Untuk kamu yang baru-baru nak belajar memasak, cuba dulu belajar masak bihun goreng mudah dan sedap ni. Katanya nak goreng bihun ni nampak jer senang jer, tapi kalau tak kena pada gaya boleh buat bihun jadi hancur luluh atau bihun jadi getah bungkus nasi keras kejung dibuatnya. Selamat mencuba ya…

 

Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap 

  1. Jangan masukkan air banyak sangat dalam bihun yang hendak dimasak. Sebabnya kita dah rendam dia, dan bihun tu dah lembut, kalau letak air banyak masa kita nak goreng dia, alamatlah boleh jadi lembik dan hancur bihun tu.
  2. Masa tengah menumis sambal bihun goreng tu, boleh rasa sikit dah cukup manis, masin dan segala bagai tu supaya bila dah masukkan bihun, takde masalah bihun tawar atau kurang gula. Ini untuk beginner yang baru nak belajar masak..kalau yang dah profesional takda masalah nak masak bihun kan..
  3. Kalau nak mudahkan bihun tu dimakan oleh ahli keluarga terutamanya yang ada anak kecik , potong sikit2 bihun yang sudah lembut dengan sudip yang kita guna tu.Takdelah nanti bihun tu boleh buat anak tercekik sebab panjang-panjang.

 

RESIPI BIHUN GORENG RINGKAS TAPI SEDAP

Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap Dan Lembut, Untuk Beginner Baru Belajar Masak!

Bahan-Bahan:

IKLAN
  • Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin)
  • 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Setengah gengam ikan bilis ( direndam)
  • Setengah gengam udang kering ( direndam)
  • Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar.
  • Air secukupnya untuk rendam bihun.
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen)
  • Garam, gula dan perasa jika suka.
  • Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng.

Bayangkan kalau bihun kosong macam ni je dah sedap, macam mana kalau kita tambah udang, sotong atau potongan ayam atau daging ( potongan dadu kecil).Mesti lagi sedap.

Bahan-bahan Hiasan:

  1. satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
  2. satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
  3. bawang goreng atau daun sup

Cara Memasak:

IKLAN
  1. Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.
  2. Memandangkan saya ni bajet ibu dan isteri mithali, maka saya tumbuk segala mak nenek bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.Setel.
  3. Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau.Kalau ikut mak mertua saya, gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.
  4. Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.
  5. Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.
  6. Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
  7. Masukkan sedikit air.
  8. Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.
  9. Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
  10. Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
  11. Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
  12. Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi rata.
  13. Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan.

Sumber: Cik Matahariku

 

IKLAN

CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:

7 Panduan Asas Goreng Bihun Agar Hasilnya Tak Lembik & Tak Keras.

Wow Hanya 15 Minit Goreng Bihun Guna Pressure Cooker!

http://www.rasa.my/sekejap-je-siap-bihun-goreng-tomyam-nyam-nyam-untuk-di-ngap/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI