Sekarang ni musim durian, sana sini orang menjualnya. Percubaan pertama Seri Muka Durian. Adunan ini elok utk loyang 9 atau 10inci. Loyang kita kecil tu bahagi dua dengan tupperware.
Lapisan pulut
2 cawan pulut rendam sejam,tos
2 cawan santan
garam
2 sudu besar minyak masak
*campur semua bahan kacau rata,kukus dalam loyang 25min.
*dah kukus,padatkan tekan-tekan.
Lapisan durian
1 cawan isi durian
2 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
1 cawan gula
garam
1 biji telur
pewarna kuning
Cara membuat:
1.Kisar semua, masak atas api sampai naik wap sahaja kacau sentiasa pakai whisk. (masak kejap aje)
2.Tuang atas pulut tadi,kukus 25 min.
3. Siap untuk dihidang.
Kredit : Dayana Yana
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI.
Rempeyek salah satu kudapan popular di kalangan orang Malaysia, biarapun terdapat pelbagai jenis rempeyek, apa yang penting rempeyek mestikan rangup dan sedap.
Kalau korang pernah cuba buat sendiri tetapi hasil kejadiannya kurang rangup, jangan putus asa, ini ada tip yang mudah dan boleh korang cuba supaya kali ini rempeyek yang korang buat bukan hanya rangup tetapi sedap juga. Silap gaya boleh buat bisnes.
Ini Bahan-Bahan Campurannya:
Rempah ratus asas yang biasa digunakan untuk rempeyek adalah ketumbar, bawang putih, buah keras dan garam. Apapun semuanya bergantung pada cita rasa korang sendiri.
1. Cara Bancuh Adunan:
Tepung dan bahan cair seperti santan mesti disesuaikan mengikut sukatan. Jika adunan terlalu cair, rempeyek akan menjadi terlalu nipis dan mudah hancur. Sebaliknya jika terlalu pekat ia akan menjadikan rempeyek keras dan dan tebal. Sebab itu bahan adunan perlu ada ukuran yang betul.
. 2. Jenis Isian:
Isian rempeyek yang biasa digunakan adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang dhal. Jika menggunakan kacang dhal dan hijau, sebaiknya rendam semalaman sebelum digunakan untuk memudahkan ia garing dan rangup. Untuk kacang tanah, korang boleh goreng sangai atau dibakar separuh masak.
Selain itu semasa menggoreng korang perlu perhatikan api yang digunakan, jangan terlalu kecil atau besar, jika terlalu kecil rempeyek berminyak dan kurang rangup. Kalau api terlalu besar rempeyek mudah hangus dan isinya belum masak sepenuhnya.
3. Campuran Tepung Digunakan:
Walaupun bahan utama rempeyek adalah tepung beras dan santan, tetapi untuk mendapatkan kerangupan tambahan sedikit tepung ubi atau sagu juga boleh korang campurkan. Dengan mencampurkan sedikit tepung ini, rempeyek korang akan menjadi rangup dan lebih sedap.
4. Jumlah Isian:
Korang boleh gunakan isian satu jenis atau lebih dari satu jenis isian. Contoh rempeyek ikan bilis dengan kacang tanah.
5. Cara Memasukkan Isian:
Untuk mencampurkan isian, sebaiknya campurkan sedikit demi sedikit, tujuannya untuk mengelakkan isian lemau dan masak tidak sekata dengan adunan tepung.
6. Cara Tuang Adunan:
Semasa menuang adunan, cara paling baik ada dengan tuangkan di tepi kuali. Jangan sesekali main tuang je ye. Cara ini akan menjadikan rempeyek nipis sekata. Sesekali siram rempeyek yang ada di tepi kuali dengan minyak supaya tak lekat di tepi kuali dan masukkan ke dalam minyak dengan elok tanpa bertaburan isiannya.
7. Cara Menggoreng:
Sangat digalakkan korang menggunakan kuali bulat melengkung, jika ingin menggoreng dalam jumlah yang banyak, lebih guna kuali lebih besar dan menggunakan lebih banyak minyak untuk menggoreng.
Jika menggunakan kuali kecil, tidak ada masalah tetapi semasa menuang adunan sebaiknya kuali itu disengetkan sendikit supaya aduan yang dituang lebih lebar dan nipis. Tetapi kalau menggunakan kuali leper non stick, jangan tuang terlalu banyak kemudian goyang-goyangkan supaya adunan merata dengan nipis.
Selepas diangkat, toskan menggunakan penapis, jika tidak minyak tersebut akan menyebabkan rempeyek lemau dan berbau tengik bila disimpan lama. Untuk menyimpan rempeyek agar tahan lama dan kekal rangup, sebaiknya masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
Resipi puding karamel pandan ini diolah tanpa telur namun tetap sedap rasanya. Teksturnya yang lembut bergedik, puding ini sangatlah enak bila makan sejuk-sejuk.
Memang terasa nikmatnya bila lalu di tekak. Usah risau puding ini tidak terlalu manis, ‘just nice’ rasanya. Cara membuatnya juga mudah saja, hanya memerlukan beberapa langkah dah siap.
Resipi puding karamel pandan sedap tanpa telur
Bahan karamel
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
Bahan puding
1 tin susu cair
2 cawan air
2 cawan air daun pandan -kisar 5 helai daun pandan bersama air & tapis
1 cawan susu pekat manis
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh emulco pandan (jika ada)
Pewarna hijau epal
Cara membuat
1. Untuk membuat caramel, cairkan gula di atas api kecil hingga perang.
2. Campur air, kacau hingga sebati dan gula cair semula. Tuang ke dalam acuan sebanyak satu sudu besar. Ketepikan dulu.
3. Seterusnya satukan semua bahan puding dalam kuali. Kacau sebati dulu, baru buka api. Kacau sentiasa hingga mendidih.
4. Tuang adunan ke atas karamel hingga penuh. Sejukkan dalam peti ais selama 3-4 jam atau semalaman.
5. Terbalikkan acuan di atas pinggan kemudian keluarkan acuan. Sedia dimakan.
Apa yang sedap nak dimakan untuk minum petang nanti. Mungkin boleh buat kuih ini. Di Terengganu menggelarkan kuih belimbing. Makan panas-panas memang layan ditabur gula di atasnya. Lembut dan rangup.
Cara memasak: 1.Didihkan air, gula, esen dan marjerin.Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat-cepat guna senduk kayu
2.Kemudian biarkan adunan sejuk dulu. Baru pecah telur sebutir .Mix sebati,pecah lagi sebutir telur. Mix hingga sebati. 3.Letak adunan dalam acuan. Biarkan minyak panas di kuali. Bila minyak panas, tekan adunan.Kerat panjang lebih kurang 5 cm .
4.Guna api sederhana saja..Goreng agak kuning,kalau nak garing sikit, goreng lama sikit.
5.Angkat kemudian biar sejuk sedikit. Tabur gula. Sedia untuk dihidang. Kredit:Mariyanti MN