Pernah dengar lauk Masak Lada? Lauk orang Melaka yang ramai tak tau. Mungkin sebab menu ni terlindung di belakang populariti asam pedas. Kasihan kan. Sedap, tapi tak ramai orang tau. Ni kirakan unsung herolah.
Menurut perkongsian daripada Naros Naib, Masak Lada ni seakan-akan rasa asam pedas tapi sedikit berempah sebab guna jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar. Warnanya pula sedikit kecoklatan. Mungkin ada rasa macam asam pedas Johor yang masukkan lada hitam tu.
MASAK LADA IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari 4 biji bawang merah – beli online di sini 3 ulas bawang putih –beli online di sini 2 inci kunyit hidup Belacan (lebih kurang macam dalam gambar) – beli online di sini 2 batang serai 3 helai daun limau purut 2 sudu makan kerisik – beli online di sini 3 sudu makan cili kisar – beli online di sini 1.5 liter air asam jawa Garam secukup rasa Serbuk perasa (pilihan) Minyak untuk menumis Bendi secukupnya
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISANGAI DAN DIKISAR HALUS:
1.Cuci bersih ikan pari. Saya perapkan sekejap dengan asam jawa dan air limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
Ads
2. Bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan ni tumbuk halus. Kalau nak kisar, boleh saja. Tak ada masalah. 3. Serai tu jangan dikisar. Cukup sekadar titik untuk keluarkan aromanya. Daun limau purut pula siat-siatkan. Buang batang tengahnya. 4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk halus. Masukkan juga serai yang dititik.
5. Kacau kesemuanya sehingga naik bau dan hampir garing.
6. Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar halus. Saya kisar kasar-kasar sebab suka tekstur macam tu.
7. Kacau bahan-bahan tumisan hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau.
8. Apabila cili kisar hampir garing, masukkan daun limau purut. Kacau lagi.
9. Setelah cili cukup garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Kacau hingga semua sebati.
Ads
10. Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Kacau lagi.
11. Tunggu sehingga kuah mendidih sekali lagi. Dari semasa ke semasa, kacau kuah perlahan-perlahan.
12. Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan kerisik dan kacau.
*Sebenarnya resipi original masak lada ni tak guna kerisik. Sebaliknya guna kelapa bakar. Kepingan kelapa tua dibakar, kikis dan diparut atau dihiris halus. Lepas tu tumbuk halus jadi tekstur macam kerisik. Dah siap tu campur ke dalam kuah. Rasanya lagi sedap dan wangi. *Saya gantikan dengan kerisik untuk memudahkan. Sekarang ni kan susah dah nak dapat kelapa. Lagipun, rasanya tak lah jauh lari. Masih ‘on point’.
13. Apabila kerisik dah mesra dalam kuah, masukkan garam dan bahan perisa (jika suka). Kacau lagi.
Ads
14. Akhir sekali, masukkan bendi. Kalau tak ada bendi, boleh juga masukkan terung. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit. Saya suka bendi yang tak lembik, sebab tu tak biarkan lama sebelum tutup api. Terpulanglah kepada selera masing-masing.
* Sebelum tutup api, rasa kuah tu, cukup tak rasa garam, masam, rempah dan pedasnya. Kesemua rasa tu kena seimbang tau. Baru sedap. Hishh…kecur pulak air liur ni. Terbau-bau wangi daun limau purut bergabung dengan serai dan rempah-rempah tumis tu.
Kali ini RASA kongsikan resipi ayam cripsy dengan cita rasa Korea. Lagi sedap kalau buat sendiri kat rumah. Puas makan. Nak buat pun senang je.
AYAM KOREA CRISPY
Bahan-bahan
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak
• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan
Cara membuat
1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.
3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.
6. Masukkan bijan dan gaul sebati.
8. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Selain mudah disediakan sup juga menjadikan daging dan tulang lebih segar bila dinikmati. Sesuai dipadankan dengan nasi mahu pun roti atau pelbagai jenis mi.
Kepada anda yang menggemari sup, RASA bawakan tujuh jenis sup dari sup tulang rawan, ekor, gear box, rusuk, keting dan beberapa lagi.
Wau sedapnya ! kalau ditambah dengan sedikit sambal kicap. Memang berpeluh menghirup kuah sup. Apa lagi cubalah salah satu sup yang berkenan dengan selera anda dan keluarga.
1. SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rawan
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 batang serai | titik
Daun sup secukupnya | hiris halus
Daun bawang secukupnya | hiris halus
Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit ,minyak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
Sup sedia untuk dihidang.
2. SUP URAT KETING
BAHAN-BAHAN:
1kg urat keting
3 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRIS:
4cm halia
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
BAHAN LAIN:
Daun sup | hiris
Daun bawang | hiris
Bawang goreng
Sambal kicap
CARA MEMASAK:
Rebus urat keting dan rempah sup dalam preasure cooker hingga empuk.
Goreng bawang besar,putih dan halia hingga garing.
Sempena Hari Malaysia esok apakah tanda kita menghargai negara kita? Pastinya dengan hidangan menu istimewa yang berwajah Malaysia boleh kita hidangkan buat keluarga tercinta. Jom buat Red Velvet Ice Cream Float Versi Jalur Gemilang. Enaknya dimakan sejuk-sejuk. Rasanya sedap, creamy macam aiskrim betul. Bolehlah cuba buat ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Al Fatihah.
RED VELVET ICE CREAM FLOAT Bahan-bahan:
300 gm biskut marie munchys -dipatahkan
1 1/2 cawan non dairy whipping cream
pewarna merah, biru dan kuning
4 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh red velvet emulco
Cara membuat:
1.Pukul non dairy whipping cream hingga kental. Simpan dulu di dalam peti sejuk.
2.Blend biskut marie hingga halus.
3.Cairkan marjerin/butter dengan 2 sudu teh pewarna merah. Campurkan ke dalam biskut dengan red velvet emulco sekali. Blend semula hingga warna sebati dengan biskut.
4.Bahagikan fresh krim kepada 4 bahagian. Masing-masing dicampur dengan pewarna merah, biru dan kuning, satu bahagian dibiarkan putih/plain. Masukkan ke dalam piping bag.
5.Picit krim putih dulu ke dalam cup. Diikuti dengan biskut. Layerkan langkah yang sama hingga 3/4 penuh cup. Picit pula krim biru. Akhir sekali, picit krim kuning menjadi bentuk bulan dan bintang. Simpan di dalam peti sejuk.