Kerala adalah sebuah daerah yang terletah di utara India. Terkenal dengan masakan menggunakan kelapa, santan, pelbagai rempah ratus dengan aroma dan warna yang amat menarik serta rasa yang sungguh lazat.
Jadikan kari ayam kampung Kerala nih kalau jadikanjuadah sahur pun sedap sangat nih Lagi pula makan dengan capati, memang terbaiklah.
KARI AYAM KAMPUNG PEKAT KERALA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung- dipotong kecil dan dicuci bersih.
2 biji bawang merah besar-dihiris
1 sudu makan halia-ditumbuk halus
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah ketumbar
2 biji tomato-dipotong kecil
2 biji cili hijau-dipotong empat
*5 biji gajus
*5 biji badam
*3 biji buah keras
*2 sudu makan serbuk kas kas
*2 sudu makan kelapa
2 helai bay leaf
1 batang kayu manis
2 biji pelaga
2 kuntum cengkih
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak kelapa (gunakan minyak kelapa untuk kekalkan rasa kari ayam cara Kerala tapi boleh tukar dengan minyak biasa)
Daun kari segenggam
Sedikit daun ketumbar dan pudina
SEMUA TANDA (*)DIKISAR DENGAN SEDIKIT AIR.
Ads
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak kelapa dalam kuali dan masukkan bay leaf, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sampai bau wangi.
Selepas itu masukkan bawang dan daun kari, tumis sampai layu.
Masukkan halia yang sudah ditumbuk dan cili kering kisar. Tumis lagi sampai wangi dan masukkan tomato, cili hijau, semua rempah dan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak dengan api paling perlahan.
Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam kampung tadi dan gaul sebati. Tutup kuali dengan penutup sampai ayam masak. Ayam kampung ambil masa untuk masak jadi masak dengan api kecil sampai masak ayam. Tidak perlu tambah air sebab air dari ayam sudah cukup.
Tambahkan garam secukup rasa.
Akhir sekali taburkan daun pudina dan daun ketumbar..
Siap untuk makan bersama nasi putih, chapati atau roti putih.
INFO: Resipi yang sama boleh digunakan untuk masak kambing dan gunakan periuk tekanan tinggi dengan air yang minima sebelum campurkan dengan rempah diatas dan masak seperti biasa.
CHAPATI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung atta alagapas
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak zaitun
1/4 air suam (atau secukupnya sampai boleh bentuk doh lembut tidak melekat dekat tangan)
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, minyak dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
Selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit sampai boleh bentuk doh yang tidak melekat dekat tangan dan boleh dibentuk bulat.
Masak chapati atas kuali leper tanpa minyak. Selepas masak sapukan ghee atau butter pada permukaan chapati dan simpan dalam hot box.
1. Bentukkan chapati bulat-bulat.
2. Doh yang dibulatkan di masak atas kuali leper. Selepas ada dot dot dekat atas baru terbalikkan. Jangan tekan dengan sudip pada masa ini.
Ads
3. Selepas terbalikkan tunggu dalam 2 saat.
3. Terbalikkan lagi dan baru tekan dengan sudip kayu di bahagian tengah dan tepi chapati supaya chapati kita kembung.
4.Masak kedua dua belah sampai kembung macam ini.
Ads
5. Chapati ketika masak mesti berpisah macam nie untuk lembut.
6. Chapati kembung dengan elok dan boleh sapu ghee atau butter. Simpan dalam hot box atau roll dengan aluminium foil untuk kekal panas.
Dakgangjeong bermaksud ayam rangup manis (sweet crispy chicken) yang berasal dari Korea. Resipi ini diperlengkapkan dengan gochujang atau pes cili Korea. Namun pengguna facebook bernama Ilyana Isa ini telah mengolahnya menjadi satu resipi istimewa dengan cita rasa Melayu. Malah turut menarik minat anak-anak untuk menikmatinya.
Jadi, korang pun boleh cuba resipi ini untuk menambah selera anak-anak makan. Jom kita tengok resipi yang Ilyana kongsikan.
DAKGANGJEONG
(SWEET CRISPY CHICKEN)
Bahan Ayam
Ayam bahagian kepak (potong 3)
Garam
Lada hitam
Tepung jagung
Tepung naik sendiri
Tepung beras
* kalau tiada tepung naik sendiri, boleh guna tepung biasa dan sedikit baking powder.
Cara membuat
1. Gaul kepak ayam dengan garam dan lada hitam. Salutkan dengan tepung. Genggam kemas ayam supaya tepung melekat pada ayam. Tepung tidak perlu dibancuh dengan air.
2. Goreng kepak ayam dengan minyak sederhana panas sehingga masak.
3. Toskan kepak ayam. Biarkan sekejap kepak ayam dalam 15 minit supaya jus ayam keluar sikit.
4. Goreng kepak ayam sekali lagi dengan minyak yang betul-betul panas sehingga garing.
Nota: Kepak ayam perlu digoreng dua kali supaya kepak ayam betul-betul rangup. Ini juga menjadikan tepungnya garing dan tidak lembik lepas salut sos nanti.
Bahan sos manis pedas
Minyak masak untuk menumis
Bawang putih (cencang halus)
Cili kering segenggam (buang biji dan potong-potong)
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar cuka
Cara membuat
1. Tumiskan bawang putih dan cili kering.
2. Tambah kicap, sos tomato dan gula perang.
3. Masak sehingga likat berkilat.
4. Masukkan cuka.
5. Gaulkan kepak ayam dengan sos sehingga rata.
6. Angkat dan hidangkan.
7. Tabur sedikit bijan sebagai hiasan.
Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya. Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan gula
1 cawan Air
Setengah sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
Resipi ayam varuval ini. Aromanya pun dah buat periuk berkeroncong. Belum makan lagi.
Masakan kaum India ini antara masakan yang digemari ramai tanpa mengira bangsa. Apa kata hari ni layan selera masakan India pula. Boleh cuba masak untuk berbuka atau sahur nanti. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sheena Supraini ye.