Jadikan ruang dapur dan pantri sebagai tempat yang penuh dengan makanan yang sihat. Melalui pemilihan yang tepat, anda mampu menyimpan makanan yang lebih berkhasiat, kurang kalori dan memiliki harga yang lebih murah. Makanan ini pula selain sihat, mampu memudahkan kerja anda di dapur. Bersifat praktikal dan mudah disediakan, menjadikan diet yang sihat bermula di dapur.
Keperluan Peti sejuk
- Buah-buahan dan sayuran: Penuhkan peti sejuk dengan buah-buahan seperti pisang, limau, tomato, epal dan sebagainya. Menu ini mudah dicapai dan boleh terus dinikmati. Bagi menjadikan amalan ini praktikal, buah seperti tembikai harus dipotong, buah anggur dicuci terlebih dahulu dan tomato boleh dibelah sebelum di simpan di dalam peti. Pastikan ia berada di bahagian hadapan agar senang dicapai.
- Keju (kurang lemak): Keju memberikan kelebihan dari segi menyediakan makanan yang sedia di makan sekali gus mendapatkan nutrisi dengan mudah. Anda boleh meletakkan kepingan keju dalam sandwic yang sihat dan enak. Di samping itu, keju boleh dijadikan bahan perasa di dalam menu utama.
- Telur atau subtitut telur: Kurangkan kolesterol dan lemak tepu dalam hidangan berasaskan telur dengan menggunakan separuh sahaja bahagian telur atau membuang bahagian kuning telur. Kolesterol yang terdapat pada telur ada pada telur kuning. Oleh itu, dengan membuang bahagian kuning telur dalam resipi, anda mampu mengurangkan jumlah kolesterol dalam menu anda.
- Susu skim: Salah satu cara untuk mengurangkan kalori, kolesterol dan lemak tepu adalah mengurangkan lemak pada susu. Caranya, gunakan susu skim, 1 peratus susu dan rendah lemak.
- Yogurt (rendah lemak): Mengambil yogurt sebagai menu sama ada diambil bersama buah-buahan atau cereal, atau tambahkan sebagai bahan dalam smoothies. Gantikan lemak dalam resipi kek, muffin atau pastri dengan menggunakan yogurt.
Makanan Sejuk Beku
- Daging ayam atau lembu: Simpan secara individu atau berasingan dalam bekas yang kecil. Ini memudahkan anda mengambil beberapa bahagian daging yang ingin digunakan dalam masakan sebagai menu utama atau digunakan sebagai perencah atau salad.
- Fillet Ikan: Ikan lazimnya dimasak dengan cepat. Bagi mendapatkan hasil yang lebih sihat, ada boleh menggunakan cara memanggang fillet ikan. Menjadikan ikan sebagai salah satu hidangan dalam diet memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Terhadap kajian yang memaparkan dengan hanya dua hidangan ikan seminggu mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung sebanyak 30 peratus.
- Kentang goreng: Kentang goreng juga boleh dijadikan bahan yang menjadi kemestian dalam peti sejuk. Asalkan anda menggunakan cara membakar dalam ketuhar berbanding cara menggoreng. Malah dengan cara membakar kentang goreng lebih cepat disediakan, enak dan pastinya sihat.
- Kentang: Kentang yang telah dimasak, mempunyai hanya 26 kalori dan mengandungi nutrien yang baik untuk tubuh. Kentang boleh disediakan dalam bentuk kentang putar sebagai hidangan sampingan atau bahan dalam pai. Kentang yang dipotong dadu boleh dijadikan bahan dalam sup.
Keperluan Pantri
Beras Perang: Beras perang diketahui memiliki kelebihan dan keistimewaan kepada kesihatan dan ia lebih baik daripada beras biasa (putih). Berdasarkan kajian yang dilakukan pihak American Journal of Clinical Nutrition, beras perang merupakan pilihan utama bagi manfaat nutrisi dan kesihatan. Bagi anda inginkan kelainan, boleh menyediakan masakan menggunakan beras perang yang dicampurkan dengan sayur-sayuran atau tomato. Anda juga boleh menjadikan beras perang sebagai bahan untuk memekatkan sup.
Bijirin: Bijirin seperti gandum penuh menjadi hidangan sarapan yang pantas dan berkhasiat. Ia juga boleh dijadikan snek yang mengenyangkan. Bagi menambah tarikan pada hidangan bijirin, anda boleh menambah yogurt atau buah-buahan.
Kekacang: Kekacang kaya dengan asid lemak dan phytochemicals. Ia boleh dijadikan sebagai hidangan snek yang sihat, tambahan kepada hidangan bijirin, yogurt dan sebagainya.
Pasta (gandum penuh): anda boleh memvariasikan jenis pasta di dalam pantri: penne, cengkerang, spagetti dan sebagainya. Pasta mudah disediakan dan membantu anda dalam menambah pengambilan gandum penuh. Walau bagaimanapun, pasta mengandungi kalori yang tinggi dan anda haruslah mengambil dalam kadar sederhana bagi memastikan pengambilan diet seimbang.
Sumber gambar: 123 royalty free
Jom dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
4 Buah-Buahan Ini Boleh Redakan Kembung Perut, Di Samping Halia…
Pastikan Kebersihan Makanan di Tahap Terbaik. Semuanya Bermula Dari Rumah Dan Ini Caranya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI