Seronok bila Abam Bocey melayan ibunya Puan Sabariah Arshad mencari lauk kegemaran ibunya Itik Salai Masak Lemak Cili Padi di sekitar Negeri Sembilan dalam program Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod 7.

Sedapnya, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi  Cara Abam Bocey  Ni.

Nampak sedap dan rasa lapar tengok dua beranak ini menghadap bermacam jenis gulai lemak cili padi, dari ikan, daging salai, ayam sampailah itik. Pengemar gulai lemak cili padi mesti terliur tengok. Tak cukup makan di restorn, Puan Sabariah begitu manja minta Abam masakannya Itik Salai Masak Cili Padi. Abam pulak jenis tak sampai hati, layan je permintaan ibu. Sangguh Abam Bocey mencari itik salai , kemudian ke pasar mencari santan dan bahan-bahan untuk menyediakan permintaan ibunya.

Sedapnya, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi  Cara Abam Bocey  Ni.

Kalau dah namanya anak emak, masak pun mesti ibu kena ada duduk di sebelah baru Abam yakin masak Dengan sedikit bantuan ibu Abam nampak sempoi masak Itik Salai Masak Lemak Cili Padi istimewa untuk ibunya untuk dijadikan bekal makan sambil berkelah di Pantai Port Dickson bersama menantu dan cucunya. Sungguh meriah keluarga kecil ini berkelah sambil makan-makan.

IKLAN

**media[]**

Puan Sabariah puji Itik Salai Masak Lemak Cili Padi yang dimasak oleh Abam sedap, walaupun resipi masak lemak cili padinya sedikit berbeza dengan resipi masak lemak cili padi orang Negeri Sembilan sebenarnya yang langsung tidak menggunakan bawang. Bagi Abam itu resipi yang dipelajari dari ibunya. Malah Abam petua ibunya dengan memasukkan Belimbing Besi mengantikan asam gelugor, dengan tujuan membantu mengempukkan daging itik salai.

IKLAN

Korang yang nak cuba atau tertinggal menoton Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod 7, ini dikongsikan resipinya.

Sedapnya, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi  Cara Abam Bocey  Ni.

ITIK SALAI MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor itik salai |potong sederhana
  • 1 liter santan
  • 1/2 sudu makan kunyit serbuk
  • 3 batang serai
  • 1 helai daun kunyitDaun kunyit
  • 10 biji belimbing buluh
  • 1 mangkuk rebung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 3cm halia
  • 20 biji cili padi
  • Cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Tumis bahan kisar, hingga wangi, masukkan serbuk kunyit.
  3. Kacau rata, baru masukkan itik salai.
  4. Kacau lagi hingga itik sebati dengan bahan tumisan.
  5. Seterusnya masukkan santan, kacau dan biarkan mereneh.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan belimbing, daun kunyit dan rebung.
  8. Apabila cukup rasa, tutup api.
  9. Itik Salai Cili Padi sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI