Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya telah berkongsi resipi membuat pau. Pau ini dikatakan sebagai pau daripada resipi ibunya. Cuma dia olah memasukkan sedikit bread softtener. Pau ini juga gebu dan sedap rasanya.
PAU GEBU
BAHAN A
1/2 peket yis
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Masukkan semua BAHAN A dalam satu bekas.
2. Kacau. Ketepikan. Tunggu sehingga adunan membuih.
BAHAN B
3 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bread softener
1/2 sudu garam
3 sudu besar minyak jagung
Ads
CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Ambik satu bekas besar. Masukkan semua bahan. Sebatikan semua bahan.
2. Apabila adunan BAHAN A sudah membuih, masukkan dalam adunan BAHAN B. Boleh mula menguli.
3. Cara menguli, masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli perlahan-lahan.
4. Uli sehingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
5. Kemudian, perap 15 minit sehingga doh mengembang.
6. Jika ada daun pisang, layurkan daun pisang di atas api seketika. Kemudian gunting bentuk bulat dan letak doh pau.
7. Canai doh, masukkan inti. Panaskan pengukus. Kukus 7 minit.
.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Kalau biasa merendang ayam dan daging. Kali ini boleh cuba kelainan rasa dengan merendang pucuk ubi pula. Boleh buat anda makan bertambah dengan resipi yang satu ini. Walaupun agak renyah membuatnya, yang penting rasanya memang ‘rare’
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | bersihkan – saya potong kasar
3 kotak santan (200ml setiap kotak) – saya campur air sama banyak dengan santan
2 bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 batang serai, cili api ikut suka pedasnya, sedikit kunyit hidup – kisar
2 helai daun kunyit | hiris halus
Segenggam ikan bilis | dibersihkan
Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak. Sebab saya nak cili api tu betul-betul masak. Kurang sikit pedasnya.
2. Masukkan santan, air dan ikan bilis. Kacau hingga mendidih dan sedikit kering.
3. Masukkan air asam jawa dan pucuk ubi. Rasa garam dan kacau selalu sehingga hampir kering.
4. Masukkan daun kunyit, gaul rata. Tunggu hingga betul-betul kering. Dah kering bolehlah dinikmati.
Sotong Bakar Thai ni memang padu habis! Ilham dari negara Gajah Putih, sekali rasa terus jatuh cinta. Lagi best kalau makan panas-panas memang layan habis! Resipi dari saudari Alia Adila Hassim ni bukan je sedap, tapi senang gila nak buat. Wajib cuba!
CARA MASAK SOTONG BAKAR THAI
BAHAN PERAPAN SOTONG:
8 ekor sotong | dibersihkan
2 sudu teh gula
1-2 sudu makan kicap manis cair
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong dan kelar jangan sampai putus.
2. Satukan bahan-bahan lain dan gaul sebati bersama sotong. Perap selama 15 minit.
3. Bakar guna air fryer pada suhu 140C selama 15 minit. Kemudian bakar lagi pada suhu 180C selama 5 minit supaya sotong jadi garing.
BAHAN SOS PEDAS THAI:
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah | cincang
7-8 biji cili padi
1 akar ketumbar
1-2 sudu teh gula kabung thai | boleh gantikan dengan gula melaka
Sos ikan @ nampla secukupnya
3-4 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 pokok daun ketumbar | cincang halus
Sedikit air suam
Garam jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih, cili padi, akar ketumbar dan gula kabung thai hingga lumat.
2. Campurkan dengan jus limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan daun ketumbar Gaul sebati. Jika kuah agak pekat, tambah air suam.
3. Rasa sosnya. Pastikan seimbang rasa masam, manis, pedas dan masin.
Dah bosan makan masak lemak dan rendang tapi terasa nak makan lauk ayam yang pedas dan ada kuah sikit. Kalau terasa nak makan lauk begini boleh cuba resipi ayam cili padi bersantan. Sesuai sangat untuk yang suka hidangan pedas. Cara membuatnya dikongsi oleh Cik Ena Rahman.
Resipi ayam cili padi bersantan
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam – gaul dengan garam, kunyit dan goreng
1/2 kotak (kecil)
1 keping asam keping
1 batang sera -diketuk
Daun kunyit -dimayang halus
Sos tiram
Garam, gula, serbuk perasa
Bahan dikisar
10 tangkai cili padi
10 tangkai cili besar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan kisar.
2. Selepas pecah minyak bahan yang ditumis masukkan santan, serai, dan asam keping. Kacau sebati.
3. Kemudian boleh masukkan sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa. Selepas bahan-bahan yang ditumis pekat boleh masukkan ayam goreng tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan daun kunyit dan gaul lagi. Jika mahu kuah pekat tak perlu tambah air. Biarkan dalam dua minit kemudian boleh tutup api. Hidangkan.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!