Sedap Lain Macam, Ayam Goreng Serai Thai Ni Memang Patut Cuba

Share

Jom cuba resipi Ayam Goreng Serai Thai perkongsian saudari Khadijah Jaafar. Jika biasa kita menikmati sajian Ayam Goreng Kunyit, apa kata kali ini tukar sedikit resipinya dengan mencuba sesuatu yang baru. Pasti lebih berselera dan tidak jemu dimakan. Lain dari rasa ayam goreng yang biasa kita nikmati tu. Cubalah!

 

CARA MASAK AYAM GORENG SERAI THAI

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil


3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam beli online disini
2 sudu besar sos tiram beli online disini
1 sudu besar sos ikan beli online disini
1 sudu kecil gula 
2 sudu besar tepung jagung beli online disini
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1.Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ia bertujuan supaya bila serai ditumbuk, seratnya jadi cantik dan panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup.


2. Tumbuk serai kasar-kasar sahaja.


3. Ini bahan tumbuk untuk perapan: bawang putih, akar daun ketumbar dan lada hitam.


4. Tumbuk bahan perapan tapi tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit pun tidak mengapa.


5. Masukkan semua bahan (kecuali daun limau purut) bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan di akhir sekali.


6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tidak bergumpal. Jika bergumpal, nanti bila digoreng hasilnya jadi tidak cantik.


7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan.


8. Ayam Goreng Serai siap disediakan. Taburkan hirisan daun limau purut untuk menaikkan lagi keenakan menu ini. Aya mini juga enak dicicah bersama Sos Cili Thai.

Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN