Tak salah pun raya-raya makan sambal tempoyak. Asyik makan rendang je kan. Kalau tiba-tiba rasa kurang berselera, cuba buat sambal ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
Ads
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Suka makan nasi bersama sambal tumbuk bilis? Anda boleh cuba Sambal Tumbuk Bilis Rebung Kantan ni. Istimewanya sambal ni tak guna bunga kantan tau sebaliknya menggunakan rebung kantan. Wow..Mesti sedap & padu. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Aisyah ni. Nampak rare!
SAMBAL KANTAN
BAHAN-BAHAN:
2 pucuk rebung kantan
Cili kampung secukupnya – ikut kepedasan yang disukai
1 ulas bawang putih
3 biji limau Kasturi – ambil jusnya
Bilis goreng secukupnya – anggaran segenggam kecil
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan cili kampung, bawang putih, rebung kantan, garam dan perasa. Tumbuk lumat.
2. Kemudian perahkan jus limau nipis. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga lumat sekali lagi.
Buat sambal tumis udang ada kalanya tak menjadi disebabkan kesilapan menumis atau terkurang bahan-bahannya. Kali ini RASA ingin berikan resipi memasak sambal tumis udang yang gerenti sedap dan cantik warnanya.
Resipi ini dikongsikan oleh Sue Sera Saira di laman facebooknya. Jom kita tengok resipi sambal tumis udang ini.
SAMBAL TUMIS UDANG GERENTI JADI
BAHAN-BAHAN
30 ekor udang
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak secukupnya
1 labu bawang besar (dimayang, potong bulat)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 mangkuk cili giling
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam halus
Sebesar ibu jari asam jawa (diramas dengan sedikit air)
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan udang. Kemudian gaul udang dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak masak. Goreng udang seketika supaya udang kenyal dan tidak lembik. Angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak masak yang sama. Goreng bawang besar dan bawang putih yang dimayang tadi.
4. Selepas naik bau, masukkan cili giling. Tumis dengan api perlahan sehingga cili elok masak kemerahan.
5. Masukkan gula dan garam. Biarkan tumisan pecah minyak. Kemudian masukkan pula air asam jawa.
6. Akhir sekali, masukkan udang yang sudah digoreng tadi. Kacau sekata. Bolehlah dihidangkan.
Nampak sedap, kan?
Tip: Udang yang digoreng terlebih dahulu sebelum dibuat sambal akan rasa lebih manis dan isi udang lebih kenyal.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!