
Sos caramel ni drizzle atas kopi memang memang sedap rasanya. Boleh tahan juga harganya kalau anda membeli. Apa kata buat sendiri, bila bila nak guna sos ini,ada di dapur.Dikongsikan cara membuat.Wangi bau sos caramel satu rumah bila anda membuatnya.
SOS CARAMEL HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 200g gula
- 50g air
- 80g fresh krim
- 50g unsalted butter
Cara membuat:
1.Set api sederhana,panaskan 200g gula dan 50g air dalam periuk.
2.Biarkan air gula mendidih sehingga bertukar warna,tutup api.
3.Masukkan 80g fresh cream(masa ni akan menggelegak kuat,kacau)
4.Masukkan 50g unsalted butter,kacau hingga sebati dan siap.
(Boleh tambah garam dan vanilla jika suka)
5.Siap sos caramel.
Tapi ada beberapa tip yang korang kena alert masa buat caramel ni;
1. Peralatan diguna kena betul. Sebaiknya guna sudip masa masak sos. Senang nak scrap off caramel dari pot nanti.
Elakkan guna spatula besi nanti karamel jadi cepat berketul.
2. Jangan kacau air gula sebelum masuk bahan lain. Kalau risau gula cair tak sekata seeloknya goyang-goyangkan
saja kuali sampai gula jadi serata.
3. Sebaiknya guna unsalted butter, senang nak kawal amaun garam dalam caramel kita nanti, guna butter yang berkualiti
sebab semakin baik bahannya semakin sedap caramel tu nanti. Recommended guna pure butter.
4. Kalau ada gula yang jadi berketul selepas tutup api jangan risau,boleh buka semula api masa nak larutkan butter tu.
Masa ni pastikan sentiasa kacau ye.
5. Bersabar dan jangan tinggalkan masakan. Nak buat sos ni senang sangat, cuma kalau tak fokus boleh jadi cepat hangus
caramel tu.
Kredit:Linda Safar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Puding Buah Naga Cantik Dan Sedap. Sesuai Sebagai Manisan Berbuka

Puding buah naga ini memang nampak cantik kan? Tengok pun dah teruja nak memakannya. Puding ini sesuai dijadikan manisan saat berbuka. Anak-anak pun mesti teruja. Cantik kan warna puding ini?
Nak membuatnya pun tak susah. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Laili Adam ini ye (Kredit resipi asal ZUE).
Puding Buah Naga
Bahan-Bahan:
20gram agar-agar tali – boleh beli online di sini
1400ml air
1 1/2 cawan gula – boleh beli online di sini
1/2 tin @ 200ml susu cair – boleh beli online di sini
2 titis esen vanila – boleh beli online di sini
Buah naga (potong dadu kecil)
Cara Memasak:
Dalam satu periuk, masak agar-agar dengan air sehingga aga-agar itu hancur.
Masukkan gula dan kacau sampai gula larut.
Ambil sedikit larutan agar-agar tadi dan tuangkan ke dalam acuan saiz 9×9 yang di basahkan sikit (anggaran dalam dua senduk)
Biarkan keras sedikit, barulah susun buah naga. Terpulang nak susun macam mana.
Kemudian, tuang baki agar-agar tadi sampai buah tenggelam sedikit.
Masukkan susu cair dan esen vanilla ke dalam baki aga-agar yang sudah dimasak tadi dan kacau sebati.
Tuang agar-agar susu ke dalam loyang yang ada potongan buah tadi. Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk boleh potong.
Cara potong, sisipkan tepi loyang dengan pisau dn terbalikkan loyang atas papan kek dan tekan tengah-tengah loyang pelan-pelan. Terbalikkan puding.
Bermakna bahagian susu akan jadi bawah dan yang buah-buahan akan di atas.
Kemudian bolehlah potong..siap!!
Untuk puding ini, selain buah naga, boleh gunakan buah segar lain yang lembut (buah mangga, betik, pic, kiwi, strawberi dan sebagainya)
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Sekaya Telur Terengganu. Ikut Petua Ini Kalau Nak Sedap

Sekaya Telur Terengganu. Ikut petua ini kalau nak sedap. Manisan tradisi ini antara yang paling terkenal di Negeri Terengganu. Rasanya yang lemak manis memang memikat jiwa.
Tapi, bagaimana nak pastikan sekaya telur ini sedap? Ha..ini petuanya yang dikongsikan oleh En. Muliadi Ramli ini ye. Sila cuba. Mesti sekaya telur buatan korang lagi sedap nanti. Selamat mencuba.
Petua Sekaya Telur Terengganu Lagi Sedap
Telur mesti telur baru. Elakkan guna telur yang disimpan dalam peti ais. Paling elok kalau guna telur itik kerana ia lagi sedap daripada telur ayam. Tapi kalau dah tak ada, boleh je. Campur pun boleh.
Ketika mengacau telur, kena pelan-pelan, bagi sedikit berbuih. Manakala api masa kukus memang nak kena api kuat (besar ). Akhit sekali, petuanya, racik sedikit nisang (anggaran sebesar ibur jari) dan masukkan ke dalam adunan sebelum dikukus.
Resipi Sekaya Telur Terengganu
Bahan-bahan:
5 biji telur itik
6 biji telur ayam
¾ keping nisang saiz besar ( kalau suka manis boleh letak lebih) – boleh beli online di sini
3 sudu besar gula merah – boleh beli online di sini
4 helai daun pandan
1 ½ kotak kecil santan
Sesudu kecil garam – boleh beli online di sini
1 sudu kecil perasa vanilla ( untuk hilang bau hanyir telur) – boleh beli online di sini
350ml air
Cara Memasak:
Panaskan nisang dan gula merah bersama air dan daun pandan. Apabila cair, ketepikan biar sejuk.
Pukul telur ( pukul-pukul manja je) bagi kembang sikit, masukkan santan, garam dan perasa vanilla. Pukul lagi.
Kemudian campurkan telur dan air nisang ( tapis sikit air nisang tu) pukul lagi supaya kembang sikit je ( kalau terlebih pukul nanti tak jadi lubang-lubangnya). Lepas itu racik atau potong kecil-kecil nisang dan bubuh dalam adunan sekaya sebelum kukus.
Lepas tu kukus ( saya bungkus tutup kukusan dengan kain atau aluminium foil untuk elak air menitik atas sekaya). Gunakan loyang saiz sederhana ( 6/7 inci). Isi 3/4 daripada loyang takut melimpah pulak masa kukus.
Kukus dlm 30 ke 35 minit bergantung kepada kukusan masing-masing. Bila masak, sejukkan. Masuk peti ais kira-kira 1 jam.
Keluarkan dan arulah potong. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Pulut Bangkok. Kombinasi Rasa Lemak Pulut Dan Manis Pisang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

Bila diimbau balik kisah Datin Seri Emylia Yusnita Mohd Tahir mewarisi ilmu memasak memang cukup menyentuh hati. Ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berusia lapan bulan. Wanita tabah ini dibesarkan oleh ayah dan arwah moyangnya, Temah Samad yang berkerja sebagai Ketua Tukang Masak di istana Pahang.
Neneknya lebih dahulu meninggal dunia, semasa ibu Datin Seri sedang mengandungkan beliau . Wanita gigih ini duduk bersama arwah moyang di Pahang dengan sering dikunjungi dan kadang-kadang mengikut ayahnya yang tinggal di Johor.
Moyang Jadi Idola Memasak
Di zaman kanak-kanaknya usahawan dan pemilik lima khidmat SPA ini sering mengikuti arwah moyang yang berkerja di dapur Istana, Pekan, Pahang. Makanan yang dimasak adalah untuk Almarhum Sultan Abu Bakar sekeluarga yang cukup menyukai masakan moyangnya.
“Dulu-dulu masa sekolah rendah saya rajin ikut arwah moyang memasak di dapur istana. Bahan-bahan semua sudah disusun pembantu. Saya suka tengok gaya arwah memasak dan perhati bahan-bahan yang digunakan. Dari situ saya dah mula tahu macam mana nak masak dan bila sekolah menengah saya dah boleh memasak.
Di antara amalan masak arwah moyang adalah membuat rempah ratus yang diproses dan dikisar sendiri. Hingga kini saya amalkannya dan saya tak pernah beli rempah yang sudah diproses dalam peket. Aromanya lebih wangi dan rasanya lebih berperisa. Saya juga buat sendiri pes cili kering dan tidak sekali-kali menggunakan cili boh,” kongsi beliau mengenai ilmu masakan yang diwarisi dari moyangnya.
Seperti juga stail masak orang tua dulu-dulu, Datin Seri Emylia juga memasak ikut campak-campak dan agak-agak bagi mendapatkan rasa lauk yang betul-betul sedap.
Suri hati kepada Datuk Seri Ahmad Hj Abas dan ibu kepada tiga cahaya mata berusia 14, 12 dan 3 tahun ini sememangya handal di dapur. Tidak hairanlah jika rumahnya juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang cukup mengemari masakan dari air tangannya
Ni dia empat juadah istimewa yang dijamu rakan-rakan rapat beliau.
NASI KAROT
BAHAN-BAHAN :
- 5 cawan beras basmati | cawan penyukat periuk elektrik
- 6 cawan air
- 3 biji lobak merah | disagat batang mancis
- 4 ulas bawang putih | ditumbuk
- 4 biji bawang merah | ditumbuk
- 2 biji bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- ½ tin susu cair | susu isian sejat
- 1 sudu kecil garam
- 4 helai daun pandan
- 1 lembar daun pudina | disimpul
- 1 lembar daun ketumbar | disimpul
- 4 sudu makan mentega
- Segenggam kacang gajus | digoreng tanpa minyak
*Beras basmati direndam sekurangnya 30 minit sebelum masak
CARA MEMASAK :
- Panaskan mentega dalam periuk lain dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu, manis dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan air, susu cair dan garam, dan biarkan mendidih.
- Ambil beras yang telah dibersih dan toskan dan masukkan ke dalam periuk elektrik,
- Kemudian masukkan bahan yang ditumis dan mendidih tadi (air, susu cair dan garam) ke dalam periuk elektrik .
- Masukkan lobak merah yang telah disagat .
- Bila air sudah mengering masukkan daun pudina dan daun ketumbar.
- Balik-balikkan nasi bila sudah betul-betul kering. Sajian siap dihidang.
OPOR DAGING
BAHAN-BAHAN:
- ½kg daging batang pinang
Bahan dikisar :
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 4sm halia | dikisar
- 4sm lengkuas
Bahan disangai (goreng tanpa minyak dan kisar)
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 1 sudu teh Jintan manis
- 1 sudu teh Jintan putih
- 6 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan rempah opor
- Gula merah dan garam secukup rasa
- 1 sudu kecil asam jawa
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit air | secukupnya untuk mengelakkan kering
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar , kemudian masukan bahan-bahan yang disangai.
- Tumis hingga naik minyak dan masukkan rempah opor, tumis lagi sampai naik minyak.
- Tambahkan sedikit air, masukkan daging dan kacau sehingga kesemua bahan yang ditumis sebati dengan daging. Biarkan daging empuk.
- Masukkan kerisik, kacau dengan api yang perlahan. Biarkan mereneh sebentar.
- Masukkan garam dan gula merah secukup rasa
ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (bahan tumis) :
- 1 1/3 cawan minyak untuk menumis | Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak )
- 1 sudu makan biji sawi
Ditumbuk atau kisar tanpa air:
- 4 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 2.5sm halia
Bahan B (rempah tumis)
- 3 sudu makan rempah kari
- 8-10 tangkai cili kering | dibuang biji ,rebus dan kisar)
Disangai dan dikisar halus:
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 1 sudu teh Jintan Putih biji
- 1 camca teh Jintan Manis biji
Bahan C
4 sudu makan gula merah
2 sudu makan sos cili
Garam secukupnya
2 sudu makan perahan lemon
Bahan D
Disangai :
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi
Bahan E (Buah-buahan)
- 50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz)
* Kalau buah yang berbiji atau besar seperti prune lebihkan sedikit timbangan | dipotong dua atau empat, atau biarkan sebiji-biji.
- 2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
- 12-15 ulas bawang merah | dibelah dua
- Cili Padi secukup nya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumiskan bahan A sehingga garing.
- Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
- Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula.)
- Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
- Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur
- Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
BUAH MELAKA KUKUS
BAHAN-BAHAN :
- 4 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- 6 helai daun pandan | diracik halus dan dikisar bersama 1 cawan air
- Gula melaka secukunya | dipotong kecil
- 1 kotak kecil santan kotak | dicampur sedikit air ,sederhana pekat
- Sedikit pewarna hijau
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Tepung pulut dan tepung gandum digaul bersama air dan letakkan secubit garam.
- Masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Ulikan hingga tak melekat di tangan.
- Bentukkan bulat dan masukkan gula Melaka yang sudah dipotong kecil ke dalamnya.
- Bulatkan lagi dan ketepikan
- Masukkan santan ke dalam bekas untuk dikukus, masukkan secubit garam. Panaskan kukus terlebih dahulu.
- Masukkan kuih ke dalam bekas kukus berisi santan dan masak selama 10 minit. Sajian sedia dihidang.