
Apabila berada di dapur, antara benda paling renyah nak buat adalah menyiapkan bahan-bahan atau orang panggil sebagai ramuan. Apa kata kita buat siap-siap bahan perencah untuk dijadian ramuan dalam makanan yang bersesuaian. Pes begini sebenarnya boleh digunakan dalam banyak masakan.
Jadi, ianya memudahkan kerja di dapur. Misalnya nak masak nasi goreng. Anda dah tak perlu nak mengupas bawang, perisi ikan bilis, menumbuk belacan dan sebagainya. Hanya tinggal tumiskan pes ini dan nasi. Kalau nak tambah sotong atau udang, itu terpulang. Senang kan?
PES BELACAN SERBA GUNA
Bahan-bahan
10 biji cili padi
2 biji cili merah (nak letak semua cili padi pun boleh)
Belacan sebesar ibu jari
Air
Minyak masak untuk menumis
2 sudu teh sos tiram
Sedikit gula
Cara memasak
1. Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan sos tiram serta gula dan masak sehingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
4. Padamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.
TIP:
1. Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
2.Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan di atas.
Selamat mencuba!
Kredit gambar & resipi: Azima Dandelion via MAHN
Cara Buat Pes Sambal Belacan Untuk Aneka Masakan Bergoreng.

Memasak jadi lebih mudah jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh dicuba ialah dengan Pes Sambal Belacan ni. Dengan adanya pes ni, kerja memasak hidangan harian seperti Nasi Goreng Kampung, Kangkung Goreng Belacan, Kailan Goreng Belacan, Bihun Goreng dan banyak lagi, menjadi lebih mudah. Hanya satu jenis pes, macam-macam boleh disediakan. Tak perlu dah nak kupas bawang, kisar cili dan sebagainya. Kerja memasak pun jadi lebih cepat. Menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azima Dandelion.
RESIPI PES SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah | nak letak semua cili padi pun boleh
- Belacan sebesar ibu jari
- 2 sudu teh sos tiram
- 3 sudu makan minyak masak
- Air
- Sedikit gula | jika perlu
CARA MEMASAK:
- Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan sos tiram serta gula ( jika perlu) dan masak hingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
- Pedamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.
Nota:
- Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
- Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan diatas.
Kredit resipi & foto: Azima Dandelion
Cara Mudah Buat Sos & Sup Steamboat Homemade.

Sedapnya steamboat homemade ni! Bagi anda dan keluarga yang bercadang nak buat hidangan ini di hari cuti ni, ini ada resipi terbaik perkongsian saudari Saba Natasha yang boleh dicuba. Buat sendiri ni bolehlah makan puas-puan. Malah, boleh jimat banyak. Jika ada adik beradik atau teman rapat nak datang ke rumah, sesuai sangat buat steamboat ni. Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Nak cuba? Ini resipi sos yang anda kena cuba.
RESIPI SOS STEAMBOAT ALA JOHNNY’S
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji cili merah (cili besar)
- 4 ulas bawang putih
- 5 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar sos ikan
- 5 sudu besar cuka epal – tak ada cuka biasa pun ok
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap – sis guna kicap kipas udang manis
- 1 sudu besar pati sunquick
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 cawan air
- garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak
- Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick ke dalam periuk
3. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.
4. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.
5. Sebelum tutup api,masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
BAHAN SUP STEAMBOAT ( STOK AYAM)
3 ulas bawang putih – ditumbuk
Sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kiub pati ayam
Tulang ayam
Garam secukup rasa – jika perlu
Hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan airdengan secukupnya.
3. Bila dah mendidih,masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam (kalau ada).
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok ayam ni dah masak,boleh la masukkan bahan-bahan steamboat ya.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Saba Natasha
1 Kuah Pecal Jadi 5 Menu Berbeza,Tak Caya Korang Kena Cuba!

Sesekali pekena pecal memang membuka selera, tapi dengan sedikit kreativiti korang boleh pelbagaikan menu yang boleh dipadankan dengan kuah pecal. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah menyediakan lebih sambal pecal untuk disimpan kerana sambal pecal tahan lama jika betul cara simpannya. Bila teringin makan kuah pecal, korang ciptalah isiannya ikut selera keluarga. Kalau tak ada idea, ini RASA kongsikan menunya.
BAHAN KUAH KACANG:
BAHAN-BAHAN:
- 600gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
- 12 sudu besar gula perang atau pasir
- 20 biji cili padi
- 8 ulas bawang putih | dihiris
- 10 ulasbawang merah | dihiris
- 3cm halia | dihiris
- 2cm isi | cekur
- 3cm belacan
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Air panas secukupnya | untuk membancuh
CARA MEMASAK:
- Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
- Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
- Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
- Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam, gula dan garam secukupnya.
- Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi. Gaul rata hingga sebati.
- Setelah siap simpan dalam bekas kedap udara,
- Bancuh kuah sambal pecal hanya bila perlu digunakan.
PECAL SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 200gmsambal pecal | resipi di atas
- 5 batang kacang panjang | dicelur dan potong 3cm
- 5 pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
- 50gm timun |dihiris memanjang
- 50gm lobak merah |dihiris memanjang
- 50gm sengkuang |dihiris memanjang
CARA MEMASAK:
- Bancuh kuah pecal dengan sedikit air suam. Kacau rata
- Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
- Masukkan bahan yang telah dicelur dan dihiris dalam mangkuk.
- Kemudian tuangkan kuah pecal dalam campuran sayur campur tadi..
- Pecal sedia dihidangkan.
PECAL MI CAMPUR SAYUR
BAHAN-BAHAN
- 200gm sambal pecal | resipi di atas
- 200gm mi kuning | dicelur
- 50gm tempe | dihiris dan goreng
- 50gm tauhu | digoreng dan hiris nipis
- 1 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
- 1 biji kentang | digoreng dan dihiris nipis
- Sedikit tauge | dicelur
- Sedikit kangkung | dicelur dan potong 3cm
CARA MEMASAK:
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat.
- Masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
- Tuangkan kuah pecal yang telah dibancuh tadi di atasnya.
- Pecal mi sedia dihidangkan.
PECAL AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm sambal pecal | resipi di atas
- 200gm dada ayam goreng | dihiris nipis
- 50gm lobak merah | diparut halus
- 50gm sengkuang | diparut halus
CARA MEMASAK:
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
- Seterusnya, masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
- Tuangkan kuah pecal yang telah dibancuh tadi di atasnya.
- Pecal mi sedia dihidangkan.
PECAL NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
- 200gm sambal pecal | resipi di atas
- 200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
- 2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
- Sedikit hirisan timun
CARA MEMASAK:
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
- Seterusnya, masukkan nangka muda dengan kangkong yang telah direbus tadi dalam pinggan.
- Tuangkan kuah pecal di atasnya.
- Pecal nangka muda sedia dihidangkan.
PECAL TELUR KENTANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm sambal pecal | resipi sama di atas
- 3 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
- 2 bji kentang rebus | digoreng dan belah empat
- 50gm lobak merah | diparut kasar
- 50gm timun | diparut kasar
CARA MEMASAK:
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
- Seterusnya, masukkan hirisan telur, kentang, hirisan lobak merah dan timun dalam pinggan.
- Tuangkan kuah pecal di atasnya.
- Pecal sedia dihidangkan..