Dunia perniagaan bukan sesuatu perkara yang mudah untuk ditangani. Lebih-lebih lagi dengan keadaan yang masa kini dilanda pandemik Covid-19. Kusut dengan hasil jualan yang semakin menyusut, ataupun modal yang tidak kemungkinan sukar untuk diperoleh kembali.

Namun satu perkara yang pasti, usahawan tidak seharusnya mudah mengalah dalam menggerakkan bisnes dengan ikhtiar pengiklanan secara berterusan kepada pelanggan.

Menerusi portal SME360 yang diperkenalkan Astro Media Solutions (AMS), akan membantu ramai pengusaha kecil dan sederhana atau SME.

Portal SME360, akan bertindak sebagai pusat sehenti untuk inisiatif pengiklanan dan pemasaran yang mampu membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana untuk menjangkau pelanggan dengan penglibatan atau hubungan yang lebih konsisten.

Bertindak Sebagai Pusat Sehenti

IKLAN

Menurut Pengarah Astro Media Solutions, Wong See Wei, portal ini bertindak sebagai pusat sehenti yang menawarkan solusi kepada golongan SME yang hadir dari pelbagai latar belakang dan saiz melalui pemasaran dan menghubungkan pengusaha dengan pelanggan dengan lebih konsisten.

“Di Astro Media Solutions, kami sentiasa berusaha dalam memperkenalkan pakej perkhidmatan pengiklanan yang inovatif, efektif dan efisien. Pelancaran SME360 ini dilihat bertepatan dengan waktu kerana dapat membantu para SME memacu pelan pemasaran masing-masing di sebalik pandemik yang melanda.

IKLAN

“Ia meliputi pakej media merentasi TV, Radio, Digital dan platform e-dagang serta menerusi penglibatan influencer atau figura berpengaruh di media sosial, untuk membantu mempromosikan produk, sehinggalah ke sesi konsultasi secara percuma untuk perkara yang melibatkan cetusan idea atau pembentukan sesebuah produksi kandungan dengan merujuk kepada amalan terbaik.

“Justeru, penting untuk pemain SME mengekalkan kedudukan jenama masing-masing dan penglibatan ini amatlah perlu terutamanya di ketika ini.

IKLAN

“Lebih 900,000 pemilik SME di Malaysia ini akan memiliki akses kepada keseluruhan spektrum SME360 yang merangkumi solusi atau penyelesaian kepada perkara berkaitan pemasaran, yang dipakejkan khas untuk menepati setiap jenis perniagaan dan peruntukan kewangan masing-masing,” jelasnya.

Pakej-pakej yang ditawarkan di bawah SME360 adalah cukup berpatutan, dengan produksi komplimentari sehingga bernilai RM7,000 (bagi pakej TV dan radio).

Juga, untuk setiap peluang perniagaan yang dirujuk kepada kami menerusi portal SME360 akan menerima kredit pengiklanan istimewa.

Layari sme.quake.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan ini dan cara-cara membelanjakan peruntukan pengiklanan anda, menerusi pakar pemasaran kami di Astro Media Solutions, yang dikuasakan oleh ekosistem transmedia dan disokong oleh rangkaian pengguna terhebat.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI