Pernah cuba Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras? Resipi yang dikongsi Puan Moganavallay Nagarajan ini, boleh dikatakan snek atau kuih yang sedap dan dihidang ketika perayaan Deepavali. Sempena Deepavali yang bakal menjelma, RASA kongsikan resipi Ketti Urundai yang mudah yang boleh anda cuba. Jom kita buat!
RESIPI KETTI URUNDAI @ KUIH BEBOLA KERAS YANG SEDAP & MUDAH
CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar kacang hijau pertama kali dan buang kulit. Selepas tu kisar sekali lagi sehingga 90% halus.
2. Buang kulit kacang tanah dan kisar kasar.
3. Kemudian, kisat beras sehingga 90% halus.
4. Gaul sama semua bahan (tinggalkan sedikit tepung beras untuk guna kemudian) dalam satu bekas bersama kacang dhal kuda. Ketepikan dahulu.
5. Masak sira gula merah.
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan sira gula merah yang masih panas dalam adunan. Gaul cepat-cepat dan buat bebola sederhana besar.
2. Jaga-jaga tau, kita cuma boleh buat bebola semasa sira gula merah masih panas. Selepas sudah buat bebola, golek-golekkan bebolanya dalam tepung beras yang diasingkan tadi.
3. Kena pandai agak masa untuk buat bebola ni (untuk senangkan proses ini, biar ada pembantu)
4. Ulang proses ini hingga habis. Siap.
Ads
*Untuk 2kg kacang hijau, dapat lebih kurang 100 biji Kuih Keras/Ketti Urundai.
Jika ada kentang di dapur, boleh olah menjadi Jejari dan Bebola Kentang. Resipi mudah dan ringkas 2-dalam-1, tak perlu banyak bahan, tapi sedap dan berbaloi.
Buat kudap-kudapan ataupun minum petang menggunakan kentang ini memang sedap. Ini yang memudahkan ibu-ibu dalam menyediakan kudapan untuk anak-anak.
Jom cuba resipi perkongsian daripada Shai Anne Ahemed dalam menghasilkan Jejari dan Bebola Kentang ini. Berbaloi buat sebab satu resipi boleh menghasilkan dua menu.
Tortilla Mini Nuget Ayam ni sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sangat mudah sahaja cara penghasilannya. Sekali buat, boleh makan satu keluarga. Kalau buat untuk sarapan, minum petang malah sesuai juag untuk sajian makan malam bagi anda yang mahukan sajian yang lebih ringkas. Kombinasi perlbagai bahan sebagai inti, membuatkan hidangan ini begitu mengenyangkan sekali. Nak cuba buat? Saudari Jaja Ramliada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MEMASAK: 1. Goreng nuget ayam hingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan. Boleh juga guna nuget kegemaran yang lain.
2. Petua daun salad supaya tahan segar lebih lama, rendamkan dengan air garam dalam 2-3 minit. Kemdian toskan.
3. Sos cili dan mayones yang diletak dalam botol supaya lebih senang untuk digunakan.
4. Panaskan tortilla terlebih dahulu dalam kuali. Terbalikkan dalam beberapa saat kemudian lipat sebegini supaya nampak garisan. Nanti senang nak potong 2.
5. Buat seperti ini supaya dapat tortilla saiz mini.
6. Letak Roti wrap pada kedudukan sebegini. Letak mayones dan sos cili atau apa sahaja sos kegemaran.
7. Letak daun salad, nuget dan letak lagi mayones dan sos cili.
8. Lipat roti wrap begini.
9. Jika mahu nampak kelainan, boleh bungkus wrap guna kertas burger. 10. Ambil sekeping kertas pembalut burger kemudian potongkan pada 4 bahagian dan lipat.
11. Untuk lebih kemas, letak salotape di hujungnya.
12. Mini Tortilla Nuget Ayam siap disediakan. Sedia untuk dinikmati.
Malaysia dilanda demam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10! Fuhh, memang dasyat penangan figura anak jati Bukit Mertajam ini.
Setinggi-tinggi penghormatan yang diterimanya, namun suami kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini tetap merendah diri dan seorang yang sangat simple.
Buktinya, Anwar sangat gemarkan cekodok pisang! Cerita menarik ini didedahkan sendiri oleh puteri keempat Anwar iaitu, Nurul Iman yang memberitahu papanya seorang yang tidak cerewet soal makanan.
“Papa memang tidak cerewet tetapi menggemari hidangan ringkas seperti cekodok atau jemput-jemput.
“Papa suka makan cekodok, walaupun ada banyak hidangan lain, kami pastikan cekodok antara menu untuk hidangan papa,” ujar Iman ketika ditemubual media.
Meraikan detik bersejarah ini, RASA kongsikan resipi cekodok pisang kegemaran Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan juga koleksi pelbagai jenis cekodok lain.
1. Lenyekkan pisang sehingga hancur. Kemudian masukkan semua bahan yang lain. 2. Kacau bahan-bahan tadi hingga semuanya sebati dan tiada tepung bergumpal. 3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak dengan banyak. Untuk dapatkan saiz cekodok yang bulat dan comel, boleh gunakan tangan. Kemudian balik-balikkan cekodok supaya masak sekata. 4. Cekodok pisang rangup siap disediakan dan sedia untuk dinikmati. Enak dihidang panas-panas dengan minuman kegemaran.
NOTA: Jika suka cekodok yang rasa banyak pisang boleh kurangkan. Jika suka lebih tepung boleh tambahkan lagi tepungnya. Ikut pada selera masing-masing.
3 biji ubi kentang | kupas kulit – beli online di sini Tepung gandum secukupnya Sedikit serbuk kunyit Garam secukup rasa 1 biji bawang merah | hiris halus Cili padi secukupnya | jika suka pedas Daun kucai dan tauge | jika suka, boleh masukkan Air secukupnya
1. Sagat ubi kentang halus-halus. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian. 2. Masukkan tepung gandum secukupnya (jangan terlalu banyak), serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga tambahkan sebiji telur. 3. Gaul semua bahan hingga rata. Air jangan letak banyak. Cukup sekadar secukupnya sahaja. 4. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng adunan cekodok tadi hingga berwarna keemasan. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Eyda Rohaidah
CEKODOK LABU
BAHAN-BAHAN:
1 potong labu 2-3 sudu makan santan Air secukupnya Tepung gandum secukupnya Susu pekat manis secukup rasa Sedikit garam Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Buang kulit labu, potong kecil dan bersihkan. 2. Masukkan ke dalam kuali. Masukkan santan, sedikit garam dan sedikit air hingga tenggelam labu. Rebus hingga empuk. 3. Masukkan tepung gandum dan susu pekat manis. Biar ada rasa lemak-lemak manis. Jumlah tepung pula pastikan lebih dari labu. 4. Adunan pastikan tidak lembik. Cukup sekadar sedang-sedang sahaja. Jika lembik, nanti cekodok akan serap minyak. 5. Panaskan minyak dan goreng cekodok guna api sederhana hingga garing dan masak sempurna. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi: Zurila Ghani
CEKODOK UBI UNGU
BAHAN-BAHAN:
Ubi ungu | biar kuantiti lebih dari tepung gandum Tepung gandum secukupnya Air secukupnya 1 sudu makan gula Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
1. Buang kulit ubi dan kukus hingga empuk. Setelah empuk, lenyekkan ubi hingga hancur. 2. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas berisi ubi ungu yang telah dilenyek. 3. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang ngam (tidak begitu cair atau tidak terlalu pekat). 4. Setelah adunan sebati, jemput adunan guna jari atau sudu ke dalam minyak yang telah dipanaskan dalam kuali. 5. Goreng dengan api sederhana sehingga masak. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: www.maisarahsidi.com
BEBOLA KELEDEK MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan keledek oren | rebus, lenyek baru sukat ¼ cawan gula pasir ½ cawan tepung pulut ¾ cawan tepung beras 1 sudu teh baking powder Secubit garam Minyak untuk menggoreng
1. Satukan kesemua bahan. Uli sehingga jadi doh. Bulat-bulatkan. 2. Goreng sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan hidangkan ketika panas. Siap! * Jika suka kenyal lebihkan tepung pulut.
Kredit resipi: Mas Cotek
CEKODOK ROTI GULA
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti | kalau guna kulit roti lagi sedap 2 sudu makan gula 1 sudu makan mentega 1 biji telur Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan roti jadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan gula, mentega dan telur. Gaul dan ramas campuran sampai sebati 2. Panaskan minyak dalam kuali dalam kuantiti yang agak banyak. Kaupkan adunan cekodok dan goreng hingga kekuningan. 3. Untuk hasil yang nampak cantik dan sama saiz, boleh guna scoop aiskrim. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi: Muhammad Naquib Bin Mokhdzir / Naqib
CEKODOK IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum 1 labu bawang besar (dadu) Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka) 1 batang lobak merah (saiz sederhana) Kucai atau daun sup Garam secukup rasa 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih) Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam. 2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar. 3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit. 4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. 5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh. 6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP: *Boleh tambah udang atau apa-apa yang anda suka. Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan anda. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik. 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Kredit resipi: Alia Umaira & Zuridah Zu dari Telegram KakiMakan
CEKODOK ROTI BERUDANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | dimayang 1 biji telur ayam Cili besar Udang ikut suka nak banyak mana | potong-potong Daun bawang atau kucai (jika mahu) Air Garam & perasa secukupnya 4-5 keping roti Gardenia | koyak-koyakkan 8 sudu besar tepung gandum Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
1. Dalam mangkuk, satukan bawang besar, telur ayam, cili, udang dan daun bawang. 2. Tambah air ikut kesesuaian. Saya tambah air jadi separuh bowl. Macam kita buat jemput-jemput biasa tu. 3. Masukkan garam atau perasa. Gaul-gaul biar sebati. Masukkan roti. Kaup balik biar roti kembang dan hancur sikit bersama adunan tadi. 4. Tambah tepung. Gaul sebati. Agak-agak je tepungnya. Jangan sampai adunan keras atau pejal. Kalau terlebih tepung, tambah air lagi. 5. Goreng macam biasa sehingga masak. Hasilnya rangup di luar lembut di dalam.
Kredit resipi: Fariha Norbaya di Telegram KakiMakan
JEMPUT-JEMPUT BERINTI DURIAN
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum 2 sudu kecil mauripan (yis) 1 biji telur 1 sudu kecil garam 2 sudu makan gula Air suam secukupnya Isi durian secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kacau yis, telur, garam dan gula bersama air suam. Biarkan yis kembang. Gaul yis bersama tepung gandum. Perap adunan selama 30-45 minit. 2. Ambil isi durian dan potong-potong guna gunting supaya senang untuk letak dalam adunan tepung nanti. Panaskan minyak masak dalam kuali. 3. Untuk menggoreng Jemput-Jemput, ada dua cara. Cara pertama ialah ambil senduk nasi, ratakan sedikit adunan tepung, letak isi durian dan bulatkan menggunakan sudu. (tengok di sini) 4. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga masak. Untuk cara kedua, ambil isi durian yang telah dipotong kecil tadi. (tengok di sini) 5. Letak dalam adunan tepung, salutkan dengan adunan dan bentukkan jadi cekodok. Goreng seperti biasa hingga masak. Angkat dan Jemput-Jemput inti durian sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi: Ju Mohamad
CUCUR @ CEKODOK JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
½ kg tepung gandum 1 tin jagung manis 2 sudu makan susu pekat manis 1 sudu makan mentega @ marjerin 5 sudu makan gula (sukatan untuk yang tidak suka manis. jika suka manis, letak 7-8 sudu) 1 sudu makan mauripan @ yis Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan kering (tepung gandum, gula dan mauripan). Gaul sedikit supaya rata. 2. Kemudian masukkan bahan-bahan basah pula (jagung, susu pekat manis dan mentega). 3. Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi adunan cucur. 4. Rupa adunan cucur yang telah siap diadun. Untuk pastikan cucur anda sudah manis atau tidak, boleh rasa sedikit tepung sebelum digoreng. 5. Jika adunan cucur tawar, boleh tambah sedikit gula untuk menyedapkan lagi rasa. 6. Perap adunan selama 30 minit. Adunan tidak perlu ditutup. 7. Bila adunan sudah kembang, bolehlah panaskan minyak masak dan siap untuk menggoreng. 8. Jemputkan adunan menggunakan hujung jari (atau boleh juga guna sudu). 9. Masukkan ke dalam kuali berisi minyak panas. Masukkan beberapa hingga mencukupi ruang dalam kuali anda. 10. Setelah digoreng seketika, cucur akan kembung begini. Terbalikkan dan teruskan masak sehingga habis adunan. Cucur Jagung mudah dan sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi: Suraya Yaacob
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ketahui jenis sos yang wajib ada di dapur serta kegunaannya dalam pelbagai masakan. Panduan lengkap memilih jenis sos yang sesuai untuk menjadikan setiap hidangan lebih sedap.