ayam (best part bertulang boleh ratah-ratah gigit)
– Cili merah dan bawang holland dihiris
– Kacang panjang, bunga kobis dan lobak
– Garam dan sedikit lada sulah
– Sedikit tepung untuk menyalut
– Garam
– Gula (jika perlu)
CARA MEMASAK:
Masukkan serbuk kunyit dan garam untuk digaul bersama ayam. Lebihkan sikit, biar kuning dan masin-masin baru sedap.
Masukkan sedikit ajinamoto dan gaul bersama.
Masukkan sedikit tepung. Tepung apa-apa pun boleh. Ini saya guna tepung ayam goreng.
Gaul biar sebati
Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan
Guna minyak yang sama, masukkan semua bahan sayuran yang dihiris tadi. Minyak bekas goreng ayam tu kuning nanti akan melekat warna kuning pada sayuran nanti.
Masukkan sedikit lada hitam
Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi dan sebatikan dengan bahan lain.
Angkat dan tapis
Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Info:
Goreng kunyit kena masin-masin sikit baru sedap. Tak pandai masak ke pandai ke kalau buat mesti menjadi pasal senang sangat. Sedap dimakan dengan nasi kosong, sambal belacan, telur mata dan renjis-renjis kicap kipas udang.
Lotus Biscoff Cheesecake ni antara resipi yang viral semasa musim PKP ni. Menurut perkongsian dari saudari Anissa Mardhiah, resipi ni sangat mudah disediakan tetapi rasanya amat sedap. Wow..menarik kan? Jom cuba. Pasti puas hati dengan rasanya. Sesuai sangat ni dijadikan sajian istimewa untuk keluarga.
2-3 keping biskut Lotus Biscoff (hancurkan untuk topping atas)
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan lapisan asas (base), hancurkan biskut Lotus Biscoff hingga separa halus. Caranya ialah dengan masukkan biskut ke dalam plastik dan ketuk guna lesung batu hingga hancur. 2. Masukkan biskut ke dalam mangkuk dan ketepikan. 3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan biskut hancur tadi. Gaul rata. 4. Masukkan biskut yang dicampur mentega tadi ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik dengan parchment paper. Tekan dan padatkan. 5. Simpan dalam peti sejuk dan buat pula filling krim keju.
Untuk membuat Filling Krim Keju: 1. Pukul krim keju menggunakan pengadun hingga kembang. 2. Masukkan esen vanilla, gula ising dan biscoff spread. Adun lagi hingga sebati. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk berasingan, pukul whipping cream hingga kembang. ( whipping cream kena sejuk kalau tidak ia tidak akan kembang). 4. Satukan krim keju dan whipping cream. Kaup balikkan guna spatula perlahan-lahan hingga sebati. 5. Bila sudah sebati, tuang ke dalam loyang berisi bahan base yang telah disejukan tadi. Ratakan. 6. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum mebuat topping.
Untuk membuat Topping: 1. Selepas krim keju disejukkan selama 3-4 jam, cairkan Lotus Biscoff Spread menggunakan api kecil hingga cair. Kemudian sejukkan sedikit. 2. Tuang Biscoff Spread cair tadi ke atas krim keju hingga rata. 3. Masukkan semua kek keju di dalam peti sejuk selama 1-2 jam. 4. Bila kek keju sudah pejal sepenuhnya, tabur biskut yang dihancurkan mengikut kreativiti masing-masing. 5. Sedia untuk dinikmati.
Anda tengah nak cari ketuhar, pengadun dan pelbagai barangan kelengkapan rumah tapi tak jumpa yang berkenan? RASA kongsikan seleksi barangan yang boleh anda miliki dengan HARGA MAMPU MILIK. Sangat berbaloi.
Biasanya kalau buat bihun goreng kalau ada tambahan bebola ayam lagi tambah sedapnya. Selalu beli di kedai, nak jimat dan puas makan bolehlah buat sendiri. Mudah membuatnya dan terjamin kebersihan.