Korang yang suka sangat dengan lontong, korang wajib cuba menu lontong yang disediakan oleh Sweet Qismina, pelakon kecil molek cantik jelita ni bersama ibunya Puan Anna. Dua beranak ini sungguh serasi bersama, bukan hanya hubungan ibu dan anak tetapi kedua-duanya bagaikan sahabat baik , bila buat apa-apa mesti ingin bersama.

Sempoi Je Sweet Dengan Maknya Masak Lontong Tapi Sedap Ye.
Sebab itulah bila Sweet dapat peluang bersama ibu tercinta dalam program Rasa: Anak Emak, Anak Bapak, Sweet layan sahaja kehendak ibu yang ingin menikmati keenakan lontong kegemarannya di Johor Bahru.

Sempoi Je Sweet Dengan Maknya Masak Lontong Tapi Sedap Ye.
Tak cukup makan di kedai Puan Anna ajak Sweet masak lontong cara mereka. Seronoknya mama Sweet ajak fight siapa lagi power masak lontong. Tengok pada gaya Sweet tek kekok ke dapur tapi mana boleh lawan sifunya bula memnasak.Kalau korang nak rasa macam mana sedapnya lontong yang disediakan oleh dua beranak ini bolehlah cuba resipi titipan mereka ye…

Sempoi Je Sweet Dengan Maknya Masak Lontong Tapi Sedap Ye.
.

IKLAN

LONTONG
BAHAN-BAHAN:

  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang karot | potong memanjang 3cm
  • 8 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 3 biji cili merah | hiris
  • 2 batang serai | titik
  • 1 liter santan kelapa
  • 2 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping fucuk | rendang dan potong ikut kesesuaian
  • Suhun secukupnya | rendam dan potong 3-4cm
  • Garam secukup rasa

Bahan Goreng Separuh Masak:

IKLAN
  • 1 biji kentang | hiris serong tebal
  • 1 keping tempe | hiris tebal
  • 2 keping tauhu | hiris tebal
  • Bahan Kisar:
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu makan udang kering | rendam dan tos

CARA MEMASAK:

    1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama sedikit air dalam periuk, didihkan supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
    2. Seterusnya, masukkan santan dan bahan hirisan sayuran dan fucuk.
    3. Setelah mereneh dan bahan hirisan serta fucuk lembut masukkan pula bahan hirisan yang telah digoreng separuh masak dan suhun.
    4. Kemudian tambahkan serbuk kunyit untuk mencantikan warna kuning kuah lontong.
    5. Akhir sekali, perasakan dengan memasukkan pati ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
    6. Tutup api dan lontong sedia dihidangkan bersama nasi impit.
    7. Untuk lebih sedap, boleh tambah telur rebus, sambal tumis, serunding dan kuah kacang. Terpulang pada cita rasa.

IKLAN

Kepada korang yang ingin tengok gelagat-gelagat menarik selebriti bersama ibu atau bapa mereka di dapur, jangan lupa tonton Rasa: Anak Emak, Anak Bapat minggu seterusnya setiap hari Selasa jam 1.00 tengahari hanya di Astro Prima dan Prima HD,

Sempoi Je Sweet Dengan Maknya Masak Lontong Tapi Sedap Ye.

#majalahrasa #rasashare #rasaanakemakanakbapak #rasatvep5

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI