
Balik ke rumah selepas seharian beerja, memang meletihkan. Nak masak macam-macam memang tak sempat. Nak senang, masak je sotong macam ni. Settle makan malam.
SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
Bahan-Bahan
• 3 ekor sotong sederhana besar
• 1 sudu teh garam
• 1 sudu teh serbuk kunyit
• Minyak masak untuk menumis
• 1 biji bawang besar (dipotong nipis membulat)
• 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
• 10 biji cili padi (diketuk)
• 1 sudu besar sos tiram
• 1/2 kiub pati ayam
• 1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
• Sedikit air
• 1 sudu besar kicap lemak manis
Cara membuat
1. Siang sotong, buangkan kulitnya. Bersihkan dakwat, mulut dan matanya. Kemudian potong kecil membulat, bersih dan toskan.
2. Sediakan sotong. Gaulkan bersama garam dan kunyit, perap dan ketepikan sebentar.
3. Sediakan bahan-bahan lainnya.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Anggaran 3 sudu besar. Masukkan sotong yang telah diperapkan tadi. Kacaukan sebentar.
5. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi. Gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam. Kacau.
7. Tuangkan sedikit air dan masukkan juga kicap lemak manis. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
8. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.
Resipi Oleh Asyraf dari Telegram KakiMakan
Resipi Udang Berempah Sedap, Masak Sendiri Barulah Puas Makan

Anda penggemar sajian udang? Cuba resipi Udang Berempah perkongsian saudari Natasha Qalisya ni. Resipinya cukup ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Hmmm…Jom lah cuba puan-puan. Pasti anda sekeluarga berselera makan. Sesuai disajikan semasa makan tengahari ini.
CARA MASAK UDANG MASAK BEREMPAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2kg udang
2-3 biji bawang merah – dipotong – beli online disini
1-2 ulas bawang putih – dipotong – beli online disini
2 sudu makan rempah kari babas ayam/ikan – beli online disini
2 sudu makan serbuk cili – beli online disini
2 sudu makan sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan kicap ABC – beli online disini
1 sudu teh lada hitam – beli online disini
Sedikit garam & perencah secukup rasa
1-2 tangkai daun kari
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang serta daun kari hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis seketika.
3. Masukkan semua sos dan masak lagi hingga pecah minyak. Tambah sedikit air sahaja supaya tidak terlalu kering.
4. Bila kuah telah pecah minyak dengan sempurna, masukkan udang. Gaul rata dan biarkan separuh masak.
5. Perasakan dengan garam serta serbuk cukup rasa dengan secukupnya. Masak hingga kuah sedikit kering. Namun jika suka hidangan berkuah, tambah lebih air.
6. Padamkan api dan Udang Masak Berempah sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Natasha Qalisya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Ala 3 Budak Gemuk Lengkap Sambal Gesek. Memang Padu
Buat Sendiri Aiskrim Neapolitan Homemade Sebijik Macam Dekat Kedai
Cara Buat Pes Kunyit Homemade Yang Tahan Lama & Lambat Berkulat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Udang Masak Bawang Sedap Sangat, Gerenti Bertambah Makan

Hari ini nak masak menu yang paling senang buat dan rasa sedap ya amat. Udang Masak Bawang ni sedap bila makan dengan nasi panas, ada ulam-ulaman dan sambal belacan. Pergh memang tak toleh kiri kanan, laju jer menyuap.
Udang Masak Bawang
Bahan-bahan:
Udang untuk 4 – 5 orang
5 ulas bawang putih- cincang halus
2 biji bawang besar- potong mayang
1 inci halia- cincang halus
1 sudu makan sos cili-beli online di sini
1 sudu makan sos tiram-beli online di sini
1 sudu teh minyak bijan-beli online di sini
4 biji cili padi- belah dua atau potong kasar.
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Cara memasak:
1.Udang diletakkan dengan garam dan kunyit.
2.Panaskan sedikit minyak dan goreng udang terlebih dahulu.Jangan goreng terlalu lama. Bila nampak kulit udang sudah berubah warna terus angkat dan toskan minyak.Ketepikan dulu udang yang telah digoreng.
3.Guna lebihan minyak goreng udang tadi, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
4.Bila bawang dah sedikit keperangan masuk balik udang yang telah digoreng tadi.
5.Masukkan ¼ atau ½ cawan air sebagai sedikit kuahnya nanti.
6.Masukkan 1 sudu makan sos tiram.
7.Juga masukkan 1 sudu makan sos cili.
8.Kemudian masukkan 1 sudu teh minyak bijan untuk naikkan bau masakan.
9.Masukkan bawang besar yang dipotong mayang. Gaul sebati.
10.Masukkan juga cili padi yang dibelah dua atau potong kasar.
11.Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kalau perlu perasakan dengan garam boleh letak sedikit garam.
12.Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Mohd Rozmie
Klik sini
Chocolate Crinkle Cookies. Sedap Sampai Tak Boleh Henti Mengunyah
Resepi Quiche Ayam Sedap & Menyelerakan. 1 Adunan Ni Dapat 2 Biji
Penuh Dengan Aroma Rempah Ratus, Ini Cara Masak Kerutuk Daging
Pikat Suami Dengan 6 Menu Seafood

Sesekali kejutkan suami dengan saaajian hidangan seafood, pasti bertambah rasa kasih dan sayangnya pada anda. Apatah lagi jika seafood itu menjadi kegemaran sang suami. Untuk kepelbagaian resipi berikut RASA kongsikan 6 resipi seafood yang boleh anda cuba. Semoga kasih sayang suami isteri semakin kukuh.
KUPANG TUMIS BERSANTAN DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kepah
- 1 biji bawang besar |cincang
- 3 ulas bawang putih |cincang
- 2cm halia |titik
- 1 biji cili merah | hiris
- Sedikit jus limau nipis
- ½ cawan daun selasih dan daun ketumbar |cincang
BAHAN SOS SANTAN SELASIH:
- 1 cawan santan
- 1 cawan jintan manis
- ¼ cawan daun ketumbar |daun dan batang
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu makan kicap cair
CARA MEMASAK:
- Cuci bersih kupang dan simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan.
- Untuk menyediakan sos santan selasih. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar, jika ingin pedas boleh tambahkan cili padi.
- Kisar hingga halus dan ketepikan.
- Panaskan kuali dan masukkan dua sudu makan minyak, tumiskan bawang putih, merah, halia hingga wangi. Masukkan kupang dan sedkit jus limau nipis. Kacau rata.
- Tutup seketika kuali lebih kurang 2-3 minit.
- Apabila kupang mula terbuka, kecilkan api.
- Masukkan sos santan selasih, dan kupang sedia dihidangkan.
LALA TUMIS TAUCU BERSAMA SAWI AIR
BAHAN-BAHAN:
- 500gm lala
- 2 sudu makan taucu
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 cawan daun Selada Air
- 2 tangkai cili merah | hiris
- 4 ulas bawang merah | hiris
- 3 ulas bawang putih | titik
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan pes cili, diikuti dengan taucu. Kacau rata.
- Setelah pecah minyak, masukkan lala, gaul rata masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam (jika perlu sebab taucu sudah masin) dan gula secukupnya
- Akhir sekali masukkan daun selada, kacau 1-2 minit. Tutup api.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG KUKUS SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | bersih dan toskan
BAHAN INTI:
- 2 biji tauhu | hancurkan
- 1 biji telur
- 2 pokok daun bawang | hiris halus
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit garam
BAHAN SOS:
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang besar
- 3 sudu makan sos cili Thai
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan sos limau nipis
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Semua bahan inti dimasukkan dalam mangkuk dan gaul rata.
- Kemudian ambil sedikit adunan dan sumbatkan dalam sotong. Lakukan hingga sotong habis.
- Letakkan dalam loyang dan kukus lebih kurang 10 minit.
- Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masukkan sos, dan jus limau nipis, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
- Setelah sos mendidih tutup api.
- Susun sotong dalam pinggan hidangan dan tuangkan sos di atasnya.
- Sotong sedia dihidangkan panas-panas.
KEPAH TUMIS CILI PADI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kepah | cuci bersih dan tos
- 1 kuntum bungan kantan | hiris
- 6 biji cili padi merah | belah dua
- 6 biji tomato ceri
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 1biji bawang besar | potong dadu
- 3 cm halia muda | hiris memanjang
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan hirisan cili hingga wangi.
- Masukkan kepah, kacau rata.
- Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kepah terbuka, masukkan hirisan bunga kantan dan ceri tomato.
- Kacau rata lebih kurang 1-2 minit tutup aapi.
- Kepah sedia dihidangkan.
KERANG TUMIS CILI DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm kerang | bersih dan toskan
- 1 cawan hirisan daun bawang
- 10 biji cili padi | hiris memanjang
- 5 ulas bawang merah | hiris
- 3 ulas bawang putih | cincang
- 3cm halia | hiris memanjang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat manis
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- P anaskan minyak, tumiskan bawang putih, merah, halia dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan kerang, kacau rata.
- Apabila kerang sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau seketika kemudian tutup api.
- Sedia dihidangkan.
KETAM TUMIS TELUR BECILI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ketam |bersihkan dan belah dua
- 1 biji bawang besar|hiris nipis
- 3 sudu makan cili kisar
- 2sudu makan cili sos Thai
- 2 sudu makan sos tiram
- 3-4 biji telur
- Air asam Jawa secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 3 cm halia
CARA MEMASAK :-
- Gaul dengan garam kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian angkat dan ditos .
- Keluarkan sedikit minyak goreng ketam dari dalam kuali dan simpan minyak goreng ketam itu
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali .
- Masukkan bahan-bahan yang kisar dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar.
- Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak.
- Masukkan bawang besar , garam, gula dan dikacau sekali sekala semua bahan.
- Tambahkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal .
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan telur kemudian dikacau bagi telur hancur. Kacau rata telur.
- Kecilkan api, masukkan semua ketam yang digoreng dan kacau bagi rata sambal pada ketam
- Tutup api dan ketam sedia dihidangkan.