
Sedapnya Onion Ring. Snek ringan yang diperbuat daripada gegelang bawang. Malah boleh dijadikan kudapan anak-anak. Orang dewasa pun suka. Walaupun asasnya adalah bawang tetapi bila digoreng, memang tak terasa pun. Malah lebih sedap kerana ada keju. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hayatie Ramli ni. Mudah dan enak.
CARA BUAT ONION RING BERKEJU

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan tepung gandum (beli ONLINE)
- 3 sudu makan tepung beras
- 3 biji telur | dipukul
- Serbuk roti secukupnya (beli ONLINE)
- Bawang besar kuning ( holland) | dipotong bulat
- Keju cheddar keping secukupnya | potong 4 memanjang & balut gulungan bawang

CARA MEMASAK:
1. Sadur gulungan bawang yang telah dibalut dengan kepingan keju bersama bancuhan tepung gandum dan tepung beras hingga rata.


2. Celupkan ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul.

3. Kemudian sadurkan dengan serbuk roti.

4. Seterusnya celup kembali ke dalam bancuhan telur diikuti serbuk roti. Salut hingga rata.


5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan berwarna kuning keemasan.
6. Angkat dan nikmati bersama sos. Memang terbaik!

Kredit resipi & foto: Hayatie Ramli
Nak beli AIR FRYER tapi tak tahu mana satu yang bagus? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Seleksi Menu Bertema Hi-Tea Buat Tetamu

Ada tetamu yang bakal berkunjung ke kediaman anda. Bertemakan hi- tea boleh anda hidangkan tetamu istimewa dengan seleksi menu berikut. Kepelbagaian pilihan menu buat tetamu anda rasa berbesar hati disambut ke kediaman anda dengan himpunan menu yang menyelerakan.

NASI LEMAK -Chef Alipah
Saiz Hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Anggaran Kos: RM 18
Tip: Masak cili sehingga pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang lebih enak
Bahan-bahan untuk nasi:
250g beras wangi
200g santan
2 helai daun pandan
1 biji bawang besar
10g halia(diketuk)
Air secukupnya
Secubit garam
1 biji timun*
200g kacang tanah(digoreng)*
200g ikan bilis(digoreng)*
10 biji telur*
Nota: Bahan yang ditanda asterik (*) merupakan bahan hiasan kepada Nasi Lemak
Cara memasak:
1.Basuh beras sehingga bersih dan toskan.
2.Masukkan bawang besar yang dibelah dua, halia yang telah diketuk serta daun pandan ke dalam periuk.
3.Masukkan air, santan dan secubit garam. Biasanya paras air dalam kurang 1meter atau satu paras garisan jari.
4.Masak dalam periuk nasi. Apabila nasi sudah masak, sedia untuk dihidang
Bahan-bahan untuk sambal tumis:
1kg minyak masak
1kg cili kisar
500g bawang kecil (dikisar)
300g bawang putih (dikisar)
200g ikan bilis (dikisar)
50g belacan
500g bawang besar (dihiris)
20g asam jawa
Cara memasak:
1.Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi dan masukkan hirisan bawang besar. Setelah naik bau, masukkan cili kisar
2.Gaul hingga sebati. Apabila bahan tumisan telah menjadi sedikit kering, masukkan sedikit air dan gaul sehingga pecah minyak.
3.Apabila bahan tumisan telah pecah minyak, masukkan air asam jawa.Masak sehingga sambal menjadi pekat. Ini untuk memastikan sambal tahan lama.
4.Taburkan serbuk perasa dan sedikit gula. Sekiranya sudah masak, sedia untuk dihidang bersama nasi lemak
Bahan-bahan untuk ayam goreng:
120g peha ayam
500g minyak masak
10g bawang putih (dikisar)
10g halia (dikisar)
10g serai (dikisar)
5g serbuk kari
2g serbuk perasa
Cara memasak:
1.Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan rempah-rempah yang telah dikisar serta serbuk kari dan serbuk perasa.
2.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga warna keemasan.
3.Dan siap! Sedia untuk dihidang bersama nasi lemak, sambal tumis dan hiasan lain seperti timun, kacang tanah, ikan bilis dan telur

AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA-Chef Yee
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 25 minit
Anggaran Kos: RM 15
Tip: Gochujang boleh juga digantikan dengan serbuk cili
Bahan-bahan ayam goreng:
6 ketul kepak ayam
5g halia (dicincang)
3g garam
3g lada hitam
250g tepung jagung
30g perasa sayuran
BAHAN-BAHAN SOS PEDAS ALA KOREA
45g sos tomato
40g gochujang
60g madu
60g gula perang
30g kicap
30g bawang putih (dicincang)
15g minyak bijan
CARA MEMASAK:
1.Dalam mangkuk, masukkan ayam, halia, garam dan lada hitam. Gaul rata dan kemudian salutkan ayam yang telah diperap dengan tepung jagung dan ketepikan
2.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan.
3.Dalam periuk lain, masukkan bahan-bahan untuk sos pedas. Kacau hingga sebati.
4.Gaulkan sos pedas bersama dengan ayam yang telah digoreng dan taburkan biji bijan serta daun bawang ke atas hidangan sebelum dihidang

SOTONG GORENG -Chef Yee
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 20 minit
Anggaran Kos: RM 10
Tip: Pastikan sotong tidak digoreng terlalu lama bagi mengelakkan sotong menjadi liat
BAHAN-BAHAN:
280g sotong
5g pati ayam
1 biji telur
85g tepung jagung
85g tepung gandum
10g minyak bijan
30g lada Sichuan
5g cili padi
3g daun bawang
5g bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Perapkan sotong bersama dengan kiub pati ayam, minyak bijan, telur, tepung jagung serta tepung gandum. Gaul rata.
2.Panaskan minyak dalam kuali.
3.Celupkan sotong yang telah diperap dengan tepung dan goreng sehingga garing keemasan. Ketepikan sotong.
4.Dalam kuali yang sama, letakkan 1 sudu minyak masak dan tumiskan bawang putih, cili padi dan bawang hijau sehingga naik bau. Kemudian, gaul rata dengan sotong yang digoreng sebentar tadi dan taburkan lada Sichuan. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

BRUSCHETTA DENGAN MOZARELLA – Chef Yee
Saiz Hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 20 minit
Anggaran Kos: RM 6
Tip: Ia juga boleh dihidangkan dengan salad hijau, untuk makan malam atau makan tengah hari yang ringan.
BAHAN-BAHAN:
6 keping kepingan roti baguette
30g bawang putih
100g tomato
50g bawang merah
30g daun selasih
200g keju mozzarella
10g garam
6g lada hitam
20g minyak zaitun
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih sehingga bertukar kepada warna keemasan.
2.Potong tomato, bawang merah, daun selasih dan keju mozzarella. Campurkan bahan yang dipotong dalam mangkuk dan taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3.Tambahkan minyak zaitun dan bawang putih ke dalam mangkuk dan gaul rata.
4.Bakarkan kepingan roti baguette sehingga keemasan.
5.Letakkan adunan bruschetta ke atas roti baguette dan sedia untuk dihidangkan.
SEAFOOD VOL-AU-VENT -Chef Yee Chia
Saiz Hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Anggaran Kos: RM 7
Tip: Pastikan air yang digunakan adalah sejuk bagi mendapatkan tekstur yang ranggup.
BAHAN-BAHAN DOH PASTRI PUFF:
250g tepung serbaguna
3g garam
200g mentega sejuk
12ml air sejuk
CARA PENYEDIAAN DOH PASTRI PUFF
1.Letakkan tepung dan garam dalam mangkuk adunan besar dan pukul sehingga rata.
2.Potong mentega dalam kepingan kecil dan tambahkan kepada adunan tepung dan gaul sehingga mentega disaluti dengan tepung.
3.Masukkan air sejuk dan gaul hingga adunan menjadi doh.
4.Bentukkan doh menjadi bola. Kemudian ratakan ke dalam bentuk cakera dan bungkus dalam bungkusan plastik.
5.Sejuk selama sejam dalam peti sejuk beku.
6.Gulung doh menjadi bentuk segi empat tepat kasar.
7.Lipat doh dalam bentuk pertiga, seakan menyampul surat.
8.Pusing ke arah 90 darjah, ulang langkah no.6 dan 7.
9.Ulang buat 2 atau 4 kali, bungkus doh dalam bungkusan plastik dan sejukkan dalam peti selama 2 jam atau semalaman.
BAHAN-BAHAN INTI VOL-AU-VENT
20g udang (dikupas)
20g sotong
20g Fish fillet
3g parsli
10ml minyak zaitun
10g bawang merah
3g lada hitam
10g sayur campur beku
2g garam
3g kiub pati ayam
5g mentega
30g heavy cream
CARA PENYEDIAAN INTI VOL-AU-VENT
1.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan udang, sotong, ikan isi putih dan sayur campur beku. Masak hingga lembut.
2.Masukkan bawang cincang halus. Kacau dari masa ke masa sehingga lembut dan bawang menjadi kekuningan.
3.Tambahkan krim dan mentega. Perisakan dengan garam dan lada mengikut cita rasa.
4.Masukkan inti dalam pastri puff dan taburkan daun parsli ke atas hidangan.
5.Hidangkan dengan serta merta.
BAHAN-BAHAN PUFF VOL-AU-VENT
300g pastri puff
1 biji kuning telur (untuk salut)
CARA PENYEDIAAN PUFF VOL-AU-VENT
1.Gulung pastri puff dengan ketebalan 4 atau 5 mm dan potongkan puff tersebut menggunakan pemotong bulat.
2.Menggunakkan berus pastri, saluti doh yang berbentuk cakera dengan kuning telur.
3.Pada puff pastri lain, tebukkan lubang di bahagian tengah puff dengan pemotong yang lebih kecil untuk membentuk cincin.
4.Susun doh berbentuk cincin dengan berhati-hati di atas cakera pastri. Doh cincin akan melekat pada puff yang telah disaluti dengan mudah.
5.Salutkan kuning telur ke atas cincin puff.
6.Bakar di dalam oven selama 10 minit.
7.Sedia untuk diisi dengan inti vol-au-vent.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Homemade Chicken Wraps Yang Sedap & Mudah.

Jom cuba buat Homemade Chicken Wraps ni. Hanya guna 3 cawan tepung gandum, boleh dapat 10 keping wraps ni. Kalau ada anak ramai, atau nak buat jamuan, boleh cuba resipi perkongsian saudari E-Mah Najmah ni. Memang jimat banyak berbanding yang dibeli. Mudah, sedap dan sangat berbaloi dicuba.
RESIPI HOMEMADE CHICKEN WRAPS
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak zaitun – boleh juga guna minyak sayur atau minyak masak
- 1 cawan air
- 1 sudu teh baking powder – pilihan. jika tiada, boleh abaikan.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas bersesuaian. Tambahkan garam dan minyak. Gaul rata. jika guna baking powder, masukkan sekali.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit (hingga habis) sambil digaul. Uli seketika. Pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak melekat di tangan. Jika melekat masa uli, tambah sedikit tepung.
3. Uli doh hingga sebati dan rehatkan selama 10 minit. Kemudian bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulatkan menjadi doh kecil.

4. Canai doh tadi senipis yang boleh dan pastikan doh tidak koyak. Panaskan kuali non stick dan masak doh selama 1 minit bagi setiap bahagian. Jangan masak terlalu lama nanti wrap jadi garing dan tidak boleh digulung.
5. Untuk menyediakan Chicken Wrap, isikan dengan pelbagai inti kegemaran. Antara yang boleh diisi ialah isi yam yang digoreng tepung, salad, tomato dan perasakan dengan sos dan mayones.
6. Balut dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: E-Mah Najmah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Takoyaki Homemade Sedap, Macam Dekat Gerai

Sedapnya Takoyaki homemade ni! Street food dari Jepun yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tepi-tepi jalan pun ada gerai jual snek ni. Bagi anda yang gemar makan Takoyaki, saudari Norliza Razali bermurah hati berkongsi resipi Takoyaki yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Ini bukan sebarang resipi tau. Ini adalah resipi yang beliau guna sepanjang 9 tahun menjual snek enak ini. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
CARA BUAT TAKOYAKI HOMEMADE SEDAP

BAHAN ADUNAN TEPUNG: (26-30 biji)
1 cawan tepung gandum – beli online disini
1 1/2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
2 biji telur
1 3/4 cawan air
1 sudu makan serbuk perasa ayam – beli online disini
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh baking powder – beli online disini
BAHAN INTI:
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej – hiris kecil
Daun bawang – hiris nipis
Kubis bulat – mayang halus
Lobak merah – diparut halus
BAHAN SOS TAKOYAKI:
1/2 cawan sos tomato – beli online disini
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap lemak manis – beli online disini
1 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan gula
Madu secukupnya – beli online disini
BAHAN HIASAN:
Sos Takoyaki
Mayones – beli online disini
Bonito Flakes – boleh beli di pasar di bahagian makanan Jepun @ beli Bonito Flakes Halal secara online disini
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan-bahan tepung dalam bekas besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
2. Panaskan acuan takoyaki (dapatkan ACUAN TAKOYAKI disini) dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
3. Tuang adunan tepung dalam lubang acuan hingga 3/4 penuh.
4. Letakkan inti sotong, udang, crab stick atau sosej di setiap lubang.
5. Taburkan hirisan lobak merah, daun bawang dan kubis dengan secukupnya.
6. Tuangkan lagi adunan tepung sampai agak-agak nak melimpah.
7. Pusingkan bebola Takoyaki sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)

8. Pusing dan teruskan pusing bebola Takoyaki sampai mendapat bentuk bulat.
9. Renjiskan minyak masak di celah acuan dari semasa ke semasa. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
11. Untuk sos, campur semua bahan dalam periuk. Kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.
12. Angkat, tambahkan madu dan gaul rata.
13. Bila sejuk masukkan sos ke dalam botol untuk mudah diratakan atas Takoyaki nanti.
14. Picit sos, mayones di atas Takoyaki dan taburkan bonito flakes dengan secukupnya.
15. Takoyaki homemade paling sedap sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norliza Razali
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

