Kebiasaannya, bila buat cocktail, akan buat jenis kuah cair dan sedap dimakan sejuk-sejuk.
Namun dengan resipi yang dikongsi Anis Tokman ini, lain daripada biasa kerana kuahnya dibuat pekat.
Rasanya pula, masam-masam manis pekat lemak berkrim dan seolah-olah macam makan yogurt strawberry kerana di bahagian bawah letak jelly perisa strawberry.
COCKTAIL YOGURT ANIS ATOKMAN
BAHAN-BAHAN:
Serbuk jelly (saya guna yang amway 1 kotak, masak dan letak perisa strawberry) 2 tin cocktail buah (saya guna hosen) 2 bekas nata de coco (perisa ikut suka) 2-3 scoop aiskrim vanilla 2 tin susu cair – beli online di sini 1 liter yogurt asli Susu pekat – beli online di sini
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Masak serbuk jelly ikut perisa kesukaan masing-masing, kemudian isi dalam bekas agak-agak 1/3. Biarkan sekejap sampai jelly membeku.
2. Tapis cocktail, asingkan kuah dan buah. 3. Selepas jelly membeku, boleh letak nata de coco (tapis ambil isi saja), kemudian letak pula isi buah cocktail. Dah siap, ketepikan.
4. Untuk buat kuah, ambil baki air cocktail, masukkan susu cair, yogurt dan aiskrim. Kacau sebati.
5. Kalau rasa pekat sangat, boleh campur air nata de coco sikit, kemudian masukkan susu pekat ikut kemanisan masing-masing (kepekatan kuah agak-agak saja, sebab nanti masuk peti dia akan makin pekat lagi).
Ads
6. Saya tak masak dah kuah dia tapi kalau nak buat jual, untuk ketahanan, anda boleh masak dulu susu cair kemudian baru mix smua. 7. Kemudian boleh tuang dalam bekas yang telah diisi jelly, nata de coco dan buah cocktail. Masuk dalam peti bagi sejuk, kemudian boleh makan.
8. Dengan resipi ini, anggaran boleh dapat 50 bekas saiz comel tu.
Melalui facebook, wanita bernama Dynie Khainudin berkongsi resipi membuat ayam goreng berempah. Ternyata ayam goreng berempah ini memang sangat sedap dan berbau harum ketika digoreng. Kiranya, boleh naik selera makan la. Jom cuba ayam goreng berempah yang nampak sedap ni.
Satu tip yang diberikan oleh beliau adalah ketika menggoreng kita perlu pandai jaga api. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Api sederhana menjadikan ayam goreng berempah lebih juicy.
AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN UTAMA
1/2 ekor ayam
BAHAN PERAPAN
Serbuk kunyit
Garam
Bawang putih
Cili giling atau cili flake
Serbuk kari | Optional
CARA PERAP
1. Kisar semua bahan.
2. Lumur pada ayam.
3. Perap selama 30 minit.
BAHAN KISAR KERING
1 labu Bawang besar
3 batang serai
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Halia
Bawang putih
CARA PERAPAN
1. Kisar semua bahan.
2. Lumur pada ayam bersama sedikit garam dan gula.
3. Perap selama 2 jam.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak.
2. Goreng sehingga ayam masak.
TIP
* Nak ayam masak rata dan tidak keras, kena pandai adjust api kecil dan sederhana.
* Minyak masak hanya guna satu kali goreng sahaja supaya rempah tak hitamkan ayam goreng.
Bila raya, Rendang Tok antara menu yang popular terutamanya bagi orang-orang Perak. Tanpanya ibarat tak lengkap juadah raya. Tak susah pun nak sediakannya. Jom cuba!
RESIPI RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nampak seperti kuih kaswi, tapi bukan dia. Ini ialah Kuih Tepung Kapur, kuih lejen negeri pantai timur, khasnya Terengganu dan sekitar Kampung Beserah, Kuantan.
Kuih yang mengimbau zaman kecil-kecil mereka yang pernah merasainya. Biasanya mak-mak akan rebus belah malam dan pagi esoknya akan sarapan dengan kuih ni.
Resipi Kuih Tepung Kapur yang dikongsi Tahrunnisah Jali ini, memang mudah cara nak buat dan memang sedap makan sambil kunyah.
KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 ½ cawan air* 2 keping ‘nisang’ atau gula melaka * – beli online di sini 3@4 sudu besar gula (ikut kemanisan yang ada suka)* – beli online di sini 1 sudu air kapur & sedikit garam Kelapa parut & sedikit garam (untuk digaul sebelum dihidangkan)
1. Rebus nisang, air dan kalau ada daun pandan simpul bagi wangi. Rebus hingga nisang/gula melaka hancur. Tutup api dan biarkan air gula tu sejuk. 2. Masukkan tepung gandum dalam bekas dan masukkan air gula ‘nisang/gula melaka’ dalam bekas gandum.
3. Kacau sebati dan masukkan air kapur dan garam kacau sebati (saya masuk sedikit demi sedikit hinggalah dapat adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat, macam buat cekodok gandum tu).
4. Masukkan adunan dalam plastik tahan panas atau ada juga orang kukus.
5. Tapi kebiasaannya memang orang kampung akan rebus dalam plastik tahan panas macam kita rebus ketupat nasi tu. 5. Rebus sehingga masak biasa dalam 40 minit – 1 jam. Biarkan sejuk.
6. Bila dah sejuk, baru boleh potong nipis dan gaul kelapa yang dicampur dengan sedikit garam. Siap.
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!