Tak tahu nak masak apa dengan daging kambing yang sudah lama terperap di dalam peti sejuk? Cuba masak kambing dengan sos lada hitam. Terbayang-bayang keenakannya, lagi-lagi dimakan sewaktu panas. Memang feel habis! Resipi yang dikongsi oleh Rafizah Muhamad ini memang wajib anda cuba!
RESIPI KAMBING GORENG SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
3 keping potongan daging kambing
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap
Secubit serbuk kunyit
Secubit gula
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
Ads
1. Keluarkan 3 potongan daging kambing dari peti ais. Basuh sedikit dan masukkan semua bahan ketika daging masih beku.
2. Perap sehingga hilang beku.
3. Bila daging dah lembut, potong kecil-kecil. Ikut suka nak besar mana. Saya potong guna gunting je.
Ads
4. Masukkan 2 sudu minyak makan ke dalam kuali.
5. Minyak dah panas, masukkan semua daging dan sos.
Ads
6. Goreng sehingga sos kering dan daging nampak garing sedikit.
Berangan nak buat Ayam Gunting Rangup macam beli kat Pasar Malam? Boleh je dan tak susah, anda ikut cara yang dinyatakan dalam resipi ini. Gerenti jadi dan lepas ni tak kalau anak-anak nak makan Ayam Gunting tak perlu lah nak ke Pasar Malam, buat je sendiri, senang cerita, jimat dan sedap.
AYAM GUNTING RANGUP BAHAN-BAHAN:
1-2 keping isi dada ayam | hiris nipis dan lebar
1 sudu teh serbuk lada sulah. 1 cawan tepung serbaguna (saya guna tepung bistari 1 sudu teh soda bikarbonat 1 biji telur Secubit garam.
CARA MEMBUAT:
Isi ayam yang telah dihiris nipis dan lebar digaukan dengan serbuk lada sukah.
Campurkan tepung serbaguna bersama soda bikarbonat, gaul rata.
Masukkan isi ayam ke dalam bekas berisi tepung, gaulkan isi ayam dengan tepung serbaguna tadi hingga rata (isi ayam diselaputi tepung sepenuhnya).
Kemudian celupkan dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam.
Selepas itu, masukkan semula dalam bekas berisi tepung tadi, gaul rata sekali lagi.
Panaskan minyak yang banyak ( boleh guna periuk), goreng isi ayam dan pastikan ia tenggelam dalam minyak panas sepenuhnya.
Setelah garing dan ayam goreng bertukar warna keperangan, angkat dan toskan.
Kemudian gunting dan taburkan sedikit serbuk cili jika suka pedas.
Hidangkan panas-panas untuk mendapatkan kerangupannya.
Sumber : Salimah Olie
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sebut pasal kari, ada macam-macam versi kari, tapi kali ini kita cuba kari Kambing Vandaloo. Kari ala India ini memang sedap, tidak terlalu ‘kaw’ rasa karinya, sesuailah dengan tekak Melayu. Soal rasa memang sedap dan boleh cuba, sebab berbaloi dengan rasanya…
KAMBING VANDALOO
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing-potong dadu
1 biji tomato-kisar
3 tangkai cili merah -kisar
1 tangkai daun pudina-kisar
3 pokok ketumbar-kisar
4 ulas bawang merah-hriis
4 ulas bawang putih-hiris
3cm halia-hiris halus
1batang serai-titik
3 sudu besar rempah kari
Rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelage)
250gm yogurt
200 ml susu segar
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan daging kambing dengan tepung dan perahan limau nipis, Gaul rata dan bersihkan dengan air. Kemudian tos.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, bersama serai dan bahan hiris hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar bersama rempah kari, kacau rata sehingga pecah minyajk.
Masukkan pula daging kambing, kacau hingga daging kecut.
Tuangkan susu cair bersama yogurt dalam masakan, kacau rata.
Kecilkan api, biarkan mereneh hingga pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringin nak makan singgang, ini ada empat singgang berlain cara masak yang korang boleh cuba. Kesemuanya senang sangat nak dimasak. Paling penting ia sedap dan segar, kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Sedapnya hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang berbaloilah masak. Tak percaya korang boleh cuba.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!