Kali ni RASA kongsikan resipi daripada seorang ibu anak empat, Norsahida Mohamad Said. Melayan kerenah anak-anak bercuti sekolah, hidangan ringkas iaitu bubur nasi dan sambal tumbuk disediakan untuk menjamu selera. Jom tengok step by step sambal tumbuk yang dibuat. Simple, tapi nampak sedap!
SAMBAL TUMBUK
Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis
Ads
Cara membuat
Ads
Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
OK, dah siap goreng semua bahan. Nampak sedap kan? Belum siap lagi ni. Sila ke step seterusnya.
Ads
Guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!
Perggh tengok rupa sambal tempe ni dah tau sedap. Ni versi basah ada pulak ikan bilis rangup dalam sambal memang bertambah-tambah makan nasi.
Jom semak resipi sambal tempe dari Mariana Zainal ni. Ada orang suka buat kering, tapi versi basah ni lagi mantap makan dengan nasi. Pastikan ikan bili digoreng garing tau.
SAMBAL TEMPE VERSI BASAH ( resipi Mariana Zainal)
BAHAN-BAHAN : 4 peket tempe(hiris ikut suka dan goreng garing) 4 biji kentang(potong ikut suka dan goreng) 2 genggam ikan bilis (goreng garing) 2 1/2 sudu besar gula 1 sudu kecil garam Sedikit bahan perasa 1 keping asam keping 1/2 cawan air(sebaiknya air panas)
Bahan kisar: 25 pcs cili kering 1 biji bawang besar(kalo x berapa besar tambah lg 1 biji) 5 ulas bawang putih 1 cawan minyak masak (kisar halus semua bahan ini)
CARA MEMASAK : 1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.
2. Masukkan gula, garam, bahan perasa dan asam keping, masak hingga betul2 naik minyak dan sambal garing.
Sedapnya Colek Mangga Muda empat rasa ni ni. Kalau biasa anda makan manga atau jambu cicah dengan gula dan kicap je, apa kata lepas ni cuba resipi pencicah perkongsian saudari Azira Mamat ni. Bahan tak banyak tapi hasilnya memang mengecurkan liur. Selain manga muda, kalau nak cicah dengan jambu batu, jambu air, kedondong atau nanas pun boleh. Tidak perlu beli lagi kuah rojak di kedai. Buat sendiri pencicah ringkas macam ni sudah membuka selera. Selamat mencuba!
1. Satukan semua bahan-bahan diatas. Kalau nak tambah udang kering dan kacang sangai tumbuk pun boleh.
2. Gaul semua bahan hingga sebati.
3. Kuah pencicah ni biar pekat dan tak cair. InsyaAllah baru sedap.
4. Rasa colek ni masin, manis, masam, pedas semua ada. Selamat mencuba!
Kalau ada sambal, selalunya mesti selera nak makan. Lidah Melayu memang suka sambal. Makan nasi mesti nak kena ada sambal. Nah, RASA berikan 4 jenis sambal yang confirm korang akan suka. Boleh try buat sendiri kat rumah untuk bersahur nanti.
Sambal tumis telur yang sangat sedap.
BAHAN-BAHAN
• 5 biji telur ayam (direbus)
• Minyak masak
• 1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
• Air asam jawa
• 1 sudu besar kicap lemak manis
• 1 sudu besar sos cili
• Gula
• Garam
BAHAN KISAR
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Belacan
• 4 sudu besar cili kisar
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam selama 8-10 minit sahaja. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis BAHAN KISAR sehingga agak garing sedikit.
3. Masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, sos cili, gula dan garam.
4. Masukkan telur dan bawang hiris tadi. Gaul rata. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.
Resipi Oleh Suratmi Saminoh
Memang syok makan sambal tempe ni.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
BAHAN-BAHAN
30 biji cili padi merah (digoreng)
12 biji cili merah 12 (dipotong dan digoreng)
4 biji tomato (dipotong 4 dan digoreng)
5 labu bawang merah (digoreng)
5 ulas bawang putih (digoreng)
1 inci belacan 1 (dibakar)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Kacau sampai masak.
INFO
Sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam bahagian chiller 3 hingga 4 minggu pun masih okay. Korang cuma perlu pastikan, tumis cilinya sehingga betul-betul masak.
Makan telur waktu demam sering dianggap berbahaya, tapi adakah ia benar atau sekadar mitos? Ketahui fakta sains sebenar dan cara terbaik mengambil telur ketika sakit.