Jika anda mencari resipi yang mudah, Smoked Chicken Panini antara menu yang boleh anda cuba. Cara nak buatnya memang senang sangat. Yang penting, ia mengenyangkan. Nak lagi sedap, guna keju Perfect Italiano Mozzarella. Memang puas hati makan! Jom cuba.
SMOKED CHICKEN PANINI
Ads
Bahan-Bahan:
12 keping roti putih
1 paket smoked chicken
3 biji tomato
1 biji bawang holland
4 sudu besar mayones
1 paket Perfect Italiano Mozzarella
2 sudu besar herbs
Cara Memasak:
Sapukan mayones pada roti.
Kemudian, letakkan hirisan bawang holland, tomato, smoked chicken dan Keju Perfect Italiano Mozzarella.
Taburkan herbs pilihan dan bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 10 minit atau sehingga keju cair.
Tauhu Berkeju ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak buat. Sebenarnya, mudah saja. Boleh cuba resipi ini, gerenti menjadi dan sedap. Cuma, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk buat keju ni lagi wow! Selamat mencuba.
TAUHU BERKEJU
Bahan-bahan:
10 biji tauhu kering
1 biji bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisar kasar
200gm daging kisar | digoreng
5 biji kentang | potong kiub dan goreng hingga lembut
30gm daun sup | dihiris
1 cawan bawang goreng
2 biji telur
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
Lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi.
Gaul kentang lenyek, daging kisar yang telah digoreng, bahan kisar, daun sup, bawang goreng, garam, serbuk perasa dan keju Perfect Italiano Mozzarella.
Sumbatkan di dalam tauhu, celup di dalam telur dan goreng hingga masak.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Drink Tropical Fruits.
Sekiranya anda teringin hidangan berkeju, cubalah buat Quesadilla Daging Kunyit Berkeju yang ringkas ini. Daging Goreng Kunyit diletakkan di atas tortilla dan ditaburkan keju menghasilkan satu menu yang cukup unik dan lazat. Kali ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt, gabungan empat jenis keju yang mencair dengan sempurna serta menambah rasa dalam hidangan anda. Rugi kalau tak cuba! Terasa puas dalam setiap gigitan.
QUESADILLA DAGING KUNYIT BERKEJU
Bahan-Bahan:
2-4 keping tortilla
250gram Perfect Italiano Perfect Melt
Bahan-Bahan Daging Kunyit:
200gram daging – dadu kecil & rebus empuk
1 sudu teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar – potong bulat
2 tangkai cili kering – hiris kecil
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
Untuk membuat daging kunyit; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Masukkan daging yang telah direbus empuk bersama serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng hingga sebati. Masukkan bawang besar, cili kering, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata hingga semua bahan masak sempurna. Ketepikan.
Untuk membuat quesadilla; ambil sekeping tortilla lalu letakkan dalam kuali leper yang dipanaskan dengan sedikit mentega. Letakkan daging kunyit diatasnya dan ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Melt secukupnya. Ambil sekeping lagi tortilla dan tutup. Masak di kedua-dua bahagian (terbalikkan) hingga agak perang dan keju cair.
Kari Udang & Keledek, resipi yang enak dan sesuai untuk bulan Ramadan nanti. Mudah je nak buatnya, anda pasti puas hati. Paling istimewa, resipi ini menggunakan Anchor Cooking Cream dan Anchor Unsalted Butter. Bila guna kedua-dua produk Anchor ni, masakan jadi lebih sedap, berkrim dan harum baunya. Sangat sedap.
KARI UDANG & KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
250ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
200ml air
10-15 ekor udang (saiz medium) – bersihkan
2 biji ubi keledek (saiz medium) – buang kulit & potong dadu besar
6 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2sm halia – kisar
1 labu bawang besar – mayang halus
4 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk garam masala
2 tangkai daun kari
½ sudu teh halba campur
½ sudu teh gula
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Cairkan Anchor Unsalted Butter ke dalam periuk. Tumis bawang yang telah dimayang halus hingga wangi dan perang. Masukkan halba campur dan daun kari.
Masukkan bahan-bahan kisar, serbuk kari dan serbuk garam masala. Tambah air lalu kacau rata dan tumis hingga rempah masak.
Masukkan ubi keledek. Didihkan hingga ubi keledek hampir empuk, kemudian masukkan udang.
Tuang Anchor Cooking Cream dan didihkan dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...