Sedap & Tak Muak. Puding Roti Sos Kastard Ni Memang Best.

Share

Bulan puasa memang sedap kalau dapat berbuka dengan Puding Roti Sos Kastard. Resipi perkongsian saudari Nurul Shafira ni antara yang paling mudah untuk dihasilkan. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun tak banyak malah senang nak dihasilkan. Bolehlah cuba nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA BUAT PUDING ROTI SOS KASTARD

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping roti sandwich
    – potong empat segi
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu makan gula
  • Buah campur kering secukupnya – rendam dengan air panas (boleh abaikan jika tiada)
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

1. Satukan susu cair, telur, esen vanilla dan gula. Kisar hingga larut.

2. Kemudian sapukan mentega pada roti dan juga pada loyang.

3. Susun kepingan roti dalam loyang dan tuang bahan kisar tadi. Tekan-tekan roti supaya meresap cecair tadi.

4. Tabur buah-buahan kering dan kukus selama 30 minit.

BAHAN SOS KASTARD:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 4 1/2 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung kastard ke dalam air. Kacau rata.
  2. Kemudian campurkan semua bahan dan masa katas api perlahan. Kacau hingga sos menjadi sedikit pekat.
  3. Angkat dan sedia dinikmati bersama puding roti.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Shafira

 

ANDA JUGA KENA CUBA:

 

IKLAN