Banyak menu boleh diolah dari roti, asalkan kreatif semua boleh buat. Misalnya, roti dilenyek jadi nipis boleh buat  kulit samosa dan didadu kecil kemudian gaul dengan telur campur bahan lain dan boleh menjadi cucur. Hasilnya memang terbaik, mak-mak kalau buat ni, anak-anak mesti suka.

Sedap Sungguh, Samosa & Cucur Dari Roti Ni.

SAMOSA INTI KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1 paket roti putih
1 sudu tepung | campur dengan sedikit air
Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN UNTUK INTI KENTANG
3-4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil
100gm daging kisar
1 biji bawang Holland | potong dadu kecil
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit air

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi.
3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar.
5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang.
6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang.
7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan.
10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis.
11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti.
12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi.
13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap).
14. Setelah siap karipap sedia digoreng.
15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan.
16. Karipap sedia dihidangkan.

INFO : Selain inti kentang, jika ada lebihan sambal bilis atau rendang boleh juga dijadikan inti.

IKLAN

Sedap Sungguh, Samosa & Cucur Dari Roti Ni.

BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk.
2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti.
3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata.
4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut.
5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan.
6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan.
7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey.
8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.

CHEF: Selain sosej anda boleh juga cincang isi ayam, udang atau ketam. Ikut cita rasa.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI