Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila berbuka, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh. Jus Limau Kasturi bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi dalam masa yang sama baik untuk melegakan sakit tekak, demam dan sakit kepala. Jom kita cuba buat Jus Limau Kasturi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Masyirah Mat Saad
JUS LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji limau kasturi – BELI ONLINE 2 sudu besar gula (ikut cita rasa) – BELI ONLINE 1 1/2 cawan air Asam boi – BELI ONLINE Ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan limau kasturi dan buang bijinya.
IKLAN
2. Kisar bersama air dan gula. Jangan terlalu lama nanti jadi pahit pula.
3. Selepas dikisar, tapis dan ambil air jusnya.
4. Hidangkan bersama ais dan asam boi.
IKLAN
5. Jika suka boleh letak sedikit hampas kulit limau kasturi yang dikisar tadi. Tabur dalam jus limau kasturi.
Jika buntu nak masak menu apa, ni ha…Telur Bungkus Ayam Tiram ni semestinya pilihan yang boleh dipertimbangkan. Menu yang sangat ringkas tapi rasanya memang sedap. Anak-anak pun pastinya suka. Pendek kata, memang tak perlu lauk lain dah. Jom cuba!
TELUR BUNGKUS AYAM TIRAM
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam hancur
100gm sayur campur
3 ulas bawang putih | dicincang
200ml sos tiram
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN TELUR ( DIPUKUL BERSAMA):
4 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan sayur campur. Kacau dan masak sehingga kering.
Kemudian, tuangkan sos tiram dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api.
Panaskan minyak di dalam satu lagi kuali, dadarkan telur dengan lebar yang sesuai.
Sudukan ayam yang telah dimasak secukupnya dan bungkus telur dengan kemas.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
Info Chef: Kuali cembung (wok) digunakan untuk mendadar telur supaya ayam tiram mudah dibungkus.
Lemak, pekat berkrim. Perghhh..Ni baru betul kopi power. Anda penggemar kopi ais? Ha..Cuba Kopi Ais Thai ni. Memang betul-betul padu. Nikmat sungguh rasanya. Kini, minuman ini anda boleh hasilkan sendiri di rumah.
Sos serbaguna ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila-bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya.
SOS PENCICAH SERBAGUNA
BAHAN-BAHAN:
1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
2kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
4. Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.
Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.