
Sedapnya Singgang Pedas Ikan Kerisi ni. Makan bersama nasi panas dan ulam-ulaman, memang membuka selera. Terdapat pelbagai versi singgang ikan tetapi resipi yang dikongsi oleh saudari Hanieliza Kamarudin adalah berasal dari Terengganu. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK SINGGANG PEDAS IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan kerisi
- 5 biji cili padi
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas
- 1/2 inci kunyit
- 3 cawan air
- 5 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- 2 kuntum bunga kantan | belah 2
- 8 tangkai daun kesum
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan kerisi dengan membuang sisik. Basuh bersih dan kelar.
2. Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit. Hidangkan.
Kredit resipi & foto: FB Hanieliza Kamarudin
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
https://www.rasa.my/lauk-campak-campak-kuoh-singgang-ikan-tenggiri-cara-terengganu-3/
4 Jenis Singgang Super Senang & Sedap, Sesuai Untuk Sahur Ni.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Air Asam Paling Sedap Untuk Ikan Bakar.

Tercari-cari resipi Air Asam paling sedap? Ini resipi yang anda kena cuba. Air asam ni kalau kena dengan nasi panas, ulam dan lauk ikan bakar, memang bertambah nasi di pinggan. Lebih-lebih lagi jika ianya resipi air tangan orang tua dulu-dulu. Memang padu. Walaupun hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau berkongsi resipi air asam yang diwarisi dari arwah neneknya. Mesti sedap! Ada pula ikan bakar. Fuhhh… Jom cuba!
RESIPI AIR ASAM PUSAKA & IKAN KETUKA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- Ikan ketuka/ pari – siang bersih
BAHAN AIR ASAM:
- 4 ulas bawang putih – dibakar
- 6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
- 1 1/2 inci belacan – dibakar
- Beberapa biji cili padi
- 2 biji limau nipis saiz besar
- 3/4 sudu makan gula
- 3/4 sudu teh garam
- 3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
- 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan bara dan bakar ikan ketuka/pari tanpa garam hingga masak dan garing pada kedua-dua belah. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
3. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
4. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
5. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
INFO: Selain ketuka atau pari, pencicah air asam ini juga sesuai dinikmati dengan aneka ikan bakar yang lain.
Gabungan Lazat Ikan Percik & Kerabu Jantung Pisang: Menu Kampung Pembuka Selera

Isi Kandungan
ToggleTak ada yang lebih menggoda selera selain hidangan lauk kampung asli yang segar dan penuh rasa. Resipi gabungan Ikan Percik Terengganu bersama Kerabu Jantung Pisang ini memang pilihan terbaik untuk makan tengah hari atau jamuan santai bersama keluarga.
Resipi asli yang dikongsi oleh Muliadi Ramli ini mudah diikuti dan memberikan hasil yang padu – kuah percik pekat beraroma, ikan kembong bakar yang wangi, serta kerabu segar yang menyegarkan!
IKAN GOLEK @ PERCIK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembong saiz besar (dibersihkan, dilumur kunyit & garam)
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
1 sudu besar halba
½ keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
Perasa (optional)
2 asam keping
½ sudu besar tepung ubi (penambah kilauan pada kuah)
BAHAN KUAH PERCIK:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 cili kering (buang biji, rendam air panas)
2 batang serai (1 diketuk, 1 dimayang untuk kisar)
Belacan sebesar hujung jari
CARA MASAK:
Kisar semua bahan kuah kecuali serai yang diketuk. Tuang santan dan panaskan hingga mendidih dengan api sederhana.
Masukkan serai yang diketuk, kacau selalu supaya tidak pecah santan.
Bila mendidih, masukkan bahan kisar, kacau sebati. Tambah gula Melaka, garam, asam keping dan perasa
4. Kecilkan api dan terus kacau hingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Masukkan halba, kacau lagi dan tutup api.
5. Bakar ikan kembong (saya sarankan guna dapur arang untuk aroma smoky terbaik) hingga separuh masak.
6. Sapukan kuah percik ke ikan sambil dibalik-balikkan supaya kuah rata dan ikan tidak hangus.
7. Bakar hingga ikan masak sepenuhnya dan kuah pekat menyerap ke dalam ikan.
8. Hidangkan ikan percik bersama kuah untuk celupan extra sedap!
KERABU JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang (dibuang kulit keras, potong dan direndam air garam, rebus dengan asam keping hingga empuk)
2 cawan kelapa parut muda
3 ekor ikan selayang (bakar atau rebus, ambil isi)
1 genggam ikan bilis goreng rangup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
1 batang serai (ditumbuk halus)
5 biji cili padi (hiris nipis)
1 biji limau nipis
Garam, gula dan perasa secukup rasa
3 batang kacang panjang (potong kecil)
CARA-CARA:
Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan isi ikan ke dalam tumbukan, kacau rata.
Panaskan kuali, goreng kelapa parut muda hingga kering airnya, jangan sampai berubah warna.
3. Campurkan isi ikan tumbuk bersama kelapa goreng, aduk rata.
4. Masukkan jantung pisang yang sudah direbus dan kacau hingga semua sebati.
5. Tambah garam, gula dan perasa. Masukkan kacang panjang, gaul sebati.
6. Hidangkan kerabu di dalam mangkuk, taburkan cili padi dan perah limau nipis untuk rasa segar dan pedas.
Jangan tunggu lagi! Mula sediakan bahan dan cuba resipi gabungan Ikan Percik & Kerabu Jantung Pisang ini hari ini juga. Kongsikan pengalaman anda di media sosial dan tandakan kami untuk kami lihat hasil masakan anda! Selamat memasak dan menikmati hidangan lazat warisan kampung.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
3 Versi Masak Patin Yang Super Sedap Selain Masak Tempoyak.

Berita baik untuk penggemar ikan patin, selain masak asam tempoyak banyak lagi menu lain yang boleh korang cuba. Ini ada tiga menu lain ikan patin yang wajib cuba sebab sedap dan memang boleh layan rasanya.
IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskan
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit garam galus
- 2 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 batang serai | hiris halus
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
- Gaul rata dan tutup api.
- Sambal ikan patin sedia dihidangkan.
IKAN PATIN KUKUS
- BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin (lebih kurang 300gm) - 2 biji limau nipis
- 1 biji bawang Holland
- 3sm halia-kisar
- 3 biji bawang putih-hiris
- 5 biji cili padi-titik
- 2 sudu sos tiram
- 1 tangkai daun bawang-hiris
- 1 tangkai daun ketumbar-hiris
- Garam dan gula
CARA MASAK:
1.Bersihkan ikan dan masukkan dalam loyang.
2. Dalam bekas lain, bancuh sos tiram, air, garam, dan curahkan atas ikan.
3.Taburkan hirisan bawang dan halia
4. Kemudian perahkan limau.
Kukus selama 15 minit.
KARI IKAN PATIN
BAHAN -BAHAN:
- 1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
- 250ml susu rendah lemak
- 150gm yogurt
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 2 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan halba campur
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
- 1 biji tomato | belah empat
- 1 biji terung bulat | belah empat
- 2 biji cili hijau | belah dua
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
Bahan Hiris:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan patin dan toskan.
- Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
- Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
- Kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
- Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
- Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
- Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.